Bab 6
Zikri memandang ke dasar mata Atilia. Cuba mencari-cari jika ada sinar harapan di mata Hazel milik adiknya itu. Sejak kejadian putus cinta dengan Rizwan dulu, Atilia seakan-akan menutup pintu hatinya buat lelaki.
Aku membalas pandangan abang dengan tenang.
Kali ini sudah kali ke berapa abang menyuarakan hasrat bagi mewakili rakan-rakannya. Sekarang ada empat pasang mata sedang merenung tepat ke arahku. Abang Zikri, Kak Ika, Abah dan juga Ummi.
“Lia, tolong fikir sekali lagi. Abang nak Lia terima lamaran kali ni,” Zikri memandang adiknya dengan penuh harapan.
Aku menghadiahkan senyuman semanis madu kepada insan-insan yang sangat aku sayang setelah Allah dan Rasulullah.”Lia kena tanya pemilik hati Lia dulu. Lia akan bagi jawapan pada abang setelah Dia bagi jawapan pada Lia. Lia mohon untuk istikharah dulu,”
“Tapi abang yakin Lia tak akan menyesal jika Lia terima lamaran dari Fareez sebab…”
“Abang, elok kalau kita bagi Lia ruang dan waktu untuk buat keputusan. Tak elok kalau kita mendesak dia macam ni,” Ika pantas memotong percakapan dari suaminya. Bimbang seandainya identity Fareez yang sebenar terbongkar. Lagipun mereka sekeluarga sudah berjanji dengan Fareez.
“Betul cakap Ika tu, Zik. Jangan di paksa adik kamu ni kalau dia tak nak. Ummi dah putus asa dengan dia. Dah banyak lamaran dia tolak. Entah apa yang dia tunggu lagi. si Rizwan tu entah hidup ke entah dah mati,” Ummi bersuara pantas banging meninggalkan mereka di ruang tamu. Hati Ummi mungkin terguris. Air mataku mula bergenang. Bimbang seandainya Ummi berkecil hati denganku.
“Abah, maafkan Lia. Beri Lia ruang dan waktu. Dalam sehari dua ni Lia bagi kata putus,” Aku mohon pengertian dari abah.
Abah mengangguk.”Lia istikharah dulu. Abah yakin Lia cukup dewasa dalam membuat keputusan,” Abah kemudian pergi memujuk Ummi.
Hatiku lega mendengar jawapan dari abah. Terima kasih abah kerana memahami. Tapi bagaimana dengan Ummi?
“Dua hari lagi abang nak jawapan dari Lia. Kalau tak, abang akan desak abah untuk terima lamaran Fareez,” Zikri memberi kata putus pada Atilia. Dia bangun menyusul abahnya. Ika pula bangun lalu duduk di sisi adik iparnya iu.
“Lia, akak tahu akak tak berhak masuk campur dalam hal peribadi Lia. Tapi akak yakin yang Lia tak akan menyesal jika memilih Fareez. Agama dan akhlaknya sudah abah dan abang Zikri selidiki. Dia boleh jadi imam yang baik untuk Lia nanti,” Ika memeluk erat bahu Atilia.
“Jangan terlalu yakin akak. Lia pernah terlebih yakin dengan cinta lelaki sehingga Lia hanyut terlalai dengan keseronokan duniawi,” Aku meluahkan rasa.
“Dulu keyakinan Lia tidak disertakan keimanan, tapi kali ni Lia dah berubah kan. Allah pasti hantar orang yang baik-baik buat bakal bidadari syurga nih,” Ika mencuit dagu Atilia. Adik iparnya itu tersipu malu.
“InsyaAllah, jika Fareez jodoh Lia, kami akan disatukan juga nanti,” hanya itu yang mampu aku jawab.
“Akak percaya Lia akan buat keputusan dengan berpandukan iman dan petunjuk dari Allah. Jom lah kita bantu Ummi di dapur. Agak-agak menu apa yang menarik untuk lunch hari ni?” Ika menarik Atilia bangun dari sofa.
“Hurmmm…Lia teringin nak makan sup ayam buatan Ummi dan daging goreng buatan akak,” Aku memeluk pinggang Kak Ika sambil kami sama-sama beriringan menuju ke dapur.
“Amboi..tu macam ayat nak suruh ummi dengan akak je yang masak,” balas Ika. Pecah ketawa dia dan Atilia.
Share this novel