Bab 13

Romance Completed 11642

Bab 13

“So, macam mana boleh jadi the new Rizwan?” ini yang paling aku nak tahu. Kisah penghijrahannya dari seorang anak muda yang terlalu suka bersosial kepada seorang lelaki yang hampir sempurna di mataku. Seorang lelaki yang penuh dengan keajaiban akhlak. Meninggalkan dunia keseronokannya dan mengabdikan diri dengan kerja-kerja kebajikan.

“Tiga bulan koma, macam-macam gambaran tentang akhirat yang abang dapat. Sangat dasyat sayang. sampaikan umi cakap abang selalu menangis waktu abang koma tu.

Kemudian bila abang sedar. abang masih lagi was-was nak berubah sampailah Allah jemput mama dan papa. Ia benar-benar menyedarkan abang tentang hakikat dunia ini hanyala tempat persinggahan yang sementara. Tiba satu masa, kita akan pulang jumpa Allah. Abang tekad, abang tak nak pulang dengan keadaan yang tak cukup bekalan. Abang takut seksaan kubur, abang takut azab api neraka,”

“Ya Allah, empat tahun yang sangat bernilai buat abang. empat tahun yang telah merubah seorang lelaki yang dulunya Lia rasa memang tak ada nilai Islam langsung dalam hidup dia. Allah dengar doa Lia, abang,” aku mengenggam erat tangannya.

“Bohonglah kalau abang cakap sepanjang empat tahun ni abang tak pernah terdetik nak hubungi Lia. Tapi abang dah berjanji pada Allah yang abang tak akan cari Lia selagi abang belum mampu untuk bimbing diri abang sendiri dan juga Lia.

Abang nak seiring sejalan menuju ke syurga bersama sayang. sepanjang tempoh tu abang hanya mampu doa agar Allah jaga Lia untuk abang sebab bila masanya tiba abang akan datang menyunting Lia menjadi isteri abang. Thanks sayang sebab tolak pinangan-pinangan yang datang sebelum ni,” tanganku pula yang digenggam lalu dikucupnya.

“Mana abang tahu? Abang Zikri yang cerita?”

Rizwan mengangguk.

“Macam mana abang boleh jumpa dengan abang Zikri?” ini satu lagi hal yang menimbulkan tanda tanya kat fikiran aku.

“Awal tahun ni, company abi dengan company abang Zikri ada buat satu projek usahasama untuk tubuhkan sekolah agama di Vietnam. Masa meeting projek tu abi tak dapat datang. Abi minta abang gantikan tempat dia. Kat situlah abang jumpa abang Zikri. Cantikkan aturan Allah. Masa mula-mula jumpe tu memang masak jugaklah abang kena dengan abang Zikri,” Rizwan tergelak kecil apabila mengimbau semula pertemuannya dengan abang Zikri pada Januari lalu.

“Abang Zikri buat apa kat abang? dia marah ke?”

“mula-mula memang la dia agak marah. Kalau abang pun abang marah. Orang buat adik bongsu kesayangan dia terluka. Tapi hebatnya abah dan ibu didik anak dia ye. Tidak menghukum sebelum menilai dan mendengar penjelasan. Bila abang, abi dan abang Zikri selalu duduk berbual bersama-sama sedikit demi sedikit cerita tentang abang diceritakan oleh abi kepada abang Zikri,”

“Patutlah dia beria sangat nak Lia terima pinangan kawan dia tu. Macam-macam dia promote pasal lelaki yang bernama Fareez tu,” aku menjeling manja ke arahnya.

Rizwan tergelak kecil.”Abang terhutang budi sangat kat abag Zikri,”

“Sayang…” tangan Rizwan membelai pipiku.

“Yup,”

“Kita bina hidup baru ye. Jadikan pengalaman lalu untuk kita jadi lebih dekat dengan Allah. Abang tahu dosa-dosa lalu kita banyak sangat. Lebih banyak dari buih-buih di lautan. Tapi abnag percaya, pintu keampunan Allah jauh lebih luas. Kita sama-sama seiring mencari redha Ilahi ye,”

Aku mengangguk. Sungguh terharu.”moga abang sudi lengkapi segala kekurangan Lia. Sudi tegur mana yang silap. Sudi bombing Lia untuk jadi isteri solehah untuk abang dan jadi hamba yang solehah untuk Dia,”

“Abang juga tak sempurna sayang. kita sama-sama belajar ya,”

Sekali lagi aku mengangguk. Aku memeluknya erat. Terasa damai dan bahagia sekali. Terima kasih Allah kerana menhantar dia sekali lagi kepada ku dalam versi yang cukup berbeza…

“Sayang…” panggil Rizwan penuh romantik.

“Emmmm,” aku mendongak. Saat itu pandangan kami bertaut. Aku mengerti pandangan matanya. Sesungguhnya dia berhak. Ini satu ibadah di sisnya. Aku mengangguk tanda mengizinkan. Inilah suami soleh dambaan para bidadari. Sentiasa berlembut dan bersederhana dalam setiap tingkah laku. Dan aku sangat bertuah ,memilikinya.

“Bismillah, Allahumma jannibnas syaitana wajannibis syaitana ma razaktana

(Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada Kami)” Rizwan membacakan doa terlebih dahulu. Semoga ada keberkatan dalam apa yang mereka kerjakan.

“Ya Allah, hari ini adalah satu permulaan untuk hubungan yang suci ini. Kuatkan kami untuk menempuh hari-hari mendatang sebagai pasangan yang mulia di sisiMu. Terima kasih Allahku,” aku tahu aturanMu adalah yang terbaik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience