Bab 5
Mimpi yang aku alami sebelum ini, membuatkan aku sering tertanya-tanya tentang keadaan dirinya saat ini. Namun, memikirkan soal dia tidak sekali-kali membuatkan aku lupa kepada Penciptaku.
Segala aku serahkan kepada Dia. Jika Rizwan masih hidup, aku harapkan dia sudah berubah menjadi jauh lebih baik dari yang aku kenal sebelum ini.
Namun jika dia sudah pergi menghadap Kekasih Agung, aku doakan semoga Allah memberikan dia pengampunan.
“Ya Allah, aku tahu ada pengajaran dari setiap aturan yang telah Engkau tetapkan. Semoga hati ini akan redha dengan setiap yang telah Engkau aturkan buatku. Aku tidak pernah menyesal meninggalkan cinta dia demi untuk mencintaiMu kerana aku yakin dan percaya itu adalah pilihan terbaik buatku dan agamaku.
Kau pasti akan menggantikan rasa cintaku pada Rizwan dengan sesuatu yang lebih mulia dari itu iaitu cinta dari seorang yang halal untuk aku cintai suatu masa nanti.” hatiku berbisik.
Share this novel