Bab 2
Seingatku, sepanjang aku dan dia keluar berdating, Dia tidak pernah sekalipun mengajakku ke masjid setelah azan berkumandang. Kami sama-sama hanyut saat itu. Natijahnya, solat entah ke mana. Kami sama-sama bersalah. Aku tidak mahu terjebak lagi. Dosa semalam sudah terlalu berat untuk dipikul. Tidak tertanggung rasanya. Sekali melakukan dosa, seumur hidup penyesalan bertamu.
“Abang cintakan sayang. Selamanya hanya sayang di hati abang,” Rizwan tidak akan berhenti menyatakan cintanya kepada Atilia. Dia benar-benar menyesal dengan apa yang terjadi. Kali ini dia benar-benar ingin menjadikan Atilia isterinya. Jika syarat yang Atilia letakkan memaksa dia untuk keluar dari dunia dia yang sekarang ini, dia sanggup lakukan semua itu. Namun dia tahu, Atilia tidak mungkin ingin menerimanya jika dia hanya berubah demi seorang perempuan. Tidak ikhlas namanya.
“Jika ternyata jodoh saya sudah ditetapkan sejak di Loh Mahfuz lagi bersama awak, kita pasti akan di satukan. Saya percaya pada ketentuan Illahi. AturanNya tidak pernah merugikan hambaNya. Pasti ada pengajaran di setiap aturan hidup yang telah Dia tetapkan. Saya serahkan semuanya kepada Dia untuk tentukan yang terbaik buat saya. Maafkan saya untuk semua dosa yang awak dapat yang berpunca dari saya sebelum ini. Carilah cinta Allah sebelum awak kembali medambakan cinta dari saya.. Assalamualaikum,” Aku terus mematikan telefon. Aku tidak mahu mendengar jawapan balas dari Rizwan. Aku penat dirayu sebegitu.
Terasa sangat berdosa pada Yang Maha Berkuasa.
Aku menoleh sekilas ke tepi. Sungguh aku terkejut kerana Umi sedang kusyuk merenung ke arah ku. Entah bila dia mula mendengar perbualan kami.
“Kau dengar semuanya?” soalku
Umi tersengih. Dia terkantoi kerana mencuru dengar perbualan Atilia. Dia tidak pasti dengan siapa Atilia bercakap. Dari butir bicara teman sebiliknya tadi, Atilia seakan sedang bercakap dengan bekas kekasih.
Tidak di sangaka di sebalik penampilan Atilia yang kelihatan baik itu, dia pernah bercinta rupanya .
“Arggh Umi. Apa yang hendak dihairankan. Setiap manusia pasti punya masa lalu. Ikramah anak Abu Jahal juga penentang Islam sebelum jatuh cinta dengan ajaran Islam,” hatinya bermonolog.
“Errrr..maafkan aku.” Umi tersengih seperti kerang busuk. Dia ingin bertanya lanjut namun tidak telontar keluar dari mulutnya.
“Tak mengapalah. Silap aku juga kerana berbual di dalam bilik. Sepatautnya kalau aku tak nak orang lain tahu, aku kena cari tempat lain tadi,” Aku tidak wajar menyalahkan Umi seratus peratus. Aku kembali menyiapkan tutorial Fizik yang masih berbaki tiga soalan.
Share this novel