BAB 6

Romance Completed 39652

“Cerai????” Irene Munira terkaku dengan permintaan yang baru sahaja diluahkan oleh suaminya malam itu.

“Ya cerai. Aku nak kita bercerai, berpisah! Lagipun tak kemana pun perkahwinan ini. Bukankah lebih bagus, kau takkan terseksa lagi Rene”. Radhi Amjad menuturkan kalimah itu dengan tenang.

“Tapi kenapa Jad? Awak tak boleh terima saya lagi ke? Dah tiga bulan Jad, dah tiga bulan saya jadi isteri awak… takkan sikit pun awak tak terasa yang saya ni wujud di sisi awak?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut isterinya.

Soalan Irene Munira umpama mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marak. Tajam mata Radhi Amjad merenung Irene Munira. Setelah itu, tangannya pantas mencapai gambar perkahwinan mereka yang tergantung elok di dinding rumah

Prangggggggggggg!!!

Seketika itu kelihatan figura Irene Munira yang tersenyum manis di samping Radhi Amjad semasa majlis akad nikah mereka dicemari serpihan kaca bingkai gambar yang pecah berderai.

“Ke..na..pa.. aw..akk..” Ujar Irene Munira tergagap. Wajahnya ketakutan dan sedikit pucat akibat terkejut barangkali dengan tindakan suaminya yang tidak semena-mena menghempas bingkai gambar itu ke lantai.

“Kau dan aku…. masing-masing sudah jelas dengan hubungan kita. Perkahwinan ni bukan atas kemahuan aku. Sampai suatu masa aku akan lepaskan kau. Kau kena ingat, sebab kau lah aku tersangkut dalam ikatan bodoh ni.. sebab kau… aku hilang orang yang aku sayang.. sebab kau!!! aku hilang kehidupan aku…” tutur Radhi Amjad dengan marah. Matanya merenung Irene Munira penuh dengan rasa dendam.

Irene Munira terduduk di atas sofa. Tubuh badannya seolah-olah berhenti berfungsi. Dia merasakan tubuhnya kaku dan tidak boleh digerakkan. Kata-kata yang dilemparkan suaminya benar-benar menikam jangtungnya. Perlahan air jernih mengalir daripada sepasang mata bundarnya. Jari jemarinya mula menggigil menahan rasa dalam hati. Irene Munira menarik nafas dalam dan mula menggagahkan diri untuk bangun meninggalkan ruangan yang dirasakannya semakin menyesakkan itu.

“Insya Allah dalam waktu terdekat…saya akan beri jawapan kepada permintaan awak tu…” Irene Munira berhenti melangkah seketika untuk menuturkan kata. Setelah itu dia berlalu tanpa memandang langsung ke arah wajah suaminya.

“Bagu….” Belum sempat bicaranya dihabiskan Radhi Amjad tergamam melihat lengan Irene Munira yang berdarah akibat terkena serpihan kaca bingkai gambar yang dihempasnya tadi. Titisan darah kelihatan menitik di lantai.

Pantas dia berjalan mendapatkan Irene Munira yang sudah menuju ke biliknya. Lengan Irene Munira dicapai namun segera di tepis kuat isterinya.

“Lengan kau…” Radhi Amjad bersuara dengan rasa bersalah.

Tanpa berminat mendengar kata-kata suaminya Irene Munira terus menutup pintu biliknya. Dia terus terduduk di sisi pintu bilik tanpa menghiraukan titisan darah yang semakin laju mengalir. Matanya dipejamkan. Dia diam di situ.

Salahkah aku Naqi. Salahkah aku…kalau aku jatuh cinta dengan suami aku sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience