Kumpulan Dream Girls berjaya buat comeback lagu baru.Jadual mereka sangat padat.Malah latihan tarian juga diperbanyakkan untuk meningkatkan gaya tarian mereka.
Sehinggalah minggu seterusnya,
Tut tut...
"Hello?"Suara MinSeok kedengaran.
"Ya,MinSeok (oppa)."Jawabnya.
Kawan-kawannya memandang dia.
Latihan tarian mereka sudah tamat.Manager Kim juga tertarik dengan panggilan telefon MinSeok.
Seo Hee membuka volume kuat.
"Kita dah dapat rakaman CCTV dari Ketua Lyang." Ujarnya.
Seo Hee memandang kawan-kawannya.
"Boleh kita jumpa?"Soal MinSeok lembut.
"Boleh,dimana?"Soalnya pula.
"Di kafeteria agensi kita?"MinSeok memberitahu.
"Ya.Jumpa disana."
Seo Hee dan rakannya semakin berdebar-debar menunggu kebenaran terungkap.
"Tengok ni,Ketua Lyang hantar ini pada saya.Dia kata,ini dikelab Chorom,kelab terkenal yang ramai artis pergi sana."Ujar MinHo sambil menyerahkan telefonnya pada Seo Hee.
"Tapi,bukan ke rakaman CCTV akan dipadamkan kalau lebih dari seminggu?"Soal seorang lagi ahli WHITE yang bernama YoungDae.
"Betul juga."Jae Wook yang juga ahli WHITE,bersetuju.
"Dia hanya hantar gambar dan nama kelab,yang lain dia tidak beritahu."Ujar MinHo.
MinSeok merenung MinHo,memohon penjelasan.
"Okey,ini memang pelik,okey?Kenapa rakaman lain,diorang buang,tapi rakaman ini,diorang simpan?Korang nak tahu macam mana Ketua Lyang dapatkan rakaman ini?"Soal MinHo bikim suspen.
Mereka semua menunduk mendekati MinHo.
"Ketua Lyang terpaksa rasuah diorang.Pakai duit !"Ujarnya jujur.
"Maksudnya,ada sebab kenapa diorang tak buang rakaman tu,kan?"Tebak Seo Hee.
Mereka mengangguk setuju.
"Saya ada cadangan !"Seo Ra tiba-tiba mengangkat tangannya.
Mereka memandangnya.
"Apa kata,CEO Choi,mula rapat dengan Pengarah Lee?"Cadangnya.
Mereka semua saling berpandangan.Tetapi Mi Seok mengelak pandangan mata Seo Hee.
CEO Choi merengus.
"Apa pula yang saya kena buat sekarang?!!Setuju untuk tolong pun dah buat saya terseksa !!"Marahnya namun mereka ketawa dan pura-pura tidak mendengar kata-kata CEO Choi.
"Sukar dipercayai..."CEO Choi berleter seorang diri.
"CEO Choi,akan rapat dengan Pengarah Lee,dan pura-pura jadi lelaki tak guna."Ujar MiSoon.
CEO Choi merenungnya tajam.Sementara ahli WHITE menutup mulut menahan tawa.
"Tak,maksud saya... CEO Choi cuba jadi macam dia.Jadi kawan baik dia,CEO,bertenang dulu..." MiSoon ketawa melihat ekspresi wajah CEO Choi yang jelas menahan marah.
"Cuba jadi macam dia,dan cuba tanya pasal video rakaman JiHye.Saya yakin,video tu ada pada dia.Percayalah,... pengorbanan awak takkan sia-sia,saya janji."Seo Hee berjanji dengan wajah serius.
MinSeok memandang Seo Hee.
Dia tersentuh melihat bagaimana Seo Hee begitu berusaha membersihkan nama baik JiHye dan menuntut bela.
CEO Choi akhirnya setuju juga.
"Tapi,boleh awak buat semuanya secepat mungkin?Sementara kami pergi ke kelab Chorom tu,untuk siasat serba sedikit."Ujar Seo Hee lagi.
CEO Choi setuju lagi.
Semoga semuanya berjalan lancar.
Esoknya,jadual mereka dikosongkan,Dream Girls,WHITE dan manager Kim pergi bersama-sama ke Kelab Chorom.Benarlah kata orang,tempat itu memang terkenal.Sentiasa penuh dan meriah.
Lampu warna-warni memenuhi segenap ruang.
Disebabkan muzik terlalu kuat,dan cahaya lampu yang bewarna-warni dan tak tentu arah,tiada yang mengecam mereka semua.
Mereka menuju ke kaunter.
Seo Hee seperti biasa,tidak mengikat rambutnya,mara ke depan.
Lelaki yang bekerja sebagai pelayan itu memandangnya tajam.
"Encik,... boleh Encik,tunjukkan kami rakaman CCTV di kelab ini?"Soalnya lembut dan manja.
"Maafkan saya,tapi saya tak boleh buat macam tu."Lelaki itu menunduk memohon maaf.
Seo Ra pula muncul.
Dia menggoda lelaki itu.
"Encik,... awak kenal saya?"Soal Seo Ra dengan suara yang menggoda.
"Sudah tentu."Jawabnya selamba.Dia mahu berlalu pergi,namun dihalang Seo Ra.
"Bagaimana dengan,... 10000 won?"Umpannya.
Pelayan itu kelihatan tertarik.
"20000 won !!"Manager Kim pula yang bersuara.
"Saya akan tunjukkan,kalau saya dapat duit saya,dan selfie dengan saya,saya akan tunjukkan."Umpannya.
"Setuju !"Mereka mengambil gambar bersama.
Pelayan itu masuk ke bilik yang hanya staf dibenarkan.
Bilik pengawasan.
Pengawal itu tidak membenarkan.
"Tak mengapa.Mr.Jack benarkan mereka datang kesini.Pergilah,mereka perlukan bantuan diluar."Selamba sahaja pelayan itu menipu.
Pengawal itu akur.
Mereka mula memeriksa.
"Tempoh hari,ada polis datang memeriksa juga.Beritahu tarikh rakaman yang awak mahukan." Ujar pengawal itu.
Seo Hee pun memberitahunya.
Mereka mula memeriksa.
"Itu JiHye !"Tunjuk MinSeok.
Kelihatan disitu,JiHye sedang menari.Tetapi jelas disitu JiHye tidak menari dengan kerelaannya.
"Tengok tu.Menari pun tak ikhlas."Ujar SangYeob.
Kira-kira tiga orang,termasuk Pengarah Lee Yool.
"Tengok ! Mereka paksa dia minum !! Ini keterlaluan..."Mae naik angin.
Lima minit kemudian,JiHye sudah terkulai layu.
"Apa itu?Racunkah?"Soal YoungDae keliru.
MinSeok geleng.
"Ubat tidur."Ujarnya.Tengok pun tahu itu ubat tidur.
Seorang rakan Pengarah Lee mengendong JiHye keluar.
Pelayan itu menunjukkan rakaman luar kelab.
Mereka membawa JiHye ke hotel dihadapan kelab Chorom.Memandangkan murah dan dekat,pada pendapat mereka,disitulah mereka rosakkan JiHye.
"Encik,kami ambil rakaman ini,kami beri 10000 won,lagipun Encik tak perlukan rakaman ini,kan?"
Seo Ra mengumpan lagi.
"Sebenarnya,ada orang yang datang,minta kami buang rakaman ini.Mereka bayar,220000 won." Jujur pelayan itu memberitahu.
Mereka terkejut.
"Tapi disebabkan saya SHINE dan COCO,saya akan pura-pura seperti saya sudah membuangnya."Ujarnya dengan wajah yang memerah.
(Untuk pengetahuan pembaca,SHINE dan COCO adalah nama untuk peminat setia Dream Girls dan WHITE.)
"Terima kasih..."
"Kami hargainya."
Kami berbesar hati."
Mereka berterima kasih.
Mereka pun berlalu keluar dari kelab itu.
Malam semakin mendekat.
"WHITE,kami boleh kosongkan jadual bila-bila masa.Bila kalian ada masa lagi?"Soal Seo Hee.
"Betul tu,... tanpa kalian,pasti kami tak dapat kumpulkan bukti ini..."Mereka berterima kasih.
"Takdelah,... koranglah yang buat semuanya.Kami hanya membuat spekulasi dan teman aje." Sangkal MinSeok merendah diri.
"Terima kasih,saya hargainya..."Seo Hee tunduk.
"Tak perlu berterima kasih,tak lama lagi pasangan kekasih akan muncul."Usik MinHo.
"Pasangan baru?Siapa ya?"Seo Hee tidak tahu menahu.
Wajah MinSeok memerah.
Dia menolak Seo Hee supaya menjauhi MinHo yang petah berkata.
Mereka ketawa.
"Kenapa?Siapa pasangan tu?MinHo ya..."Seo Hee tersengih polos.
"Seo Hee,Seo Hee... awak ni naif betul."Ujar MinSeok jujur.
Seo Hee ketawa.
"Pernah tak saya cakap yang awak sangat cantik apabila ketawa?"Soal MinSeok tiba-tiba.
Ketawa Seo Hee mati.
"Apa?"Dia merasa segan.
"Awak sangat cantik."Puji MinSeok lagi.
Yalah,untuk datang ke kelab,mereka berpakaian cantik-cantik.
Seo Hee pula bersolek cantik menggoda lagi hati lelaki MinSeok.
"Terima kasih..."Seo Hee tunduk malu-malu.
MinSeok merasakan ini masa yang sesuai.
"Saya sukakan awak."Luahnya romantis.
Seo Hee terkedu.
Dia memandang MinSeok.
"Apa?"Gugup.
"Saranghae,Seo Hee..."
(Takde feel la kalau tak letak bahasa Korea kan?)
"MinSeok (oppa)..."Seo Hee mengundur setapak.
"Saya tak tipu.Saya janji saya akan jaga awak,lebih dari saya jaga diri saya sendiri."Luahnya lagi.
"Saya,... harap awak boleh terima luahan saya,tapi... itu mustahil."MinSeok menoleh.Dia berjalan pergi.
Setapak,dua tapak,
"Saya sukakan awak juga !"Jerit Seo Hee pula.
MinSeok berhenti.
Mujurlah rakan-rakan mereka berada jauh.
Dia mendekati Seo Hee dan memeluinya.
Benarlah kata MinHo,pasangan baharu sudah tercipta.
Share this novel