BAB 11

Romance Completed 39652

Usai membantu menguruskan kenduri doa selamat, Irene Munira meminta izin untuk berehat di bilik sebentar. Perancangannya dia mahu melepaskan penat sekejap sahaja. Radhi Amjad yang masih di bawah berbual dengan mertuanya dibiarkan sahaja. Dia sudah jarang bercakap dengan lelaki itu. Bila ada perkara yang perlu sahaja dia akan bercakap dengan Radhi Amjad. Namun bila mertuanya ada bersama terpaksalah dia berlakon mesra dengan lelaki itu.

Hipokrit betul kau ni Irene Munira… Kalau lah Umi tahu hal yang sebenar..Ya Allah…bila agaknya semua ni nak berakhir.. aku dah tak sanggup nak pura-pura bahagia depan Umi dan Papa..Hmm.. lepas Jad ceraikan aku nanti….apa agaknya yang aku nak buat? Cari kerja? Sambung belajar? Atau… kahwin? Ishhh… apa kau ni Irene Munira! Sudah-sudahlah tu mengarut….

“Kak Rene berangan apa tu? Berangan Along eh?”

Usikan adik iparnya mengembalikan semula Irene Munira ke alam nyata.

“Hah? Ish Hana ni.. mana ada akak berangan.. akak cuma terfikir je lepas dah cera……” Irene Munira tidak sedar dia hampir membongkar kisah rumahtangganya. Pantas dia menghentikan bicara.

Astagfirullah.. kenapa dengan aku ni.. nasib tak terlepas kalau tak habislah Hana bagitahu Umi… Umi tak boleh tahu perkara ni lagi.. sekarang bukan masa yang sesuai kau nak buat segala kejutan bagai Irene Munira! Kawal diri kau!

“Hah? lepas apa kak??” tanya Hana kurang dengar.

Irene Munira telan air liur. Tekaknya terasa perit.

“Taaakkk.. akak sebenarnya tengah fikir kalau-kalau.. Hana nak ke temankan akak shopping esok.. hehe.. Hana kan baru balik ni.. mesti dah lama tak pusing-pusing area sini kan? Boleh tak Hana teman akak?”

Fuh.. Irene Munira.. kau kalau bab memusing cerita champion! Asal dulu kau tak apply jadi wartawan melodi hah? Eh jap.. apa kaitan pulak Melodi dalam cerita ni.. adoi

“Oh.. Hana ingat apa tadi.. boleh-boleh! Hana pun teringin nak tengok apa perubahan yang dah berlaku kat sini.. 4 tahun duduk kat Ireland kak.. Hana dah lah jarang balik..“ luah Hana teruja.

“Alahai kesiannya adik akak yang sorang ni… esok akak bawak Hana jalan-jalan ya… Hana cakap je Hana nak ke mana.. akak bawa!” Irene Munira juga teruja. Yelah mana tak teruja baru dua hari berjumpa Hana dia sudah memperolehi keserasian dengan adik iparnya itu. Hana seorang yang ramah dan senang didekati. Dalam hati dia bersyukur yang Hana dapat menerima dia tidak seperti abangnya yang sangat keras hati.

Hai.. nasiblah Hana tak dapat perangai abang dia.. kalau tak haru juga dibuatnya hidup aku ni.. kalah heroin drama pulak nanti.. Alhamdulillah syukur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience