BAB 16

Romance Completed 39652

Sudah beberapa minit Radhi Amjad berdiri di tepi pintu bilik tidur yang sedikit renggang itu. Agak kusyuk dia memerhatikan tingkah laku Irene Munira yang gayanya dirasakannya macam orang tidak betul pula. Sekejap tersenyum, tersengih, sekejap pula tergelak sendiri. Isterinya yang berada di sudut bilik tidur yang kusyuk merenung sesuatu melalui komputer riba di atas meja kerjanya itu direnung tanpa berkelip. Jarang melihat Irene Munira begitu. Nampak semacam. Dia layan fac ke? Dia tengah flirt ke apa ni?

Dada Radhi Amjad dah mula berombak. Dia merasakan suatu perasaan yang dia sendiri tidak pasti.

Hai tak boleh jadi ni. Nak siasat macam mana ni? Takkan nak terjah. Nanti dia ingat aku suka kat dia pulak, Hisy… memang tak lah!

Eleh. Dah tu kenapa pulak kau nak rasa apa-apa? Biarlah dia nak buat apa pun. Kau kesah sangat kenapa?

Mana ada aku kesah!

Haha! Mengaku jelah kau cemburu! Yang sebenarnya kau dah suka kat dia kan?

Kalau aku suka kat dia pun kenapa? Dia isteri aku!

Malas mahu berperang dengan kata hatinya sendiri, Radhi Amjad akhirnya melangkah masuk ke dalam bilik tidur itu. Mereka masih lagi berada di rumah ibu bapanya. Memang terpaksalah berkongsi bilik tidur kerana tidak mahu disyaki oleh Umi, Ayah dan juga Hana.

“Ehem…” Radhi Amjad pura-pura berdehem. Dia mahu Irene Munira sedar yang dia ada dalam bilik tersebut.

“Ehem..” Dia berdehem sekali lagi apabila dilihat isterinya masih tidak menunjukkan tanda-tanda menyedari kewujudannya di situ.

Situasi sebaliknya bagi Irene Munira yang masih kusyuk dengan dunianya. Tidak pula menunjukkan yang dia sedar suaminya ada bersama di dalam bilik. Hmm. Memanglah si Irene Munira tak perasan yang Randhi Amjad ada dalam bilik, dah dia pakai headphone!

Radhi Amjad menepuk kepalanya.

Apalah aku ni. Dia pakai headphone lah.. mana nak dengar!

Masih tidak berputus asa dia cuba mendekati isterinya. Entah kenapa nalurinya membuak-buak ingin tahu apa yang sedang dilakukan isterinya itu. Dengan berhati-hati dia menapak mendekati Irene Munira yang dilihatnya tersengih-sengih sendiri. Dari belakang dia dapat melihat apa yang yang membuatkan isterinya berkelakuan begitu.

Hmm patutlah sengal semacam je aku tengok. Ni tak lain mesti budak Hana yang pengaruh dia ni.

“Awak ni kenapa?” Irene Munira memandang pelik tingkah suaminya. Soalnya agak terkejut apabila menyedari yang lelaki itu elok berdiri di belakangnya.

Gulp.

Habislah kantoi pulak. Radhi Amjad telan air liur. Menyedari yang perlakuannya dihidu isterinya dia pura-pura memicit-micit dahinya lantas bergerak ke katil.

“Sakit ke?”

“Hah? Err.. hmm.. ahah.. pening sikit..”

Irene Munira terdiam. Jujurnya dia berasa risau tetapi bila difikirkan balik hendak buat apa merasa begitu. Buang masa je risaukan orang yang tak tahu nak menghargai cintanya. Akhirnya dia mengabaikan sahaja kehadiran suaminya disitu. Berlainan dengan Radhi Amjad yang sedikit terkejut dengan reaksi Irene Munira yang bersahaja itu.

Dia boleh sambung tengok benda tu? Bukan aku cakap aku sakit ke tadi? Wah.. ini dah melampau!

Apa yang melampaunya? Selama ni dia ambil berat dan jaga kebajikan kau, kau buat tak endah je.. nah rasakan lah sekarang!

“Rene…..”

Tingkah Irene Munira terhenti. Dia berpaling ke arah katil. Dilihat suaminya sudah elok terbaring sambil meletakkan lengan di atas dahi.

“Kenapa?” soal Irene Munira pelik.

“Tolong… picitkan kepala saya ni. pening sangatlah..” suara lelaki itu sedikit merayu.

Amboi. Dia ni hilang ingatan ke apa? Aku? Picit kepala dia? Biar betul?

Puas Irene Munira mengerah otaknya berfikir. Dia rasa kelakar pula dengan permintaan suaminya yang dianggap sangat sangat pelik itu. Mana pergi ego Radhi Amjad? Berkali kata benci, berkali kata aku ini penghancur kebahagian dia.

“Jad kalau awak ada niat nak main-mainkan saya baik lupakan. Rimas otak saya dengan perangai awak yang bukan-bukan ni. Saya keluar dulu.”

Irene Munira sudah hilang mood. Lebih baik dia segera pergi daripada kena menghadap lelaki ini dalam bilik. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah suaminya.

Hai tadi elok-elok duduk bersembang dekat luar tu. Sibuk pulak nak masuk bilik. Kata benci sangat tengok aku. Eiii.. geramnyaaaaaaa!

“Awak tu isteri saya… tempat awak.. ni.. sebelah saya ni. Kan ke dapat pahala kalau awak gembirakan hati suami awak ni… tak gitu Puan Irene munira?”

Sengaja Radhi Amjad menyindir isterinya. Isterinya suka benar melarikan diri. Sudahnya hubungan yang dia cuba untuk jernihkan ini takkan ke mana. Baru sekejap tadi dia cuba untuk menerima kenyataan yang dia sememangnya sudah kalah. Kalah dengan egonya. Entah kuasa apa yang digunakan isterinya sampai fikirannya tidak mampu berfungsi dengan lurus. Dadanya terasa mahu pecah kerana menahan perasaan yang baru sahaja bertapak dalam hatinya. Dia gugup. Dia resah. Tindak tanduk Irene yang mula mengabaikan kewujudannya menyebabkan emosinya patah dan kerkecai. Dia seolah-olah lumpuh dibuat Irene Munira.

Irene Munira yang sedari tadi menghadap ke pintu berpaling. Tajam dia merenung figura lelaki itu yang sudah elok duduk bersila di atas katil. Nak kena mamat ni!

“Dah nak masuk 4 bulan saya berdiri depan awak… setia dengan awak macam orang bodoh.. awak sikit pun tak pernah pandang saya atau hormat pada saya sebagai seorang isteri… jadi…” luahannya terhenti.

Radhi Amjad terasa dadanya sesak.

Irene Munira menggenggam tangannya yang sedang menggigil. Nafasnya ditarik dalam.

“Jadi sekarang jangan nak berlagak mengaku yang awakkkk tu suam……”

“Saya cintakan awak Rene! Saya bodoh sebab tolak isteri sebaik awak… saya dah kalah dengan ego sendiri…” Radhi Amjad memintas sambil bangun mendapatkan isterinya. Jari-jemari isterinya diraih dan digenggam erat. Dia tarik nafas dalam.

Now or never Amjad!

“Baru sekarang saya sedar… yang jantung saya berdegup laju untuk isteri yang selama ini saya abaikan kewujudannya.. yang saya tolak cintanya.. yang saya bunuh hatinya..!”

Jemari tangan yang bersatu dengan Irene Munira dibawa ke arah jantungnya. Laju! Sungguh degup jantungnya tidak stabil saat ini. Adakah ini rasanya penangan cinta seorang isteri yang terluka perasaannya kerana egonya seorang suami yang masih lagi terperangkap dengan cinta masa silam! Ya Allah ampuni aku kerana telah menzalimi isteriku sendiri…

Radhi Amjad sudah tersungkur di lutut isterinya. Dia tersedu disitu namun masih lagi erat menggenggam jemari isterinya. Seolah-olah dia tidak mahu melepaskan wanita itu pergi.

Irene Munira terpempan! Dia terkedu, seolah lumpuh nadi dan sel-sel dalam badannya. Rakaman tindakan suaminya sebentar tadi bermain di mata. Dunianya terasa terhenti seketika….

“Maafkan saya sebab terlewat… merasai cinta yang awak lebih dulu rasai untuk saya Rene..…” sambung Radhi Amjad tersekat-sekat.

Suara Radhi Amjad mengembalikan Irene Munira kealam nyata. Aku pasti bermimpi…

Lututnya terketar menahan tubuh daripada tumbang. Irene Munira akhirnya tersungkur juga bersama suaminya yang masih lagi kejap memeluk tangan dan kakinya. Jauh dia termenung menafsir segala yang baru sahaja terjadi. Pelupuk matanya yang dirasakan begitu berat akhirnya mengeluarkan mutiara jernih deras melalui segenap ruang wajahnya. Hati wanitanya kalah, kalah dengan tingkah seorang lelaki yang dahulunya begitu dia inginkan cintanya. Benteng yang cuba dia bina untuk lari daripada bayangan suaminya kini hancur berderai. Mengapa penangan lelaki ini begitu kuat sehingga dia tidak mampu melawan.

Ya Allah.. jika benar dia jodoh yang sudah lama tertulis untukku maka aku redha…

Irene Munira pejam rapat matanya. Mengumpul kekuatan yang ada lalu membalas genggaman suaminya. Dia mencari anak mata lelaki itu yang sedari tadi menunduk dan menangis dilututnya. Dengan penuh kelembutan kedua-dua tapak tangannya mengangkat wajah sang suami. Sisa air mata yang kelihatan di wajah kacak suaminya disapu perlahan.

“Terima kasih… sebab sudi cintakan saya.. dah lama saya impikan saat begini..” ujar Irene terketar menahan sebak di dada.

Sungguh Radhi Amjad terkejut dengan reaksi isterinya. Sangkaan bahawa isterinya tidak akan mampu menerimanya semula adalah salah sama sekali. Dadanya bergetar hebat. Begitu suci hati seorang isteri bernama Irene Munira. Kini dia sedar kebodohannya kerana terlambat mengakui semua ini. Air matanya tumpah. Dia tertunduk lagi. Entah kenapa dia malu untuk memandang wajah isteri yang selama ini diabaikan kewujudannya.

“Maa..maaf..maafkan saya Rene…”

“Sshhh… sini..pandang saya…” Tapak tangan di bawa kedua belah pipi suaminya lalu mengangkat semula mengadap wajahnya.

“Saya tak makan orang lah.. tapi kalau awak ni… hmm.. boleh lah difikir-fikirkan…” Irene Munira mengusik suaminya. Jari telunjuknya di bawa ke dagunya seolah-olah sedang berfikir.

Radhi Amjad tersenyum. Perlahan dia memandang figura isterinya. Lama dia tenggelam merenung isterinya.

“Comel sangat ke saya sampai tak lepas mata awak pandang…. haha” Irene munira bergurau. Dia menarik suaminya agar turut bangun bersamanya. Langkah kaki diarah munuju ke balkoni bilik.

Dalam hati Irene Munira berbisik perlahan. Dia seboleh-bolehnya mahu mengembalikan keceriaan dalam diri suaminya. Dia mahu Radhi Amjad yang seperti sebelum ini. Dia mahu Radhi Amjad yang suka mengusiknya, yang ego, yang jual mahal dengannya. Dia rasa bersalah apabila airmata lelaki itu tumpah kerananya.

Radhi Amjad tersenyum. Memang tidak dinafikan wanita yang kini bertakhta dihatinya itu mempunya paras yang mampu menggentarkan mana-mana lelaki yang melihat. Syukur, dia menjadi insan bertuah yang mampu memiliki isteri secantik dan semurni Irene Munira.

“Perasannya dia… comel lah sangat.. anak Mak Kiah sebelah rumah yang baru balik Jepun tu lagi comel tau dari awak…” Usik Radhi Amjad. Jari tangannya laju mencubit kedua-dua belah pipi isterinya.

“Aaa…auuw!” Irene Munira mengecilkan matanya tanda tidak puas hati. Lengannya sudah disilangkan.

Radhi Amjad tergelak melihat wajah isterinya yang cemberut itu. Comel!

“Meh sini meh…”

“Tak nak.. pergi lah cari anak Mak Kiah awak tu..”

“Hahaha… meh la sini.. ish.. degil ek..”

“Tadi awak kata anak Mak Kia…..”

Cupp.

Satu ciuman hinggap di bibir isternya.

Wajah Irene Munira berona merah. Panas terasa mukanya.

“Dah dah jangan nak blushing lama sangat… nak lagi ke? Hahaha…”

“Awak ni kan…..”

“Yelah yelah… saya tak buat dah.. tapi esok tak janjilah ye..”

“Senget!”

“Amboi kata suami sendiri senget…”

Lengan sasanya laju memaut pinggang Irene Munira lalu mengucup dahinya. Wajah Irene Munira sudah membahang. Tubuh badannya terasa berada diawang-awangan ketika ini. Jantungnya bergetar hebat menahan rasa. Perlahan jari-jemari runcingnya memeluk pinggang lelaki itu. Wajahnya disembamkan di atas dada bidang suaminya. Lama mereka begitu. Masing-masing sarat dengan rasa cinta yang semakin mekar di dalam hati. Dalam hati mereka berdoa agar kemanisan ini tidak akan berakhir. Bagi mereka cukup sudah masa yang terbuang selama ini. Biarlah hari-hari yang mendatang disaluti sinar kebahagiaan dan rasa cinta yang semakin mendalam. Semoga kebahagian milik mereka di dunia dan alam selepasnya.

”Saya nak anak sebelas tau….”

“Ha????”

“Gurau je…”

“Kembar tigalah.. okay?”

“Amboi isteri saya ni… hahaha…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience