BAB 10

Romance Completed 39653

“Jad…”

Radhi Amjad berpusing menghadap pemilik suara itu.

Dia ni memang takde perasaan ke apa.. Aku dah cakap dia macam-macam pun dia boleh steady lagi tegur aku.. Ishh pelik lah minah ni. Aku ingat dia nak mintak cerai ke dah lari balik rumah mak dia ke…

“Kau nak apa?” dingin sahaja dia membalas.

“Mari makan.. saya dah siap masak dah.. lagipun…” bicara isterinya terhenti seketika.

“Apa?” soal Radhi Amjad hairan. Wajah Irene Munira yang tiada perasaan itu direnung.

“Saya ada benda nak cakap dengan awak..”

“Aku pun ada benda nak cakap dengan kau…” Radhi Amjad membalas seraya menghalakan kakinya menuju ke meja makan. Langkahnya perlahan diikuti isterinya. Dia tidak tahu mengapa hari ini dia sudi untuk menjamah masakan isterinya. Selalunya dia sahaja meninggikan egonya untuk tidak menjamah apa yang dimasak Irene Munira. Ingin menyeksa perasaan wanita itu kononnya. Tapi kalau diikutkan sudah dua minggu juga isterinya itu tidak melayan makan pakainya lagi. Jadi dia pelik kenapa hari ini isterinya itu tiba-tiba memasak untuknya. Sedikit sebanyak dia sebenarnya rindu air tangan isterinya itu.

Hai.. dah mula rindu nampak? Bila dia tak layan baru kau nak terhegeh-hegeh?

Akalnya mula menyindir egonya.

Ah!! Aku makan ni pun sebab kesian je… kalau tidak tak hingin aku nak makan! Bukan sedap pun..

Lalu dia memandang wajah Irene Munira yang sedang asyik merenung dirinya.

“Duduklah.. apa yang kau tengok aku macam nak telan tu.. Nak kata muka aku macam ikan ke ayam ke tak pulak…” Sindir Radhi Amjad kepada isterinya yang dilihatnya seperti sedang berkhayal.

“Hah..oh..” Irene Munira cuba mengawal riak wajahnya seselamba mungkin lalu mengambil tempat duduk di meja makan. Serba tak kena jadinya. Pinggan kosong dihadapannya direnung.

Hish.. kenapalah kau Irene Munira. Berkhayal je kau tahu.. dah jangan pikir sangat pasal dia. Sekarang ni tugas kau Cuma cakap apa yang perlu kau cakap…okay! Fighting!

“Boleh kenyang ke tenung pinggan kosong tu?” sindir suaminya lagi.

Irene Munira tidak bereaksi. Lagaknya biasa sahaja mendengar sindiran suaminya. Bagaikan sudah lali telinganya mendengar segala ucapan yang terbit dari mulut lelaki bernama Radhi Amjad.

Dia ni kalau tak menyindir aku satu hari boleh demam agaknya… Malas nak layan buang karan je!

“Kau tak makan sekali?” Radhi Amjad cuba menarik perhatian isterinya yang hanya diam tidak membalas sindirannya tadi.

Dia ni kenapa, selalu kalau aku sindir ada je dia nak balas… tiba-tiba keras macam air batu je.. hishhh dah kenapa dengan aku ni.. peduli la dia nak senyap ke nak melalak ke.. apa kaitannya dengan aku? kata tak suka kan? Ni tiba-tiba concern pulak.. haiii.. takkan dia baru cium sikit aku dah gelabah…

Irene Munira hanya menggeleng perlahan. Tiba-tiba dia bersuara.

“Awak ada nak cakap sesuatu kan? Apa dia?”

Suapan Radhi Amjad terhenti. Dia menghabiskan sisa suapan di mulutnya lalu menjawab soalan isterinya.

“Tadi Umi call… dia suruh kita balik ke sana.. minggu ni Umi nak buat kenduri doa selamat sempena kepulangan Hana.. kau kenal kan Hana? Adik aku.. dia tak balik time kita kahwin…” bicara Radhi Amjad. Hai, ayat “kita” macam dah boleh terima je isteri kau. Akal Radhi Amjad mengusik.

“Kenal! Saya kenal Hana.. Umi ada tunjuk gambar dia.. saya takde masalah nak ke rumah Umi..

lagipun memang tanggungjawab saya kena tolong Umi kan..” Irene Munira membalas selamba.

“Oh.. baguslah.. kau pulak? Apa yang kau nak cakap dengan aku?” soal Radhi Amjad cuba menghilangkan rasa gugupnya kerana hampir sahaja tadi dia kalah dengan egonya sendiri. Dia menyambung kembali suapan nasi ke mulutnya.

“Habiskan makan dulu.. lepas ni saya cakap…” Irene Munira membalas ringkas. Nampak benar suaminya lapar. Dia berkira-kira untuk menyatakan keputusannya mengenai arah tuju perkahwinan mereka setelah Radhi Amjad selesai makan. Bukan selalu dia lihat suaminya begitu berselera makan makanan yang dimasaknya. Sedikit sebanyak hatinya terubat juga dengan tingkah laku Radhi Amjad. Dia asyik merenung suaminya tanpa dia sedari.

Ah kacau.. kau dah kenapa Rene.. takkanlah dah ubah fikiran kot? Suami? Kau still anggap Hati Kering ni suami kau? dia dah hina kau kot! Hey.. hey… wake up!!!!!

Belum sempat tubuh badannya mengikut kata akalnya.. tingkah lakunya yang asyik merenung suaminya terlebih dahulu dihidu Radhi Amjad.

“Handsome sangat ke aku ni sampai mata kau tu tak lepas-lepas pandang muka aku… apa? Muka aku ni ada macam Aqasha tu ke…?

Bukan dia tidak tahu yang isterinya itu minat gila dengan pelakon tersebut. Siap ada poster gambar lagi tertampal di dinding bilik isterinya. Macam budak-budak sekolah menengah gayanya.

Mamat tu handsome? Handsome lagi aku… mata dia ni belum kena service lagi agaknya…

Irene Munira tersenyum. Lucu mendengar kata-kata yang baru diucapkan suaminya. Dia akui dia memang agak tergila-gilakan pelakon filem Embun itu. Sudahlah kacak tinggi pula tu…

Entah kenapa Radhi Amjad kurang senang dengan senyuman yang terukir di wajah isterinya. Semenjak kejadian dia menghina isterinya itu dia jarang melihat Irene Munira tersenyum manis seperti dahulu.

Aghhh… kenapa pulak aku ni.. dah kenapa pulak senyuman dia yang aku ingatkan!

“Dah puas senyum? Apa… kau berangan dia nak pinang kau ke lepas aku ceraikan kau nanti?” tempelak Radhi Amjad tiba-tiba.

Senyuman Irene Munira mati. Dia memandang wajah suaminya. Hatinya tiba-tiba mendidih.

Dia ni dah kenapa.. dengan artis pun dia boleh jadikan bahan nak sindir-sindir aku.. dah tak sabar sangat agaknya nak ceraikan aku!

“Jangan nak merepek boleh tak… kalau saya gatal pun nak kahwin lepas cerai dengan awak nanti itu bukan masalah awak lagi….” Irene Munira membalas paku buah keras kepada suaminya. Sengaja dia ingin menyakitkan hati lelaki itu.

Hah ambil kau! kau ingat kau handsome sangat aku nak tergila-gila! Ish geramnya aku….

“Hahaha…. Kau ni memang kuat berangan kan.. dah dah lah tu…. hati suami sendiri pun kau tak dapat nak tawan..…!

Zappppp! Memang menyengat habis tutur kata lelaki bernama Radhi Amjad bin Taufik Iskandar. Bergetar seluruh tubuh Irene Munira mendengarnya. Terasa dirinya terlalu hina kerana gagal menakluki hati lelaki itu. Jari-jemarinya yang mula menggigil digenggam seeratnya. Nafas ditarik dalam lalu dengan tenang dia merenung sinis ke dalam mata Radhi Amjad.

“You know what? Suami saya tu yang patut sedar diri….sebab sampai sekarang ni pun….dia masih lagi simpan nama perempuan lain dalam hati dia selain daripada nama saya…” Irene Munira berhenti sebentar sebelum menyambung lagi.

“Suami” saya tu terlalu asyik mengejar cinta yang hilang sampai tak sedar yang dia sebenarnya hanya terperangkap dalam kenangan-kenangan bersama bekas kekasih dia… Dia tak sedar yang dia dah terlepas peluang untuk mendapatkan cinta saya bila dia dengan egonya menghina dan memperlekehkan cinta isteri dia ni….” Irene Munira sengaja menekan perkataan suami itu.

Setelah melepaskan apa yang terbuku di hati dia bingkas bangun meninggalkan jasad “suami” yang hanya menganggapnya sekadar isteri di atas kertas, yang tiada nilai langsung di mata lelaki itu. Dia jadi lupa niat asalnya yang ingin memberi keputusan mengenai hala tuju perkahwinan mereka. Untuk sekali lagi hatinya luka berdarah.

Radhi Amjad terkedu. Kesinisan dan ketegasan Irene Munira menampar egonya. Irene Munira dilihat sudah berani meluahkan amarahnya. Sedikit sebanyak dia agak terkesan dengan kata-kata yang diucapkan isterinya itu. Saat itu dia mula merasa suatu perasaan halus menjalar dalam hatinya.

Stop! Aku jatuh cinta pada dia? Ah.. tak mungkin! Takkan sekarang? Sebelum ni aku okay je tak rasa apa-apa pun dengan dia.. arghhhh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience