BAB 2

Romance Completed 39652

“Assalamualaikum menantu Umi…” Ceria suara Puan Syafni menyapa gegendang telinganya.

“Waalaikumusalam Umi…” Irene Munira membalas sopan.

“Rene apa khabar? Lama tak telefon Umi… “ sendu terasa di hati Puan Syafni. Mana tidaknya. Itulah satu-satunya menantu perempuan yang dia ada. Amjad satu-satunya anak lelaki daripada empat orang anaknya. Mestilah Irene Munira ni menantu kesayangan kan! Tak gitu?

“Umi.. Rene mintak maaf..kebelakangan ni tak sempat nak telefon Umi…”

Huh… macam mana kau tak lupa Rene, kau sibuk sangat memikirkan hal kau dengan Amjad. Soal hati dan perasaan konon…. Sampai Umi pun kau lupakan.. apa punya menantu kau ni…

“Takpelah.. Umi faham.. Rene mesti sibuk kan. Nak kena layan suami.. mana nak buat kerja rumah lagi …”

“Maaf ya Umi.. Insya Allah nanti Rene akan selalu call Umi.. kesian kat Umi dapat menantu macam Rene ni..” ujar Irene Munira serba salah.

“Hisy apa cakap macam tu pulak.. dah tak payah nak minta2 maaf Rene.. ni Umi nak tanya sikit ni…”

“Errr…apa dia Umi” Irene Munira dah kecut.

Dup Dap Dup Dap….

Hai Rene kau dah kenapa nak nervous tetiba? Ni mesti takut mak mentua kau korek rahsia dalam selimut kau ni kan.

“Am… dah boleh terima Irene ke?”

Matilah kau Rene. Kau nak jawab apa? Nak cakap suami kau yang “hati kering” tu dah terima kau? sayang kat kau? layan kau macam bidadari dia? Huh, memang taklah! Aduh macam mana ni. Dosa aku dahlah berbakul-bakul. Kalau tipu Umi lagi, memang dapat sebakul lagi lah jawabnya.

Irene mengeluh sendiri.

“Kenapa Irene? Am tak layan Irene dengan baik ke?” risau pula Puan Syafni mendengar menantunya mengeluh.

“Eh mana ada Umi.. Abang Am layan Rene dengan baik. Rene rasa bahagia sangat Umi. Abang Am dah mula terima dan sayangkan Rene. Umi jangan risau… Rene dengan Abang Am baik-baik je kat sini…”

Hamek kau sebakul lagi dosa. Menipu lagi kan kau Irene Munira.

“Betul ke ni Irene? Umi bukan apa.. Am tu hati dia keras sikit. Lebih-lebih lagi perkahwinan kamu berdua tanpa dirancang. Kalau Am masih tak terima Irene lagi… Umi harap Irene cerita dengan Umi ya nak… jangan simpan sorang-sorang..” lembut sahaja tutur kata mentuanya.

Ya Allah. Ya Allah. Bantulah hamba-MU ini. Irene sudah tidak mampu menahan air matanya. Berat sungguh yang dirasakan.

Sabar Irene. Ikhlas Irene. Tolong terima takdir kau dengan lebih terbuka. Allahuakbar!

“Umi…waktu Irene bulatkan hati untuk terima Abang Am menjadi imam Irene, Irene dah redha dengan takdir Irene. Irene adalah insan yang paling bertuah… sebab dapat mendampingi Abang Am sebagai seorang isteri” luah Irene pasrah.

Dia tahu, hakikat yang Amjad tidak pernah menerima mahupun belajar untuk mencintai dirinya namun hanya kata-kata ini yang mampu menyejukkan hati mertuanya saat ini. Namun dia redha. Dia ikhlas. Baginya Amjad merupakan anugerah Allah dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience