Bab 11
“Kita solat sunat dulu. Abang imamkan sayang,” tenang dia berkata. Aku hanya mengangguk. Sudah terlalu terkejut sehingga aku menurut sahaja langkahnya.
Terasa tenang dan damainya solat berimamkan suami sendiri. Saat dia membacakan doa, hatiku terasa sebak. Segala persoalan sebentar tadi terus berlalu.
“Sayang,” panggilnya. Tangan dihulur. Aku menyambut pantas menciumnya.
Umi menghampiri kami bersama sebentuk cincin yang masih terletak indah di dalam kotaknya. Fareez menyambut huluran dari ummi. Cincin itu kini di tangannya. Tanganku di raih. Mata kami saling berpandangan. Jika dulu sepasang mata itu menatapku dengan pandangan nafsu, kini pandangan itu sudah jauh berubah. Ada ketenangan, kedamaian dan kelembutan dalm redup matanya.
“Terima kasih kerana sudi menjadi pelengkap hidup abang. Terima kasih juga kerana bersedia untuk menjadi suri dan pendamping abang di dunia dan akhirat, dan terima kasih juga kerana sudi untuk menjadi ummi kepada bakal ulamak-ulamak kita nanti,” cincin tu disarungkan ke jariku. Setitis air mataku gugur. Allah Maha Mendengar. Dia mengabulkan doaku untuk bertemu semula dengan Rizwan dalam keadaan yang diredhaiNya.
“Ini pilihan Allah. Lia yakin dan percaya semuanya ada hikmah,” itu sahaja yang mampu aku luahkan saat ini. Aku toleh ke kanan. Aku pandang ibu. Ibu sudah basah dengan air mata. Aku pandang abang Zikri. Dia tersenyum puas.
Sekarang aku mengerti kenapa abang Zikri terlalu memaksa dengan pinangan kali ini. Keluargaku menapak ke arahku.
“Abang memang dah tahu dari awal kan. Kenapa tak bagitahu Lia?”
“Sebab abang tak nak adik abang ni menolak lagi lamaran kali ni. Adik rasa kalau abang cakap yang Fareez dan Rizwan ni orang yang sama, adik nak ke terima lamaran dia? Mesti tak la kan. Sebab di minda adik masih lagi terbayang Rizwan yang dulu,”
Aku terdiam. Ada benar juga kata-kata abang Zikri. Oh Allah, kau telah mengaturkannya dengan baik sekali.
“Abah dan ibu pun tahu hal ni?” aku beralih pada ayah dan ibu.
Mereka mengangguk serentak.
“Abang pernah datang berjumpa dengan abah dan ibu sebelum abang berangkat ke Syria,” terang Rizwan tanpa dipinta.
Aku menarik nafas. Maknanya aku adalah yang paling lambat tahu.
“Umi..abi.. terima kasih untuk produk yang cukup bermutu ni. Dia memang sangat berbeza dari empat tahun yang lalu,” aku memeluk umi dengan penuh kasih.
“Kami tak buat apa pun Lia. Fareez yang memilih sendiri jalan ni. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah,”
“Pengantin baru, jom lah keluar beramah mesra dengan para tetamu. Anak-anak murid kamu ramai yang datang ni Lia. Cikgu-cikgu sekolah kamu pun ada. Ramai yang nak bergambar ni,” kak Ika muncul dari luar rumah. Para tetamu yang hadir sedang menjamu selera. Nasib baik mereka mula bergerak ke bahagian luar rumah semasa aku dan Rizwan solat sunat tadi.
“You look so beautiful today. Bidadari abang ni memang sentiasa berseri dari dulu,” bisik Rizwan padaku saat kami sama-sama melangkah keluar.
Aku tersenyum. Cantikkah aku? aku hanya memakai jubah bewarna peach dengan potongan yang longgar serta tudung satin labuh. Jubahku hanya dihiasi labuci yang cukup simple di bahagian tengahnya. Tapi dah suami puji cantik, kira bagus la tu. Cantik di mata suami itu jauh lebih bermakna dari nampak cantik di mata lelaki-lelaki yang tidak halal buatku.
Share this novel