BAB 13

Romance Completed 39652

“Terima Kasih…”

Irene Munira yang sedang membaca novel tersentak mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut suaminya.

Ai.. dah buang tebiat ke apa dia ni.. tak pernah-pernah cakap terima kasih kat aku sebelum ni tiba-tiba je nak cakap pulak…

“Sorry…” balas Irene Munira kurang jelas dengan maksud suaminya.

“Terima kasih sebab dah bantu Umi uruskan kenduri ni.. Umi dan Papa puji kau melambung tadi..” jawab Radhi Amjad.

Dia juga turut memuji Irene Munira dalam hati. Melihat ketulusan hati wanita itu membantu Uminya melakukan segala yang perlu serta keramahan isterinya melayan sanak saudara juga tetamu yang hadir sedikit sebanyak menyejukkan hatinya. Dia pelik dengan hatinya sejak akhir-akhir ini. Dia tidak tahu mengapa dia tiba-tiba merasakan sesuatu terhadap wanita yang awal dulu tidak dianggapnya sebagai isteri. Bayangan Irene Munira juga kerap menerjah lamunannya. Dia terpaksa mengakui bahawa raut wajah Kamelia sedikit demi sedikit hilang dari kotak fikirannya.

“Dah memang tanggungjawab saya pun… lagipun nanti bukan saya boleh tolong Umi lagi kan.. masa yang ada nilah saya harus gunakan sebaik mungkin…” Irene Munira membalas selamba.

“Apa maksud kau?” tanya Radhi Amjad pelik.

“Maksud apa pulak? Betul la apa yang saya kata.. esok lusa mungkin saya dah tak boleh nak tolong Umi… yelah lepas awak ceraikan saya……” bicaranya pantas dipotong suaminya.

“Kau tak sabar-sabar ke nak aku ceraikan kau..? Apa.. kau dah teringin nak kahwin dengan jantan lain?” Radhi Amjad membalas marah. Tidak tahu kenapa tetapi hatinya diserbu rasa panas apabila mendengar kata-kata Irene Munira yang seolah-olah tidak sabar mahu diceraikan.

“Apa yang awak merepek ni.. dah lah saya sebenarnya malas nak bertengkar dengan awak pasal hal ni lagi.. cepat ataupun lambat kita tetap akan berpisah juga. Ini yang awak nak kan? Jadi jangan cuba nak letakkan kesalahan atas bahu saya… saya cuma ikut kehendak awak je..” novel di tangan terus ditutup. Irene Munira bingkas bangun dari kerusi menuju ke arah pintu bilik. Radhi Amjad yang perasan tindakan isterinya pantas menghalang. Pergerakan Irene Munira terhenti.

“Kau nak pergi mana?” tanyanya kasar. Lengan Irene Munira dicengkam kemas.

“Saya nak tidur kat bilik Hana! Kejap.. sejak bila pulak awak ambil peduli saya nak pergi mana.. and please.. lepaskan tangan saya.. sakit tahu tak..”

Radhi Amjad bagaikan terkena renjatan arus elektrik. Perlahan dia melepaskan cengkaman di tangan isterinya. Serentak itu Irene Munira meneruskan langkah hingga ke pintu bilik. Tangan yang ingin memulas tombol pintu itu terhenti. Dia berpusing merenung suaminya.

“Haa.. lupa nak cakap, saya nasihatkan… awak cucilah tangan awak tu ya… yelah, saya ni kan perempuan kotor. Takut nanti ada kuman pulak melekat kat tangan awak tu… selamat malam, Assalamualaikum..” penuh keberanian Irene Munira menuturkan ayat itu. Sesudah itu dia membuka tombol pintu untuk keluar dari bilik yang dirasakannya seperti penjara itu.

Bergetar hati Radhi Amjad mendengar tutur kata isterinya itu. Wajahnya membahang bagaikan disimbah dengan air panas. Serta merta darahnya naik hingga ke kepala. Isterinya sudah pandai menyindirnya.

“Aku tak izinkan kau keluar dari bilik ni.. kau tahu kan hukum seorang isteri yang mengingkari perintah suami?” Radhi Amjad sengaja ingin menyiksa perasaan isterinya.

Tangan Irene Munira yang sedang memulas tombol pintu terhenti. Hatinya jadi panas mendengar kata-kata suaminya. Dengan riak tidak puas hati dia membalas memusing tubuhnya menghadap suaminya. Geram pula hatinya melihat sifat kebudak-budakan Radhi Amjad.

Sebelum ini dia tak bising pula kalau aku nak buat apa… macamlah dekat rumah tu kita duduk sebilik.. dia ni memang sengaja nak seksa aku agaknya…

“Jangan cakap pasal hukum kalau awak pun tak faham lagi apa makna “suami” dalam ikatan perkahwinan Jad.…” laju sahaja Irene Munira membalas.

“Kau jangan cabar aku Irene.. kalau aku kata jangan keluar dari bilik ni.. jangan keluar lah, kau tak faham? Kau nak Umi dengan Papa tahu ke yang kita macam ni.. kau ingat dengan tidur kat bilik Hana tu.. dia takkan syak apa-apa ke? Kau takde otak nak fikir?” bidas Radhi Amjad geram dengan kedegilan Irene Munira.

“Awak ni dah kenapa.. nak mengamuk tak tentu pasal. Hana yang ajak saya tidur dengan dia malam ni… awak ingat saya ni bodoh sangat ke nak tidur dengan adik awak tu kalau dia tak ajak.. Ish dah lah saya malas nak layan awak.. buang masa saya tahu tak!”

Namun tindakannya yang ingin memulas tombol pintu sekali lagi di halang suaminya. Kali ini bukan tangannya yang dicengkam. Tangan sasa Radhi Amjad elok melingkari pinggangnya kemas. Jarak dia dengan suaminya sungguh dekat hingga hembusan nafas suaminya yang agak kasar itu membuat separuh tubuhnya menggigil.

“Kau cakap apa? Cuba ulang lagi sekali!” Radhi Amjad galak merenung paras Irene Munira. Tercabar egonya bila wanita itu lancang berkata-kata.

Apa? Dia kata buang masa cakap dengan aku.. memang nak kena dia ni..

Irene Munira yang masih terkejut dengan tindakan suaminya cuba melepaskan diri dari pelukan lelaki itu. Namun apalah kudratnya untuk menolak lelaki yang bertubuh sasa di hadapannya ini. Sudahnya dia membiarkan sahaja. Jujur dia tidak selesa berdekatan dengan lelaki itu buat masa ini. Dia takut jika hatinya terkesan dengan tindak-tanduk Radhi Amjad.

“Awak nak buat apa ni? Tolong..lepaskan..saya tak selesa…” nada suara Irene Munira sedikit merayu. Namun rautnya masih lagi dikawal seselamba mungkin.

“Kenapa? Kau takut? Aku ingat kau ni berani sangat… mana hilangnya keberanian kau? hari tu kemain berani lagi kiss aku.. sekarang buatlah benda yang sama tu lagi.. aku jamin kau masa kau takkan terbuang dengan sia-sia je…”

Haruman yang terbit dari tubuh isterinya menggentarkan hatinya. Radhi Amjad mengeratkan lagi pelukan ke pinggang Irene Munira. Tubuh isterinya itu dirapatkan lagi ke dadanya yang bidang. Nampak benar yang isterinya itu sedang ketakutan saat ini. Degupan jantung isterinya yang berdebar hebat melucukan hatinya. Kemarahannya sebentar tadi serta-merta hilang.

Hai…luar je nampak cool tapi dalam.. penakut juga dia ni!

Timbul niatnya ingin mengusik wanita itu. Dia mahu lihat sejauh mana isterinya mampu bertahan. Wajahnya sengaja dirapatkan ke arah wanita itu. Bibir isterinya menjadi sasaran. Irene Munira pantas memalingkan muka bila dia melihat Radhi Amjad ingin mencium bibirnya. Tidak sanggup dia menyerahkan dirinya kepada lelaki yang tidak mencintainya hatta dia seorang suami sekalipun. Radhi Amjad yang sedar akan reaksi isterinya itu tersenyum kecil namun entah kenapa diteruskan jua perbuatannya hingga bibirnya membenam pipi mulus Irene Munira. Tindakannya tidak terhenti hanya disitu. Sentuhan bibirnya kini mendarat di bahagian leher isterinya. Radhi Amjad tenggelam! Irene Munira terpegun!

Akhirnya dia tersedar!

Ya Allah apa aku buat ni… aku nak acah je tadi.. Hati Radhi Amjad berbisik.

Haha.. nampaknya kau yang kalah bro! Akalnya mengejek.

Tak! Aku tak kalah!!!

Huh! Tak malu.. kalau tak kenapa kau cium pipi dia.. kau dah jatuh cinta pada dia kan?

Akalnya terus terusan membidas hati kecilnya.

Kau diammmm!!!!

Pantas ciuman dan pelukannya dilepaskan. Dia menjarakkan dirinya. Wajahnya terasa membahang. Niat di hati ingin mengusik namun akhirnya dia yang tewas dengan nafsu sendiri. Tubuhnya dipalingkan dari menghadap isterinya. Ya memang dia halal menyentuh Irene Munira namun dia juga yang pernah berkata bukan-bukan kepada isterinya sewaktu wanita itu menyentuhnya. Dia menelan air liur yang dirasakan pahit itu. Nah, dia termakan sindirannya sendiri!

“So..Sorry.. kalau kau nak tidur dengan Hana pergilah.. aku izinkan..” luah Radhi Amjad. Dia masih bertarung dengan perasaannya sendiri.

Irene Munira yang mendengar ucapan suaminya juga tersedar. Dia menutup matanya. Masih lagi cuba menafsir kejadian sebentar tadi. Hatinya berkocak hebat! Otaknya tiba-tiba seperti tidak berfungsi. Akhirnya perlahan dia memulas tombol pintu dan menapak keluar dari bilik tidur itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience