Bab 4

Romance Completed 11642

Bab 4

Pagi itu aku menghubungi abang kandungku atas satu tujuan.

“Assalamualaikum adik,” jawab Zikri. Hatinya girang apabila mendapat panggilan dari adiknya. Dia bersyukur adiknya di sapa hidayah Allah. Atilia yang sekarang sudah banyak berubah.

Baik dari segi penampilan, akhlak mahupun ibadah. Semuanya tidak seperti dahulu lagi. Bertambah baik. Orang tua mereka lah orang yang paling bahagia dengan penghijrahan adiknya itu.

“Waalaikumussalam abang. Abang apa khabar? Macam mana dengan study?” soalku. Abang pasti sibuk. Abang merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang perubatan di Universiti Sains Malaysia.

“Alhamdulilah abang sihat. Sibuk sikit sekarang. Final exam dah nak dekat,” balas Zikri.

“Ooo..abang, boleh tak Lia nak minta tolong abang?” soalku.

“Tolong apa tu? Untuk adik tersayang, abang tak kisah,”

Aku tersenyum di hujung talian. Aku menjelaskan perkara sebenar kepada abnag. Tiada apa yang harus disembunyikan dari abang. kisahku dan Rizwan memang sudah sedia maklum oleh semua ahli keluargaku.

“Abang boleh call dia untuk bertanya khabar. Tapi abnag nak Lia jawab dengan jujur. Lia masih cintakan dia?” Zikri sekadar bertanya. Namun dia bimbang jika adiknya itu terjebak kembali dengan perangai lamanya jika masih menaruh hati kepada Rizwan. Tapi dia sedar, dia tidak layak untuk menghukum Rizwan. Hanya Allah yang berhak.

“Abang jangan bimbang. Hanya Allah yang menduduki carta nombor satu di hati Lia sekarang,” jawabku dengan yakin. Walaupun masih ada saki baki perasaan ini terhadap Rizwan, namun biarlah aku berkongsi rasa itu hanya dengan Allah sahaja. Allah pasti lebih memahami hati ku.

“Lega hati abang bila dengar. Ok lah adik, abang cuba call dia dulu, nanti abang call adik semula kejap lagi,” Zikri kemudian mematikan talian.

Berkali-kali Zikri menghubungi nombor yang diberikan oleh Atilia tadi. Namun hanya operator yang menyahut panggilan tersebut. Setelah hampir lima belas minit mencuba, dia akhirnya menyerah kalah. Dia kemudian menghubungi semula adiknya seperti yang telah dijanjikan.

“Assalamualaikum abang. macam mana? Dapat tak? Dia sihat?” soalku yang sedikit gopoh.

Zikri tersenyum di hujung talian. Walaupun Atilia menafikan perasaannya, namun dia yakin yang adiknya masih mencintai Rizwan.

Namun kali ini Atilia lebih bijak memandu rasa cinta itu bersama iman dan petunjuk Allah.

“Tak dapat lah adik. Dah banyak kali abang cuba. Namun pembantu dia yang jawab?”

“Pembantu? Maksud abang?” Aku kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh abang Zikri.

“Ye pembantu dia yang angkat. Pembantu dia cakap, please try later,” jawab Zikri kembali.

“Abang ni, Lia serius dia main-main pula,”

“Adik, kita cuba lain kali ya. Mungkin dia off handphone sebab dia tidak mahu diganggu. Beri dia ruang dan waktu. Mungkin dia sedang mencari jalan kembali pada Penciptanya. Mana kita tahukan,”

Aku terpujuk dengan kata-kata abang walaupun aku masih bimbang soal mimpi ku semalam.

“Terima kasih abang sebab sudi membantu,”

“No problem dear. Ok lah. Abang ada kuliah ni. Nanti kita sembang lagi,”

Sejak hari itu, Rizwan tidak pernah lagi menghubungiku. Pernah juga aku meminta pertolongan lagi dari abang Zikri. Namun kata abang Zikri nombor telefonnya yang sebelum ini sudah tidak aktif. Kami betul-betul terputus hubungan. Saat ini aku sudah menamatkan pengajianku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience