Bab 12
Sekali lagi jantungku berdegup kencang. Menanti imamku masuk ke dalam bilik. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aku melihat penampilan di cermin. Rasanya sudah sempurna di mataku. Moga sempurna juga di mata dia.
Bunyi pintu di buka tambah mendebarkan aku.
Saat melihat Rizwan melangkah masuk, seluruh anggota badanku terasa longlai. Inikah debaran malam pertama.
“Abang, Lia nak taaruf dulu dengan abang,” cepat-cepat aku bersuara apabila Rizwan duduk disisiku. Panahan matanya benar-benar menggoda. Jujur aku katakan yang dulu aku jatuh cinta dengan mata dan suara miliknya.
“Ok. Assalamualaikum Nur Atilia Amani Muhammad Noordin. Nama saya Raja Fareez Rizwan Bin Raja Hussin. Umur saya 32 tahun. Saya akan menjadi imam kepada bidadari yang cantik ni sehingga Allah jemput saya pulang kepadaNya,InsyaAllah” tenang sekali riak wajah Rizwan.
Aku tergelak kecil. dia masih lagi nakal dan suka mengusik seperti dulu.
“Waalaikumussalam encik suami. Saya Nur Atilia Amani binti Muhammad Noordin, 25 tahun akan menjadi pendamping kamu di dunia dan harapnya di syurga juga. insyaAllah,” aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata. Suasana bilik yang cukup romantis ini benar-benar mewujudkan suasana tenang untuk bertaaruf.
“Abang, abang tak nak cerita ke about your life sepanjang empat tahun ni?”
Rizwan merenungku. Dia duduk berlunjur sambil menyandar di kepala katil.
“Sayang, mai sini,” dia mengajak aku duduk di hadapannya dengan posisi yang sama. Dia memelukku dari belakang.terasa damai dala pelukan kasihnya.
“Apa yang sayang nak tahu?” soalnya.
“Abang ke mana sepanjang empat tahun ni?”
“Tak ke mana. Ada je kat Malaysia ni. Kadang-kadang ke luar Negara dalam misi bantuan kemanusiaan,” jawabnya tenang.
“Ya, Lia tahu abang banyak join badan-badan kebajikan. Tapi maksud Lia, lepas malam kita bersembang tu, abang ingat lagi tak malam tu?” aku mendongak memandangnya.
Rizwan mengangguk.”Mana boleh abang lupa tentang malam tu?”
“Abang ke mana selepas malam tu? Lia langsung tak dapat contact abang. errr bukan Lia tapi abang Zikri. Lia minta tolong abang Zikri contact abang tapi tak dapat. Abang merajuk sampai tukar handphone ke?”
“Sayang cari abang?” duga Rizwan.
“Rindu abang ke?”
“Bohonglah kalau cakap tak rindu. Tapi Lia kenalah salurkan rindu tu kepada Allah. Agar Lia tak lalai,”
“Bagus isteri solehah abang ni. Hurmmm…malam tu lepas sembang dengan Lia abang keluar. Nak release tantion dengan kawan-kawan. Tapi tak sempat nak enjoy, abang accident. Berlanggar dengan kereta jugak. Nasib baik mereka tak apa-apa. Cuma abang je lah yang teruk. Tiga bulan koma. Handphone abang hancur masa kemalangan tu la,”
“Abang kemalangan?? Maknanya mimpi Lia memang betul,” aku sudah mengalihkan posisi duduk ku. Kina aku betul-betuk menghadap Rizwan.
“Oh ya ke? Sayang mimpi apa? Soal Rizwan. Saja dia ingin mendengar cerita tersebut dari mulut Atilia sendiri. Dia sudah maklum akan cerita ini daripada abang Zikri.
Aku menceritakan semula kejadian mimpiku lebih kurang empat tahun yang lalu. Segalanya masih segar dalam ingatan.
“Macam mana abang boleh kenal umi dengan abi? Family abang mana?” seingatku dulu Rizwan selalu bercerita perihal keluarganya.
“Masa malam kejadian abang terlanggar kereta umi dengan abi. Tapi nasib baik mereka cedera ringan je. Tiga bulan abang koma di hospital arwah mama dengan papa yang jaga abang. lepas seminggu abang sedar dari koma, mama dengan papa pula terlibat dengan kemalangan. Mereka meninggal dalam perjalanan ke hospital. selepas dari itu abang duduk dengan umi dan abi. Sejak abang kemalangan tempoh hari, mereka dah anggap abang macam anak mereka sendiri. Mereka hidup berdua je sebab anak mereka meninggal di Syria semasa mengikuti misi bantuan kemanusian di sana,”
Sayu aku mendengar cerita dari Rizwan. Terlalu banyak benda yang berlaku dalam hidupnya sepanjang tempoh kami berpisah. Tapi kenapa tidak ada riak kesedihan diwajahnya saat dia bercerita padaku. Wajahnya penuh dengan ketenangan
“Kenapa abang langsung tak contact Lia? Kalau lupa nombor Lia, abang boleh message melalui fac kan. Tapi selepas malam tu, fac abang pun tak aktif kan? Kalu tak nak contact lia, abang boleh contact abang Zikri kan?”
“Abang hormati permintaan Lia supaya jangan cari Lia lagi. jangan ganggu Lia lagi. so, as you wish, abang memang tak ganggu Lia dah lepas tu kan,”
Aku terdiam. Kalau dia menghubungiku saat itu dan bercerita tentang semua yang berlaku padanya, aku mungkin bersimpati dan menerimanya semula. Kami mungkin tejebak lagi dengan budaya couple. Astaghfirullahalazim…semuanya penuh hikmah.
Share this novel