Bab 7

Romance Completed 11642

Bab 7

Malam itu Aku bangun seperti biasa untuk bercinta dengan Penciptaku. Moga Dia sudi memberiku petunjuk tentang lamaran lelaki yang bernama Fareez. Kata abang Zikri, dia lelaki yang baik. Ilmu agama yang tinggi, akhlak yang first class dan macam-macam lagi pujian yang abang Zikri bagi kepada lelaki yang bernama Fareez ni.

Sebelum ini abang Zikri pernah beberapa kali membawa risikan dari kawan-kawan lelakinya namun dia tidak bersungguh-sungguh seperti kali ini. Jika sebelum ini aku menolak, abang Zikri akan menerima tolakan ku itu tanpa banyak soal.

Yang menambahkan kemusykilan di hatiku lagi adalah abah, ummi dan kak Ika juga seakan-akan mendesak aku untuk menerima lamaran daripada Fareez. Siapa lelaki ini di hati keluargaku?

Usai solat taubat dua rakaat, aku mengerjakan pula solat sunat istikharah. Biarlah Allah yang menjadi Hakim kerana sesungguhnya tidak ada yang layak selain dari Dia. Setelah selesai memberi salam, aku menadah tangan dengan penuh rasa rendah diri kepadaNya.

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini yakni lamaran dari Fareez adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini yakni lamaran dari Fareez mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

Aku melihat jam di dinding. Sudah menginjak ke pukul lima pagi. Ku capai naskhah teragung sepanjang zaman. Ingin ku baca sementara menunggu Subuh.

Moga ada ayat-ayat cinta dariNya yang boleh mendatangkan damai di hati. Mata terpaku seketika kepada surah AnNur ayat ke 26:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Air mataku menitis setelah membaca terjemahan ayat tersebut. Terasa diri sangatlah tidak layak untuk berdamping dengan lelaki soleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience