BAB 9

Romance Completed 39653

Radhi Amjad bersandar di keretanya. Laut di hadapannya direnungnya tanpa perasaan. Dia meraup wajahnya kasar. Kusut dia memikirkan hal rumah tangganya. Tindakan berani Irene Munira tadi benar-benar membuatnya hampir gila. Dia sendiri masih terkejut dengan ciuman pertama yang diterima dari isterinya. Dia langsung tidak menyangka Irene Munira mampu bertindak sejauh itu untuk mendapatkan cintanya. Jujur dia katakan yang dia juga hampir terbuai dengan ciuman isterinya itu.

Selama bergelar suami isteri belum pernah lagi dia bersentuhan dengan isterinya. Namun begitu, sentuhan lembut Irene Munira sebentar tadi hampir membuat jantungnya hampir pecah. Egonya seolah-olah disapu bersih dengan kelembutan isterinya. Namun perasaan itu segera dihapuskan. Oleh sebab itu dia lancang menuduh isterinya sebagai perempuan murah. Disematkan dalam hatinya bahawa taktik Irene Munira menggunakan nafsu lelakinya adalah sangat murah. Tidak! Dia tidak akan sekali-kali mengkhianati Kamelia. Dia tidak akan tunduk pada nafsunya!

“Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!” Radhi Amjad menjerit. Berkali-kali dia meraup rambutnya. Kedengaran nada dering telefon pintarnya menandakan ada penggilan masuk. Lemah dia mencapai telefon dari kocek seluarnya. Nama pemanggil yang tertera di skrin telefon dilihatnya sepintas lalu.

“Assalamualaikum Umi…” Radhi Amjad memulakan bicara.

“Waalaikumusalam anak umi… hai lemah je suara Am.. kenapa ni?” sahut Uminya risau.

“Eh.. mana ada Umi.. Am okay je. Ada apa Umi call ni?” balas Radhi Amjad.

“Aik.. nak telefon anak sendiri kena ada apa-apa dulu ke Encik Amjad oi….” sindir Uminya.

“Bukan macam tulah Umi.. ni Umi sihat ke? Papa macam mana? Dah kebah dah demamnya?” soal Radhi Amjad pula. Seingatnya kelmarin Papanya ada menelefon meminta dia mewakilinya bertemu dengan klien dari Korea. Tiba-tiba sahaja Papanya diserang demam jadi terpaksalah dia menggantikan pihak Papanya untuk berurusan dengan klien tersebut.

“Hmm.. dah kebah dah. Biasa la papa kamu tu.. demam tak dapat tengok bola lah tu.. hari tu sibuk dia berebut remote Tv dengan Umi.. ada ke patut masa Umi nak tengok drama favourite Umi, Papa kamu tu nak tengok bola lah apa lah.. stress Umi ni Amjad..” adu Uminya.

“Hahaha.. hai Umi.. Umi.. dah tua-tua pun nak bergaduh lagi. Bukannya Tv kat rumah tu ada satu saja..” Radhi Amjad tergelak sendiri.

“Alah.. Papa kamu tu mana nak tengok bola kalau Umi tak temankan… mengada-ngada je lebih..” tambah Uminya.

“Hahaha… biasalah Papa nak manja-manja dengan Umi lah tu..” Radhi Amjad membalas.

“Banyak lah kamu punya manja.. umur pun dah layak dapat cucu… Hah.. sebut pasal cucu ni.. bila kamu dengan Irene nak bagi kami cucu ni.. dah nak masuk bulan ke empat ni Am.. takkan tak ada apa-apa lagi..” Soal Uminya selamba.

“Hah? Errrr..” Terkelu bicaranya mendengar soalan dari Uminya.

Kaw kaw punya soalan, hamek kau! Kau nak jawab apa Jad?

“Hah.. apasal tak jawab…? Am.. kamu ni layan isteri kamu macam mana? Kamu jangan macam-macam ya Am.. Ingat Rene tu tanggungjawab kamu. Kamu jangan sia-siakan dia Am.. Rene tu budak baik. Umi sayang dia macam anak Umi sendiri tau.. kalau Umi dapat tahu Am tak layan Irene dengan baik.. siaplah Am nanti…” ugut Uminya.

“Baiklah Puan Syafni… Am ingat.. Insya Allah Am tak sia-siakan menantu kesayangan Umi tu…”

Erk.. macam nak tercekik kerongkongnya menuturkan ayat itu. Aku? Takkan sia-siakan Irene Munira? Huh.. sehari duduk dengan perempuan tu pun macam setahun seksaannya… Aku kena cari jalan jugak macam mana nak bagitahu Umi tentang hal sebenar..

“Umi sebenarnya telefon kamu ni sebab nak mintak kamu dengan Rene datang ke sini. Kamu tahu kan adik kamu Hana balik Malaysia minggu ni.. jadi Umi dengan Ayah plan nak buat kenduri doa selamat untuk menyambut kepulangan dia. Kamu jangan tak datang pulak.. kalau kamu dengan Rene ada ringan sikit kerja Umi dengan Ayah..” terang Uminya.

“Lah.. Am ingat budak Hana tu balik 2 minggu lagi.. dia ada call Am kata nak singgah Istanbul dengan kawan-kawan dia…” balas Radhi Amjad.

“Hmm.. last minute adik kamu tu call Umi kata tak jadi nak ke Istanbul. Dia kata terus balik Malaysia… hai macam-macam lah adik kamu tu…” bebel uminya.

“Okaylah kalau macam tu.. nanti Am bagitahu Rene. Insya Allah kami datang.. Umi dengan Ayah jangan risau… kami akan bantumana yang patut..”

“Baguslah kalau macam tu.. Rene pun tak jumpa lagi adik kamu tu… yelah masa kamu berdua kahwin mana adik kamu balik kan… Hah kamu tu jangan lupa bagitahu Rene.. Umi rindu sangat dengan dia, dah lama kamu tak balik sini jenguk Umi dengan Ayah…”

“Ya..ya.. Umi jangan risau..” Radhi Amjad meyakinkan Uminya.

“Okay lah kalau macam tu… kirimkan salam Umi pada Rene.. Assalamualaikum..”

“Waalaikumusalam…”

Huh.. lega. Hai… macam mana Umi boleh pkir pasal anak. Hish.. memang tak lah nak Umi nak dapat cucu.. Aku mana ada perasaan dengan si Rene tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience