BAB 7

Romance Completed 39653

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni Lia…” tegas suara gadis berselendang hitam kepada seorang lagi gadis sederhana tinggi yang sedang berdiri berpeluk tubuh membelakangkannya itu.

“Rene, aku dah tak rasa apa-apa kat dia Rene…tak ada!” ucap gadis yang berpeluk tubuh tadi.

“Lia!!!” Irene Munira menjerit geram. Ya dia marah dengan sahabatnya Kamelia. Marah dengan sikap sahabatnya yang sangat mengecewakannya.

“Rene kau kena tolong aku…kau kena tolong aku Rene.. takkan kau sanggup tengok kawan kau ni menderita kahwin dengan lelaki yang tak dia cinta..” rayu Kamelia lagi. Kali ini dia terus duduk memegang bahu rakannya yang dilihatnya semakin merah mukanya itu.

“Apa kau cakap Lia? Tak cinta.. Kau ni gila ke apa? Kau hilang ingatan? Yang kau cakap tak cinta tulah yang dulu kau cari siang malam..yang kau gilakan sangat sampai tak ingat dunia..” tutur Irene Munira geram.

“Tapi sekarang aku dah tak cintakan dia Rene. I don’t feel the same as I do before. My heart won’t lie Rene… aku.. aku rasa aku mula sayangkan Yusri…” luah Kamelia lagi.

Irene Munira memejamkan matanya. Permintaan dari Kamelia sungguh berat untuk ditunaikan. Menerima permintaan itu bererti dia harus mengorbankan jiwanya. Namun jauh di sudut hatinya hasrat Kamelia itu bagaikan satu peluang untuknya untuk mendampingi insan yang selama ini dicintainya dalam diam.

“Rene…please. Do it for me… lagipun..” Bicara Kamelia terhenti di situ. Dia kembali bangun dan berpeluk tubuh.

“Lagipun apa Lia?” soal Irene Munira kaget. Dia berdiri mendapatkan sahabatnya. Kamelia merenungnya sinis.

“Aku tahu kau suka dia Rene. Kau nak jaga hati aku, sebab tu kau pendam perasaan kau? Aku sengaja buat tak tahu. Aku tahu yang kau takkan sampai hati nak rampas dia daripada aku.. Kau cuma mampu simpan dalam hati kan? Sebab tu je yang mampu kau buat…” Kenyataan Kamelia benar-benar pahit untuk dia menelannya. Ya, benar telahan Kamelia itu. Waktu itu, mereka telah mencintai lelaki yang sama namun rezeki tidak menyebelahinya kerana Radhi Amjad memilih mencintai sahabatnya Kamelia.

“Lia..aku..”

“Dah lah Rene, tak guna kau nak nafikan. Kalau kau buat apa yang aku minta kau tolong buat, kau yang akan dapat faedahnya. Impian kau akan terlaksana. Kau berangan nak kahwin dengan Amjad kan? Nah.. ini masanya… Rene please.. untuk aku.. aku tak sanggup nak tolak dia. Lagi sebulan kami akan dinikahkan.. aku taknak Rene. Aku dah tak cintakan Amjad…” Kata-kata Kamelia mengasak fikirannya kembali.

“Kau… tak kesiankan dia ke Lia?” soal Irene Munira lemah.

“Kalau aku kesian dia, aku yang akan terseksa Rene. Yusri janji dengan aku yang dia akan sayang aku sampai akhir hayat dia. Dia lebih faham aku dari Amjad..”

“Lia..Lia.. kenapa jadi macam ni. Bukan sekejap kau dengan Jad. Kenapa masa korang plan nak kahwin dulu kau tak cakap terus terang dengan Jad hah? Apa ni Lia.. Yusri tu hebat sangat ke sampai kau buat Amjad macam ni?” soal Irene Munira penuh emosi.

“Rene aku takde masa nak dengar kau ungkit pasal berapa lama aku dengan dia..pasal plan kahwin tu semua…yang penting aku nak tahu sama ada kau boleh tunaikan permintaan aku atau tidak..” Tajam mata Kemelia menikam wajahnya.

Irene Munira menarik nafas lalu duduk semula di bangku taman. Fikirannya kusut. Entah apa yang merasuk Kamelia sehingga dia pula terbabit sama dalam hal ini. Akhirnya dia bersuara.

“Lia, aku mengaku aku suka Amjad. Tapi itu dulu, aku dah boleh terima yang dia milik kau dan tak lama lagi pun korang akan jadi suami isteri macam yang kau impikan Lia. Tapi kenapa sekarang kau jadi buta macam ni.. Kalau Amjad tahu dia mesti sedih dan marah. Dia sayang kau sangat-sangat Lia. Tolonglah kau pertimbangkan semula perkara ni…” rayunya kepada sahabat dari zaman kecilnya itu.

“Kau ni bodoh lah Rene. Aku bagi peluang kau dapatkan Amjad… kenapa kau nak kesiankan dia? Kau patut tolong aku. Aku kawan kau Rene..”

“Fikir betul-betul Lia… You’re not in love with Yusri, kau cuma tertarik dengan layanan dia je Lia.. jangan tertipu dengan perasaan sendiri..” Irene Munira masih belum mengalah. Ya, dia perlu sedarkan rakannya tentang hakikat sebenar.

“Rene.. hati aku, aku sorang je yang faham…” tegas Kamelia sambil memegang dadanya.

“Liaaaa….”

“Sudahlah Rene, kalau kau pun tak boleh tolong aku.. aku rasa aku terus terang je dengan Amjad supaya batalkan perkahwinan ni.. lagipun aku dah terima tawaran kerja di Australia..aku akan ikut Yusri. Kau tahukan family dia ada business di sana.. dia boleh jaga aku. Dan kau, jangan pernah menyesal lepaskan peluang ni…” sambung Kamelia kesal dengan penolakan sahabatnya yang disangkanya dapat memberinya jalan keluar tanpa memudaratkan namanya. Dia mula melangkah meninggalkan Irene Munira yang masih lagi kaku di kerusi taman.

“Lia nanti!!!!” laung Irene Munira kuat.

Ya Allah, jika hanya dengan cara ini aku mampu memilikinya.. ampunkan aku Ya Allah. Kau permudahkanlah urusanku supaya dapat dia menerima aku sebagai isterinya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience