BAB 5

Romance Completed 39652

“Macam mana?”

“Macam mana apanya….” Pelik dengan soalan temannya.

“Isteri kau… macam mana? Dah boleh terima dia?” soal Ahmad Tahir Bin Ramli a.k.a Ben merangkap sahabatnya sejak dari zaman2 merempit guna basikal lagi.

“Ahmad Tahir… kau boleh tak jangan semakkan otak aku pasal dia. Adohai.. pening ahhhh” luah Radhi Amjad sedikit bengang.

Amboi. Siap sebut nama penuh lagi. Nampak bengang si Amjad dengan sahabat baiknya itu.

Nasib kau kawan aku, kalau tak memang tak jumpa jalan balik rumah dah ni.

“Pulak… kan bini kau tu. Biasanya orang yg dah kahwin ni senyum sampai ke telinga tapi kau ni lain macam je gayanya.. hishh pelik aku lah” bebel Ben lagi.

“Memang lain pun. Apa yang nak disenyumkan.. kau pun tahu cerita sebenarnya. Jangan buat-buat lupa pulak eh..” balas Radhi Amjad bersahaja.

“Itu aku tahulah.. tapi dah dekat 3 bulan kot. Takkan lah takde apa-apa perubahan dalam hubungan korang. Ke… kau malu nak cerita dengan aku yang kau dengan Rene dah….” Bicara Ben pantas dipintas Radhi Amjad.

“Tak payah lah kau susah-susah pikir yang bukan-bukan Ben… tak betul pon. Esok lusa aku akan ceraikan dia juga…”

“Hah…?” Ben agak terkejut mendengar pengakuan sahabatnya itu.

“Kau ni aku ingatkan kau ajak keluar ni boleh lah aku nak release tension sikit tapi hampeh…” luah Radhi Amjad.

“Jad.. kau dah fikir masak2 ke??” tanya Ben serius.

“Yup..” ringkas jawapannya namun cukup membuatkan Ben ternganga.

“Sayang beb.. sayang. Bini kau tu cun plus comel kot. Kalau aku lah dapat bini macam tu memang takkan aku lepas punya.. Rugi lah kau. Kalau dia jadi janda confirm meletup saham dia..haha. Kau jugak yang gigit jari nanti…” sengaja Ben menduga perasaan sahabatnya.

Sengal betul Amjad ni.. bini punya lah comel… cun… tu pun tak reti nak bersyukur.. ishh2..

“Kau ingat saham dia je naik.. saham aku pon naik jugak tau tak. Comel macam mana pun dia, takkan boleh kalahkan Kame…” Bicara Radhi Amjad terhenti di situ.

“Kamelia? Come on Jad.. she was your past.. Rene is your future. Trust me… you’ll feel regret the day you let her go…” Agak tegas suara Ben. Dia sebolehnya mahu Radhi Amjad sedar kenyataan yang Kamelia bukan jodohnya dan tanggungjawabnya sekarang adalah pada Irene Munira.

“Menyesal? Ben…. Kau tahu kan Kamelia… she left me because of her!!! Aku dah cukup terseksa mengadap dia tiga bulan ni.. kalau tak kerana family aku beria-ria suruh aku kahwin dengan dia sebab nak tutup malu keluarga memang tak lah aku nak terima dia. Dasar perempuan murah…” penuh emosi Radhi Amjad menuturkan ayat itu..

“Astagfirullahalazim… what’s wrong with you? Dia dah jadi isteri kau pun Jad, dia amanah Allah untuk kau. Jangan sia-siakan dia.. belajarlah mencintai dia. Terimalah kenyataan yang Kamelia bukan ditakdirkan untuk kau..” Ben memberi nasihat sambil menepuk bahu kawannya itu.

Hish.. parah dah kes budak ni, tak boleh jadi ni tak boleh jadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience