BAB 3

Romance Completed 39653

“Arggggghhhhh…!!!” jerit Radhi Amjad. Bergema suaranya dari atas balkoni bilik.

Irene Munira yang berada di halaman rumah mendengar jeritan suaminya. Dia terkejut.

Ya Allah, kenapa dengan suami aku ni….

Apa Rene? Suami? Dia anggap diri dia suami kau ke? Perasan lebih lah kau ni…

Ah. Abaikan suara-suara sumbang yang bergema dalam hati.. baik kau tengok kenapa dengan mamat tu!

Perlahan langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah menuju ke bilik suaminya. Pintu bilik diketuk beberapa kali sebelum dikuaknya perlahan.

“Awak okay ke?” soal Irene Munirah perlahan. Dia perhatikan suaminya yang sedang berdiri di tepi balkoni.

“Sejak bila kau boleh sesuka hati je masuk bilik aku?” Lelaki itu berpusing dan merenungnya tajam.

“Sejak bila…kau boleh sesuka hati ambil tahu apa yang aku buat?” tambah lelaki itu sinis dan sedikit kasar.

“Sssa..say..saya..cuma nak pastikan yang awak tak apa-apa..itu saja. Maaf kalau saya dah buat awak marah. Saya keluar dulu” terketar nada suara Irene Munira lalu pantas mengangkat kakinya keluar dari bilik lelaki itu.

Aduhai. Macam raja zaman dulu-dulu pulak nak murka bagai! Masuk bilik pun salah. Aku kan isteri solehah gitu… mestilah aku risaukan dia… ishh2 boleh stress aku lama-lama dengan dia ni! Sabar jelah Irene…

Jam menunjukkan pukul 5 ptg. Usai solat, Irene Munira menapak ke dapur rumah untuk menyiapkan keperluan makan malam. Sejak tiga bulan dia menjadi isteri Radhi Amjad belum pernah lagi dia gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri bagi memenuhi keperluan makan pakai suaminya. Walaupun kadang-kadang sahaja Radhi Amjad menjamah apa yang dimasaknya namun itu sudah cukup bagi dirinya. Irene bertekad…dia akan memenangi hati suaminya selagi ada peluang! Ya, peluang! Aja-aja fighting!

“Kau buat apa tu??”

Erk!! terkejut dengan sergahan suaminya, Irene Munira yang memegang sudip kuali sambil membuat pose ala-ala fighting tadi hanya mampu tersengih macam orang kantoi tak puasa. Irene Munira telan air liur.

Alamak! Nak jawab apa ni. Bila pulak si hati kering ni ada kat sini. Haiseyyyhh…

“Hah? Oh… saya pukul lalat. Hishh.. banyak pulak lalat hari ni kan…hehe…” Irene Munira tersengih.

Mampus aku. Sejak bila pulak geng lalat gigih nak terbang sampai tingkat 12 ni.

“Hah? Biar betul kau ni. Ke kau…tengah berangan nak masuk masterchef? Hmmph.. baik tak payah! Bukan sedap pon kau masak..” Radhi Amjad memberi nasihat “percuma” kepada “isteri”nya.

Pegh. Selamba badak je dia kutuk masakan aku. Dia tak tahu ke aku ni juara main masak-masak time kecik-kecik dulu.. Sabar Irene sabar..

“Hmm.. awak ada teringin nak makan apa-apa ke hari ni? Saya boleh buatkan…” Irene selaku isteri solehah cuba menarik perhatian suaminya.

“Kat luar tu belambak je kedai makan.. lagi sedap lah daripada makanan yang kau masak… tak kebulurnya aku kalau tak makan masakan kau..” sedas lagi peluru dilepaskan Radhi Amjad. Dengan selamba dia berlalu meninggalkan ruangan dapur itu.

Ish.. mcm over pulak aku kenakan dia.. Ahhhh lantak lah peduli apa aku.. biar! Biar dia tak tahan sampai mintak cerai dengan aku!

Syaitan telah menguasai fikiran anak cucu Adam ini. Tanpa disedarinya ada hati yang telah terguris oleh kata-katanya. Lumrah manusia.. bercakap dahulu sebelum berfikir.. astagfirullah…

Meremang bulu roma Irene Munira mendengar sindiran suaminya. Telapak tangan kanan dibawa ke dadanya. Air mata seboleh-boleh ditahan daripada mengalir. Dia tersenyum pura-pura menyedapkan hatinya.

Sabar Irene. Sabar. Letak dulu sudip kat tangan kau tu. karang ada pulak yang terbang sudip tu dari tingkat 12 ni. siapa susah?

Setelah sedikit tenang dia mencapai Galaxi Note 3 nya di atas meja makan. Niatnya ingin menelefon sahabat baiknya untuk meluahkan perasaan. Nombor Naqi pantas didail namun jarinya yang lincah mendail nombor telefon tersebut tiba-tiba terhenti.

Stop! Hishhh tak boleh tak boleh. Tak boleh call budak ni sekarang. Gila.. si Naqi ni bukannya bagi idea yang bernas kat aku pon. Silap-silap dia suruh aku mintak cerai je dengan si Hati Kering tu.. baik tak payah!

Bunyi nada dering lagu “Tolong” nyanyian kumpulan Mafarika membuatkan Irene Munira terperanjat. Nama pemanggil yang tertera di skrin telefon pintarnya direnung lantas dia tersenyum.

Panjang umur betul! Macam tau-tau je aku tak jadi nak call. Naqi..Naqi…haha

“Assalamualaikum cik Irene Munira…hallu hallu.. amacam surirumah kita ni..sehat ka?? haha” kedengaran ceria suara Yasmin Anaqi menyapa cuping telinga Irene Munira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience