Bab 9
Setelah tiga hari aku membiarkan keluargaku tanpa sebarang jawapan, malam ini aku dengan yakin mendapatkan mereka untuk menyatakan keputusan yang telah aku buat. Moga dengan keputusan ini tidak mengecewakan hati mereka. Istikharah telah bermalam-malam aku lakukan dan aku rasa ini adalah saat yang tepat untuk aku bagitahu ibu dan ayah.
Aku mendapatkan ibu, abah, abang Zikri dan kak Ika. Mereka sedang rancak berbual di gazebo yang terletak di taman mini.
“Rancak berbual. Boleh Lia join sekali,”
“Of course yes my beloved sister. Abang ada berita gembira nak bagi tahu pada Lia,” Zikri riang sekali. Baru tadi berita itu disampaikan kepada ibu dan ayah. Tangan isterinya Zulaika digenggam erat.
“Apa dia abang?” soalku sedikit teruja apabila melihat ada riak gembira di wajah abang Zikri dan kak Ika. begitu juga ayah dan ibu.
“Lia akan jadi mak su tujuh bulan dari sekarang,”
“Alhamdulillah. Waaaaaa….seronoknya, ibu, abah,” aku memandang ibu dan abah silih berganti.
“Tak lama lagi abah akan jadi datuk,”
“Dan ibu akan jadi nenek,”
Mereka sekeluarga ketawa serentak. Tidak sabar rasanya menanti kehadiran orang baru.
Orang baru? tiba-tiba aku teringat tujuan asal aku menyertai mereka semua.
“Errr..abah, Lia dah ada jawapan untuk lamaran dari kawan abang Zikri,” ujarku tenang. Sungguh ketenangan ini milik Allah.
Semua mata kini tertumpu padaku.
“Kasih, sayang dan cinta itu milik mutlak Allah. Dan dengan kerana Allah, Lia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada lelaki yang bernama Fareez. Semoga ibu dan ayah redha dengan keputusan Lia kerana Lia inginkan redha ibu dan ayah agar Allah meredhai perjalanan hidup Lia di bumiNya ini.
“Alhamdulillah.,” itu yang terluah dari bibir ayah dan ibu. Hampir serentak.
“Terima kasih Lia. Abang pasti Lia tak akan pernah menyesal dengan keputusan yang Lia buat ni,”
“Zikri, kamu dah boleh bagitahu keluarga Fareez untuk hantar rombongan merisik secepat mungkin. Kalau boleh ayah tak nak benda baik ni dilengah-lengahkan.
“Tapi abah, Fareez tak ada kat Malaysia sekarang ni. Dia ikut misi kemanusian ke Syiria. Banyak sumbangan-sumbangan dari rakyat Malaysia untuk penduduk di sana. Dua bulan lagi baru dia balik semula ke sini,”
Aku tekun mendengar. Rupa-rupanya bakal imam ku ini aktif dalam kerja-kerja amal.
“Ya Allah, dua malam sebelum ini aku bermimpi telah pergi ke Syiria untuk program bantuan misi kemanusian di sana bersama seorang lelaki. Rupa lelaki itu tidak jelas dalam mimpi tersebut. Mungkinkah dia? Ini benar-benar petunjuk dariMu ya Allah,” hatiku berbisik.
“Dia tak perlu datang pun tak pe, janji ada wakil dari keluarganya,” celah ibu.
Abang Zikri mengangguk.
“Kalau Lia nak tengok macam mana rupanya, abang Zikri boleh tunjukkan gambar,” kak Ika memberikan cadangan. Kelihatan air muka abang sedikit berubah. Aku juga tidak tahu mengapa.
Abang Zikri mengeluarkan I phone 4 miliknya. Dia seolah-olah mencari sesuatu. Kemudian dia menghulurkan handphonnya itu kepadaku.
“Orangnya yang tengah pakai baju hijau bersongkok putih.
Ni gambar yang dia hantar pada abang masa dia join satu badan kebajikan pergi Filipina beberapa bulan lepas. Dia pergi sana sebab nak bagi sumbangan pada mangsa-mangsa yang terlibat dengan taufan Haiyan,”
Lama ku tenung gambar tersebut. Kurang jelas wajahnya di mataku kerana gambar tersebut di ambil dari jarak jauh.
“Tak jelas sangat wajahnya. Tapi tak mengapalah. Lia yakin Allah adalah pemilih dan perancang yang tiada tandingan. Walau macam manapun rupa dia, InsyaAllah Nora terima,” jawabku jujur. Rupa paras bukanlah criteria utama untukku menjadikan seseorang itu bakal imamku. Yang penting agamnya. Moga akhlaknya dengan Allah dan juga makhluk di bumiNya ini boleh menambat hatiku.
Share this novel