Bab 8

Romance Completed 11642

Bab 8

“Jauh termenung Cikgu Lia. Ada masalah ke?” soal Kak Anis yang duduk berhadapan dengan meja Atilia di dalam bilik guru. Jarang sekali Anis melihat Atilia termenung. Gadis itu selalunya ceria dan banyak celoteh. Hari ini lainj pula karakternya. Mungkin ada masalah dengan pelajar, telahnya. Tugas guru sememangnya tidak mudah. Pelbagai ragam pelajar perlu di hadapi.

Atilia tersentak. Secebis senyuman dihadiahkan buat rakan sekerjanya. “Tak ada masalah apa-apa. Kak,”

“Selalu kamu banyak celoteh. Hari ni kamu senyap je,” Anis masih mahu mengorek rahsia Atilia.

“Ada masalah dengan pelajar ke?” Sambung Anis lagi.

“Eh, tak ada lah. Pelajar semua baik-baik. Bakal ulamak muda tu Allah kirim untuk saya didik dengan penuh amanah. Kadang-kadang mereka agak nakal tapi biasalah.

Remaja perlu ditangani penuh hikmah,” Atilia terkenang pelajar-pelajarnya. Ramai yang punya potensi untuk menjadi insane yang berguna buat Islam suatu hari nanti. Cuma, mereka perlu dibimbing.

“Betul tu. Akak kadang-kadang terlepas marah juga anak-anak akak kat rumah tu. Nasib baik suami akak tu penyabar. Dia selalu nasihat supaya akak menegur anak-anak dengan berhikmah,”

“Bertuah akak dapat pasangan yang boleh saling mengingati,” pujiku. Aku juga ingin punya bakal imam yang seperti itu. Saling menegur bila tersalah. Bukan mengherdik atau memaki hamun.

“Alhamdulillah. Tak sia-sia akak dengar cakap mak dengan ayah akak dulu,”

Aku terkedu.”Ya Allah, apa mungkin ini petunjuk dari Mu? Adakah Kau menghantar Kak Anis supaya aku sedar bahawa redhaMu terletak kepada redha orang tuaku…Ya Allah, sungguh aku tidak tahu rahsiaMu tentang takdirku. Beriku petunjukMu,” suara hatiku berbicara.

“Akak tak takut ke dulu masa nak terima lamaran suami akak? Masa tu kan akak tak kenal dia?” Aku teruja ingin mengetahui pengalaman kak Anis. Mesti rumahtangganya penuh barakah. Setiap hari dia datang sekolah dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir.

“Kenapa harus takut? Allah kan ada. Minta petunjuk dari dia. Dia tidak pernah mengecewakan. Bila kita letakkan Dia dia di carta yang paling tinggi kat dalam hati kita ni, InsyaAllah, Dia akan bagi kita pasangan yang juga meletakkan Dia di carta yang tertinggi,” Anis tersenyum. Memang dulu ada juga terdetik keraguan di hati. Tapi keraguan yang sedikit itu terhakis dengan keyakinan yang tinggi terhadap petunjuk Allah.

“Lia ni, bila lagi nak bergelar isteri. Bertuah suami Lia nanti dapat isteri solehah macam Lia. Kalau akak ada adik lelaki mesti akak dah kenankan kamu berdua,” Sakat Anis.

Solehahkah aku??Hatiku bertanya sendiri. Gelaran solehah itu tidak layak untukku.

“Insya Allah dalam masa terdekat ni. Akak tolong doakan ya,” Aku tidak tahu kenapa jawapan itu yang keluar dari mulutku. Arrghhh..adakah ini satu petanda.

“Waaah..seronoknya akak dengar. Siapa gerangan lelaki yang bertuah tu?Kerja apa?”

“Insya Allah kalau jadi la kan. Nama dia Fareez. Abang cakap yang dia ni ada business sendiri. Business apa tu saya pun kurang pasti kak. Saya tak pernah jumpa dia lagi. Risikan datang melalui abang. Dia kawan abang saya,” laju je mulutku ini berceloteh.

“Subhanallah,..baik sungguh akhlaknya. Merisik melaui orang tengah. Benar-benar ikut syariat. Insya Allah, kalau ada jodoh nanti dapatla akak kad walimatulurus dari kamu ye. Eh Lia, loceng dah berbunyi. Kita sambung nanti lah ye. Akak ade kelas dengan budak-budak 4 Rajin,” Anis mengambil tas tangan dan buku-buku yang hendak di bawa ke kelas.

“Ye la akak. Tak perasan pula saya. Saya pun ada kelas Fizik dengan budak-budak 4 Sinergi,” Aku juga bergegas mengambil buku-buku dan laptop untuk di bawa ke makmal Fizik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience