BAB 15

Romance Completed 39653

“Kita nak pergi mana ni kak?” Soal Hana sambil memandang kakak iparnya yang sedang fokus memandu.

“Adalah….” Irene Munira berteka teki.

“Ala akak ni nak berahsia pulak… cakaplah…cakaplah..” Hana dilihat bagaikan budak kecil minta dibelikan gula-gula.

“Hahaha.. amboi Hana ni ingat dah comellah tu ye..” Usik Irene Munira. Sengaja dia mahu merahsiakan tempat yang mahu ditujunya.

“Mestilah.. kalau tak takkan lah si Daus tu suka kat adik ipar akak ni..” Hana mencelah.

“Daus? Siapa tu Hana? Boyfriend Hana ke.. amboi amboi…”

“Hehe… teman tapi mesra jelah akak ni…” jawab Hana malu-malu kucing.

“Haha… aikk baru tanya sikit dah merah dah muka tu… handsome tak agak2 bakal adik ipar akak tu?” Irene Munira teruja bertanya.

Ewah-ewah Rene… yang kat rumah tu tak cukup handsome ke? Sibuk pulak kau ye…

Eleh. Handsome tapi menyakitkan hati nak buat apa. Haihh..

Amboi Rene. Laju je mulut mengata suami. Yang malam tadi tu kau elok pulak layankan dia. Kata dan benci. Cakap tak serupa bikin betul!

Terkedu dia dengan tembakan kata akalnya. Adakah dia menipu dirinya sendiri? Egokah dia?

“Kak RENE!!”

Suara nyaring Hana menampar gegendang telinga Irene Munira. Tersedar dia terus dari lamunan.

“Kak Rene!” sekali lagi Hana memanggil. Pelik dia dengan tingkah kakak iparnya. Semasa memandu pun masih sempat mengelamun. Hana dah mula berkerut.

Berat ni. Kalau dua-dua asik mengelamun, berangan. Kenapa Kak Rene dengan Along ni?

“Hah? Err.. kenapa Hana? Kak Rene langgar lampu merah ke?” Balas Irene sedikit gugup. Sekilas dia memandang adik iparnya lalu tersengih. Mahu menghilangkan rasa malunya barangkali.

“Aigooo… Rindu sangat ke akak dengan Along sampai mengelamun jauh sampai ke mana-mana entah… Hana rasa korang ni patut pergi holiday lah.. lagipun Umi kata korang belum honeymoon lagikan.. ”

Gulp. Holiday? Honeymoon? Awww..

Hana.. Hana.. takpelah dik. Kau tak tahu apa yang berlaku sebenarnya antara akak dengan Along kau yang hati kering tu. Memang taklah nak honeymoon bagai ni… selisih!

“Errr… Hana.. akak rasa kita dah sesatlah..” Laju sahaja Irene Munira menukar topik. Dengan selamba dia menukar arah pemanduannya supaya kelihatan benar-benar tersesat.

“Hah… Sesat? Yeke? Sebenarnya akak nak bawak Hana pergi mana ni kak? Tulah nak rahsia2 lagikan dah sesat.. meh sini alamat.. kita waze aje…” cadang Hana. Nampaknya dia pun termakan dengan helah kakak iparnya yang mahu melarikan diri daripada menjawab soalan cepumas darinya.

“Haah ye.. akak pun terlupa nak guna aplikasi waze tu… sebab akak tak berapa ingat jalannya..selalu kawan kakak yang drive…” sengaja Irene Munira menambah perisa. Biar Hana ingat yang dia benar-benar terlupa jalan.

Lebih kurang 40 minit mereka sampai di hadapan sebuah butik menjual pelbagai jenis pakaian, hijab dan lain-lain keperluan wanita yang agak terkenal dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan seluruh Malaysia.

Irene Munira pasti pilihannya tepat apabila memutuskan untuk membawa adik iparnya itu ke butik ini. Dikerling reaksi Hana yang agak teruja dan tersenyum lebar kepadanya.

“Wahhh… thanks Kak Rene bawa Hana ke sini. Hana suka sangat… Kak Rene macam tahu-tahu je Hana memang nak tambah koleksi baru.…sayang akak!” Ucap Hana sambil memeluk kakak iparnya. Dipandangnya mercu tanda butik tersebut yang segak tertulis CalaQisya. Cantik dan unik ukirannya.

“Amboi-amboi… baru nak sayang akak ye.. hehe” usik Irene Munira sambil memaut lengan Hana menuju ke pintu masuk butik.

Usai masuk ke dalam butik tersebut, Hana terlopong.

“Ramainya orang kak! Rambang mata Hana tengok baju, jubah, shawl kat sini… wahhh kasut dengan beg pun ada.. habislah duit Hana macam ni kak…” luah Hana teruja.

“Hahaha.. butik ni memang famous Hana.. memang ramai orang pun! Takpe, Hana tengoklah mana-mana berkenan.. akak belanja Hana hari ni..” Irene Munira tersenyum. Sesekali belanja adik ipar.. tak gitu?

“Serious ke kak?? Wahhh… ni Hana tambah-tambah sayang kat akak ni…” Hana memeluk kakak iparnya manja. Pipi Irene Munira diciumnya.”

“Haha.. Hana.. Hana… takyah bodek lah.. akak memang nak belanja pun..hehe”

“Thanks akak… lain kali Hana pula yang belanja kak Rene okay.. “ ucap Hana ikhlas.

“Yelah..yelah.. dah jom jom.. akak pun nak tambah koleksi jugak.. ingat Hana je boleh..” usik Irene Munira.

Usikannya disambut dengan gelak tawa dari adik iparnya. Hampir 2 jam juga mereka melekat di dalam butik tersebut. Setelah itu mereka singgah solat Zohor di masjid berdekatan sebelum bergerak pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience