BAB 8

Romance Completed 39652

Wajah Kamelia yang tersenyum sewaktu mendengar persetujuannya menolong gadis itu untuk melepaskan diri daripada Radhi Amjad beransur hilang. Sudah berhari-hari dia begitu. Termenung mengingat kembali punca-punca kepada permasalahannya. Makan pakai Amjad tidak diambil peduli sejak peristiwa suaminya menghempas gambar perkahwinan mereka. Mental dan fizikalnya bagaikan hilang fungsinya sejak suaminya melontarkan perkataan cerai kepadanya. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Seketika kemudian dia bingkas bangun dari katilnya dan melangkah keluar dari biliknya. Ya! pengorbanan yang dilakukan untuk Kamelia tidak berbaloi andai dia menyerah kalah terlalu mudah. Fighting Irene! Fighting!

Jasad Radhi Amjad dicarinya sekitar ruang tamu namun dia gagal menemukan lelaki itu. Irene Munira langsung meredah masuk ke bilik suaminya. Radhi Amjad yang sedang bersandar di balkoni terkejut dengan tindakan isterinya yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam kamar tidurnya.

“Kau tak faham bahasa ke? Kan aku dah cakap jangan masuk bilik aku sesuka hati kau! Kau ni degil kan…” sergahnya kasar.

Irene Munira yang tidak peduli dengan sergahan suaminya langsung menuju ke arah katil bersaiz king milik suaminya lalu menundukkan badannya dan meraba mencari sesuatu yang berada di bawah katil tersebut. Tindakannya membuat Radhi Amjad semakin berang.

Dah kenapa minah ni. Berhari-hari berkurung dalam bilik tiba-tiba pulak hari ni masuk bilik aku…Hishhh.. semak betul!!!

Belum sempat Radhi Amjad melangkah mendapat isterinya, Irene Munira sudah terlebih dahulu bangun sambil tangannya memegang sebuah kotak sebesar kotak kasut yang berwarna biru gelap. Dia arif benar apa yang terkandung dalam kotak tersebut kerana dia menjumpai kotak tersebut secara tidak sengaja semasa dia curi-curi memasuki bilik suaminya waktu lelaki itu tiada di rumah.

Irene Munirah nekad, biarlah suaminya mahu mengamuk sekalipun dia sudah tidak kisah. Dia hanya mahu Radhi Amjad sedar yang dirinya itu bukan lagi hidup dalam bayang-bayang Kamelia. Irene Munira berjalan menuju ke arah balkoni tanpa mempedulikan renungan tajam suaminya. Penutup kotak dibuka lalu isinya dijatuhkan. Kepingan-kepingan gambar Kamelia yang mesra dalam pelukan suaminya berterbangan jatuh dari aras balkoni itu.

Radhi Amjad terkejut melihat tindakan isterinya itu.

“Kau..!!!”

Darahnya serta-merta naik hingga ke kepalanya. Berani sungguh wanita itu membuang segala kenangannya bersama Kamelia.

“I told you not to mess with my stuff Irene Munira..how dare you to cross the line!!” mencerlung mata Radhi Amjad memandang wajah wanita di hadapannya yang tiada langsung riak bersalah. Pantang apabila barang peribadinya diusik oleh orang lain lebih-lebih lagi ‘isterinya’itu.

Ternyata kemarahan lelaki itu sedikit pun tidak menggentarkan hati Irene Munira. Dengan tenang dia membalas renungan tajam itu. Perlahan dia melangkah ke arah suaminya. Agak lama dia memerhatikan wajah suaminya yang kelihatan masih marah itu.

Kenapa Jad.. kenapa masih Kamelia yang bertakhta di hati awak? Apa lagi yang harus saya lakukan untuk buat awak jatuh cinta dengan saya……

“I’m talking to you Rene.. you owe me an explana….” belum sempat ayatnya disudahkan, bibirnya tiba-tiba dicium isterinya. Lama mereka berkeadaan begitu. Radhi Amjad terkedu. Akhirnya dia tersedar lalu kasar melepaskan rangkulan dan ciuman isterinya.

Irene Munira terkaku. Jujur dia juga terkejut dengan tindakannya sendiri. Entah mengapa dia begitu berani….

“You just what…kiss me? Seriously….I never thought that you’re so easy Irene Munira… Dengan lelaki lain pun kau macam ni ke??” Radhi Amjad bersuara sinis sambil mengesat bibirnya.

Berdesing telinga Irene Munira mendengar kata-kata suaminya. Maruahnya terasa dipijak. Sebagai isteri adalah halal baginya untuk menyentuh suaminya walaupun tiada rasa cinta lelaki itu buatnya. Dia tidak menyangka Radhi Amjad sanggup menghina dirinya. Dia masih waras lagi. Dia tahu hukum halal dan haram. Sungguh dia tak pernah menyentuh lelaki lain selain suaminya. Hatinya bagai dihiris-hiris mendengar hinaan yang dilemparkan padanya.

“Why not kau tidur dengan aku malam ni. Dah alang-alang ni.. takkan sampai sini je yang kau mampu buat.. kau nak aku bayar berapa? Seribu? Dua ribu? Oh kejap.. mahal sangat tu.. kau ni murah je kan…?” Radhi Amjad menyambung tanpa mempedulikan perasaan isterinya.

“You better stop Jad.. jaga mulut…” bergetar suara Irene Munira membalas kata-kata suaminya. Tangannya sudah menggeletar menahan rasa.

Ya Allah, adakah ini balasan untukku kerana memilih cara yang salah untuk memilikinya sebagai imamku

“No I’m not gonna stop. Dengar sini baik-baik. Sematkan dalam kepala kau tu. Jangan ingat dengan guna cara murah ni kau boleh ganti tempat Kamelia… Kau ingat dengan guna cara kotor ni kau boleh beli hati aku? Kalau kau bagi badan kau sekalipun.. kau takkan dapat gantikan dia kau tahu tak!” tempelak Radhi Amjad lagi.

“Jangan mimpi terlalu tinggi Rene…. Kamelia terlalu berharga untuk dibandingkan dengan kau. Ya.. memang kau berjaya buat aku kahwin dengan kau tapi… hati dan jasad aku takkan jadi milik kau sebab perempuan murah macam kau tak layak memilikinya!” sambung Radhi Amjad sombong. Langkah kakinya terus diatur meninggalkan wanita itu yang masih lagi berdiri kaku di tepi balkoni. Selang beberapa saat Irene munira jatuh terduduk sambil tangannya erat memegang dadanya. Ekor matanya kemudian dihalakan ke bawah balkoni. Kelihatan suaminya mengutip semula kotak dan kepingan-kepingan gambar yang berada di atas rumput. Matanya dipejamkan lalu air mata yang sedari tadi bertakung akhirnya mengalir deras membasahi wajahnya.

Sudahlah Irene. Bangun dan sedarlah. Suami yang kau sayangi itu mencintai perempuan lain. Lepaskan dia agar hati kau takkan terguris lagi. Sampai di sini sahaja lakaran hidup kau bersamanya. Ikhlaskan hati kau, bina hidup baru. Kembalikan senyuman dan kegembiraan yang telah hilang semenjak kau bersamanya.

Irene Munira bangkit dari duduknya. Langkah kaki di atur keluar lalu menuju ke biliknya. Wudu’ diangkat lalu solat Isyak didirikan. Doanya usai solat…

Ya Allah, jika aku salah mencintai suami sendiri aku redha andai jodoh ini terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience