Bab:3 MinSeok lelaki idaman Seo Hee?!!

Drama Completed 3586

"MinSeok?(oppa)"Seo Hee terkejut dengan kedatangan MinSeok.
Wartawan Lee juga terkejut.
"Saya nampak semuanya.Dan demi nama baik Dream Girls dan agensi AA Entertainment,saya terpaksa beritahu semuanya."Ujar MinSeok lantas menjeling Seo Hee sekilas.
Jantung Seo Hee berdegup kencang.
Pandangan mata itu mampu membunuhnya !
"Jadi,apa yang jadi pada hari pergaduhan tersebut?"Soal wartawan Lee.
"Sebelum persembahan Dream Girls,kumpulan saya yang buat persembahan dulu.Waktu artis dijemput duduk,saya nampak Seo Hee melilau-lilau mencari seseorang.Saya tahu siapa yang dia cari.Mestilah kawan baik dia,JiHye.Lepastu,saya ternampak kelibat JiHye.Saya juga nampak apa yang Seo Hee nampak.Diorang tolak dia dan pijak-pijak dia.Ini dah kes buli.Buli adalah sesuatu yang tak boleh diterima."Terang MinSeok panjang lebar.
"Ya,..."Wartawan Lee bersetuju.
"Ini bukan salah Seo Hee atau kebiadapannya.Saya harap sangat kumpulan Xeicherry akan melayan JiHye dengan baik sebelum ini."MinSeok tunduk hormat.
Interview mereka pun tamat.

"Fuh,penat juga kan."Seo Ra bersuara.Mereka berempat duduk disofa empuk itu.
Seo Hee pula fokus menonton video ditelefonnya.
Mereka bertiga memandangnya.
"Kau tengok apa Cutie?"Soal Mae ingin tahu.
Dalam diam,mereka perasan Seo Hee sedang mengukir senyum.
"Wah,korang... Cutie sedang tonton MinSeok WHITE main piano !!!"MiSoon menjerit teruja.
Wajah Seo Ra dan Mae bertukar menjadi teruja.
Mereka menolak-nolak bahu dan lengan Seo Hee dengan manja dan teruja.
"Kau ni suka sangat eh pada MinSeok(oppa)?"Usik Mae.
Wajah Seo Hee memerah.
"Mana ada.Saya cuma dengar lagu piano yang dia mainkan aje."Belanya malu-malu.
"Are you sure?!!!"Usik Seo Ra pula.
MiSoon menolak-nolak bahunya manja.
"Tengok tu,sejak bila Cutie bercakap dengan kita pakai saya-awak?Dia gugup !!"Usik MiSoon pula.
Mereka bertubi-tubi menyerang Seo Hee.

"Hello?"Satu suara kedengaran.
"JiHye ! Kita jumpa nak?"Suara Seo Hee kedengaran ceria.
"Seo Hee,... tak payahlah,... aku penatlah.Nak berehat ni."Suara JiHye kedengaran sendu dan kelam.
Seo Hee dapat rasakan ada yang tak kena.
"Okey,bye."Seo Hee terus menamatkan talian.
Satu keputusan nekad sudah diambilnya.
Dia akan kerumah JiHye.

Tok tok tok !
Pintu dibuka.
Seo Hee terkejut melihat wajah JiHye.
Dia kalut meraba-raba pipi JiHye.
"JiHye,kenapa dengan kau ni?Tengok,rambut berserabut,muka kusam,kau selesema eh?"Soalnya bertubi-tubi.Mana taknya,keadaan JiHye tidak menunjukkan yang dia artis.
Dengan baju yang menggelebeh ke bawah,seluar pandek yang seperti tidak dibasuh setahun lamanya.
Seo Hee masuk ke rumah JiHye bersama beg bagasinya.
JiHye turut terkejut.
"Seo Hee,... kau buat apa kat sini?"Soalnya bersama suara yang sengau kerana selesema.
"Aku nak tido sinilah !Tengok kau ni,.. hish,tak rupa artis dah.Bukak pakaian kau ! Aku nak basuh."Arahnya selamba.

"Nah,ini baru k pop idol."Puji Seo Hee.
JiHye sudah memakai pakaian yang bersih dan wangi.Rambut sudah disikat malah bedak juga sudah ditempekkan ke muka.
JiHye tersenyum hambar.
"Kau kenapa ni?Tiba-tiba nak tido sini?Biasanya kau kesini bila kau takut,kenapa,kau takut apa sekarang ni?"Soalnya tiba-tiba.
Seo Hee ketawa manja.
"Mana ada.Aku rindu kau ajelah..."Rengeknya lantas dipeluknya tubuh JiHye erat.
Kemudian dia terperasankan sesuatu.
"Eh JiHye... berat badan kau kurang berapa kilo?Kenapa kau kurus sangat ni?"Soalnya menggelabah.
JiHye tersenyum lagi.
"Alah,biasalah k pop idol turunkan berat badan.Kau ni risau sangatlah."Sangkalnya dengan lembut sekali.
"Adik lelaki kau macam mana?Kau dah jumpa dia?"Soal Seo Hee.
JiHye ini ada adik lelaki yang masih bersekolah rendah.Disebabkan mahu mengejar impian,adik lelakinya ditinggalkan bersama neneknya.
"Dah,seminggu yang lepas aku jumpa.Dia tak rindu aku pun.Sebaliknya dia rindu engkau."Gurau JiHye semakin mesra.
Disitu,JiHye kembali tersenyum ikhlas selepas beberapa bulan yang menyeksakan buatnya.

"Selamat pagi !"Tegur Seo Hee bersama senyuman manis terukir dibibir.
Semua rakannya memandangnya aneh.
"Kenapa ni?"Soalnya tidak mengerti.
"Kau demam ke,Cutie?Kenapa ceria sangat ni?"Soal Mae hairan.
Seo Hee ketawa.
"Entahlah,gembira pula hari ini."Jawabnya selamba.
"Okey,hai Cutie.Pukul 2 petang ni ada program rancangan tv yang menjemput korang ke sana,bersiap awal ya ! Practice lagu korang cepat !!"Tegur manager Kim mereka.
"Ya..."Mereka angguk akur.

Sudah sampai masanya mereka bertolak ke syarikat rancangan televisyen itu.
Mereka pun bertolak.
"Sekarang,kami ada tetamu istimewa,yang anggun,vokal yang hebat dan gaya tarian yang menggoda,Dream Girls !!!"
Mereka pun masuk ke studio dengan gayanya.
Seo Hee pula lain dari ahli kumpulannya yang berlagak comel,dia hanya berjalan dengan bersahaja.
Mereka dijemput duduk.
"Hai,Girls,... kalian semua sangat cantik."Puji host lelaki bernama Lee itu.
"Terima kasih..."Jawab mereka serentak.
"Jadi,kes pergaduhan haritu sudah tamat,kita buka buku baru,dengar cerita,dalam masa terdekat ini,kalian akan debut lagu baru lagi?"Soalnya mesra dan ramah.
"Ya..."Mereka menjawab dan berseronok.
Sampailah,
"Ramai yang tertanya-tanya,Seo Hee.Yang dikenali dengan nickname Cutie,apakah ciri-ciri lelaki idaman awak?"Soal Lee ramah.
Seo Hee tersenyum manis.
"Ah,saya,..."
"Boleh saya jawab bagi pihak dia?"
"Tak,biar saya jawab."
"Tak,saya tahu jawapannya..."
Mereka semua berebut mahu menjawab soalan Lee itu.
Seo Hee ketawa dengan gelagat rakan-rakannya.
"Okey,macam ni.Seo Hee kena bagi satu aje ciri lelaki idaman dia."
Seo Hee menggigit bibir bawahnya.
"Ermm,... yang... mendengar."Jawabnya setelah berfikir.
"Woo,..."Hos lelaki itu kagum mendengar jawapan Seo Hee.
"Ya,saya suka lelaki yang mendengar,yang memahami.Lelaki macam tu saya yakin boleh diharap."Jawabnya lagi.
Mereka bertepuk tangan.
"Jadi,siapa lelaki idaman awak,maksud saya dalam industri muzik ini."Soalnya berkias-kias.
"Urmm,..."
"MinSeok oppa !"Seo Ra mencelah perbualan mereka.
Seo Hee menampar lembut bahu Seo Ra kerana malu.
"Bukan ! Bukan dia,orang lain."Sangkalnya malu-malu.
"Jadi siapa?"Mae pula menyampuk.
"Ermm... Justin Bieber !"Jawabnya selamba.
Lantaklah,kasi hentam saja !!

Ketika dalam perjalanan pulang ke bilik latihan mereka,Seo Hee membuka youtube untuk menghiburkan hatinya.
Tiba-tiba matanya menangkap satu video yang menggegarkan hatinya.
"JiHye Xiecherry,... melakukan operasi plastik?Lakonan yang kaku?Apa semua ni?"Bibirnya bergetar.
Setiap patah perkataan disitu merobek hatinya.
Dia sudah menganggap JiHye sebagai kakaknya,bagaimana dia boleh menerima tuduhan sebegitu rupa?
Dia boleh nampak didalam video tersebut,kulit JiHye digelapkab supaya kelihatan hodoh,dan bahagian bawah dagunya dilebarkan.
Dia segera menutup telefonnya.
Dadanya menderu.
"Kau kenapa,Cutie?Ada masalah?"Soal Mae bimbang.Asma ke budak ni?
Seo Hee tersenyum hambar.
"Tak,kita dah sampai ke?"Soalnya mengubah topik.
"Belum."Jawab Mae yang masih curiga.
"Okey,"Seo Hee membuka kembali video tersebut dan membacanya.
Matanya berkaca.
Sungguh banyak hinaan dan cacian yang dilemparkan kepada JiHye.Tiada yang membelanya.
Tangannya laju menaip di papan kekunci telefonnya.
'Maaf,tetapi semua ini hanya tuduhan semata-mata.Saya kawan baik JiHye,dan selama 15 tahun berkawan dengannya,tak pernah pula saya tahu yang dia membuat pembedahan plastik.Tolonglah padamkan video tersebut.Ini menimbulkan fitnah dan benci.Sebelum saya report ke pihak atasan,baik awak padamkan video tersebut.'Tulisnya.Dia tidak main-main.Dia sememangnya mahu report video tersebut.
Esoknya,video tersebut sudah hilang dan dipadamkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience