MELANKOLIK SANG PECINTA
KHALIFAH
Bab 1
Aku kusyuk menghadap tutorial Fizik yang harus disiapkan malam ini juga. Esok tugasan ini harus diserahkan kepada Encik Ikmal untuk dinilai. Rakan sebilikku pula kusyuk dengan drama Melayu. Untungnya menjadi pelajar aliran Matematik kerana tidak terlalu banyak tugasan yang harus disiapkan seperti pelajar aliran Sains. Kami harus menyiapkan dua atau tiga laporan eksperimen pada setiap minggu.
Fokus ku terganggu apabila telefon bimbit ku berbunyi. Ku lihat nama yang tertera pada telefon Galaxy Y milikku..
”Arrgghhh..kenapa harus dia lagi yang menelefonku” bisikku di dalam hati.
Ku biarkan telefon itu terus berbunyi.
Setelah ia berhenti, aku cepat-cepat menukarkan kepada mode silent. Beberapa minit kemudian, telefon ku kembali bergetar. Ada pesanan ringkas yang ku terima. Ku ambil telefon tersebut, lalu ku baca.
Sayang, angkat call sekejap. Abang ada hal penting nak cakap.
Aku mengeluh setelah membaca pesanan tersebut. Tidak dapat aku nafikan yang emosi ku terganggu setiap kali aku menerima panggilan ataupun sms daripada dia. Pendirian yang baru ku bina seakan-akan goyah.
Namun, untuk berpaling membina semula kisah lama, itu mustahil bagiku. Aku telah serahkan semua cinta ini hanya kepada Dia satu-satunya.
Sekali lagi telefon bordering. Akhirnya aku mengalah. Aku rapatkan telefon ke telinga. Di dalam hati ku berdoa agar aku tidak terpedaya dengan pujuk rayu seorang lelaki yang belum halal buatku.
“Sayang, kenapa susah sangat nak angkat call dari abang? sibuk berdating dengan lelaki lain ke di kolej tu?” Rizwan terus menghentam dan menuduh Atilia.
Aku mengeluh. Dia masih belum berubah. Suka berprasangka buruk terhadapku. Tidak mungkin lelaki sebegini akan aku jadikan imam buatku melainkan dia juga sama-sama mencari cinta Allah bersamaku.
“Awak nak apa lagi Riz? Saya dah cakap banyak kali, jangan hubungi saya lagi. Saya ingin mencinta Pencipta saya dengan tenang,” sekali lagi aku menerangkan penderianku.
Aku mohon pengertian darinya. Jangan rumitkan jalan yang telah aku pilih. Aku menoleh sekilas kepada rakan sebilikku, umi. Dia kelihatan kusyuk menonton telemovie. Headphone terlekap kemas di telinga. Tidak mungkin dia akan mendengar perbualan kami.
“Abang masih cintakan sayang. Abang mengaku abang pernah lukakan hati sayang. Abang pernah tinggalkan sayang untuk perempuan lain. Sekarang ni abang dah sedar yang sayang lebih sesuai untuk abang. Sayang lebih memahami abang berbanding dia.
Dia terlalu mengongkong. Dia tak setia. Di belakang abang, dia ada lelaki lain,” Rizwan menyusun kata. Atilia yang dia kenali sangat berhati lembut. Dulu berkali-kali dia mengecewakan wanita itu, namun dia sering mendapat kemaafan dari Atilia.
Namun, sejak dia curang dengan Atilia dan memilih untuk berkasih dengan sahabat baik Atilia sendiri, jiwa wanita itu seakan menjadi kebal dengan setiap pujuk rayunya.
“Saya dah maafkan awak untuk semua yang berlaku. Malah saya berterima kasih kepada awak. Jika awak tak tinggalkan saya demi dia, Mesti sekarang saya tengah hanyut mencintai seseorang yang tidak halal untuk saya. Mesti kita masih melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang murka Allah,” jawabku dengan tenang. Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan hati dan perasaan ini buatnya lagi.
Semuanya akan ku simpan rapi buat suami yang akan memimpinku ke syurga Firdausi kelak.
“Sayang, kita bina semula apa yang pernah terjalin dulu. Sayang tak nak ke rasa kemanisan dan kebahagiaan yang kita kecapi dulu,”
“Kebahagian dan kemanisan yang dibina berlandaskan kemurkaan Allah? Tidak sekali-kali akan saya ulangi. Saya takut dengan azab Allah yang menanti. Riz, tolonglah. Jangan merayu saya seperti ini lagi. mari kita sama-sama mencari keredhaan Allah. Jika awak benar-benar berubah, boleh menjadi imam kepada saya dan bakan anak-anak kita nanti, saya pinta agar awak muliakan wali saya. Tapi jika jalan hidup awak sama seperti dahulu, saya minta maaf.
Saya tak mungkin akan terima awak,”
Share this novel