Bab:4 Kesedihan yang mendalam

Drama Completed 3586

Sedar tidak sedar,tiga bulan sudah berlalu.
Hari ini sudah masuk bulan baru.
Jarang dia bersua dengan JiHye.Jadual terlalu padat.Sesekali hanya telefon bertanya khabar sahaja.
Seo Hee hanya mahu bersenang-lenang dan berehat.
Tut tut...
Telefonnya berbunyi.
Dia segera menjawabnya.
"Hello?"Jawabnya.
"Hello,adalah ini Cik Seo Hee?"Soal suara dihujung talian.
Dia kenal suara itu.Itu suara manager JiHye !
"Ya?"Jawabnya hairan.
"Dengan dukacitanya,saya... tak boleh nak beritahu ini."Manager JiHye berat hati.
Wajah Seo Hee berkerut.
"Kenapa ni?Apa yang jadi?"Soalnya cemas.
"JiHye,sudah meninggal dunia pada awal pagi tadi?"Jawabnya lambat-lambat.
Tubuh Seo Hee bergetar.
"Apa?"Suaranya hampir tidak kedengaran.
"Cik Seo Hee boleh datang ke hospital sekarang."Talian dimatikan.
Mata Seo Hee berkaca.
Telefonnya terlepas dari genggaman.
"Kau kenapa,Cutie?"MiSoon bertanya hairan.
Seo Hee menjadi tidak fokus.Dia mencapai telefonnya dan menuju ke rumah JiHye sepantas yang mungkin.

Tok tok tok !!
Tiada balasan.
Seo Hee mengetuk lagi bagai orang gila.
"JiHye !!!"Jeritnya nyaring.Maklumlah,penyanyi punya suara.
MinSeok muncul.
"Kenapa ni,Seo Hee?"Soalnya.
Seo Hee menoleh.Air matanya bercucuran.
MinSeok kelihatan risau.
"JiHye... manager dia kata,dia dah,... mati."Seo Hee jatuh terduduk.
MinSeok menggeleng memandangnya.
Seo Hee memang rakan yang mengambil berat padanya.
"Diorang,... dah ke hospital.Awak nak saya temankan?"Soalnya lembut.
Seo Hee geleng.
Dia cuba bangun namun jatuh kembali.
MinSeok memapah Seo Hee.
Mereka menuju ke kereta.

Seo Hee mendekati manager JiHye.
"Mana JiHye?!!"Soalnya separuh menjerit.
MinSeok masih memaut bahunya memberi kekuatan.
"Dia didalam..."
Seo Hee terus meluru masuk ke dalam bilik peribadi itu,tanpa mendengar kata-kata manager JiHye.
MinSeok pula berbual bertanya itu ini bersama manager JiHye itu.
Seo Hee perlahan-lahan mendekati katil JiHye.
Disitu,wajah JiHye sudah ditutup dengan kain bewarna putih.
Dia kemudiannya jatuh sebelum sempat sampai ke katil.
Sudah 15 tahun dia berkawan dengan JiHye.
Memandangkan JiHye tiada ibu bapa,JiHye melayan Seo Hee bagaikan adik sendiri.Malah,adik kandungnya terpaksa diberi kepada nenek untuk dijaga.Susah senang mereka bersama.Saling menjaga dan saling menyayangi.
Kini,apabila memikirkan mereka tidak akan berjumpa lagi,tidak bercakap lagi,tidak bersama lagi,hiba dan tidak sanggup difikirkan olehnya.
Dia menangis teresak-esak sambil memegang tilam dihujung katil.
"JiHye,... macam mana aku nak hidup tanpa kau?Adik lelaki kau macam mana?Kenapa kau yang mesti mati dulu,kenapa..."Tangisnya.
Tidak sanggup dibuka selimut yang menutupi wajah JiHye.
MinSeok mendekati Seo Hee.
"Seo Hee,... bukalah selimut tu.Kalian tidak akan berjumpa lagi,jadi,..."MinSeok tidak menyambung kata-katanya.
Seo Hee bangun dengan bantuan MinSeok.
Tangannya menggigil sambil perlahan-lahan membuka selimut.
Dia jatuh lagi.
Tubuhnya menggigil hebat.Malah tangisannya semakin kuat.
Mata MinSeok turut berkaca.Dia juga kenal dengan JiHye.Jiran yang baik walaupun pendiam.
Malah,merupakan rakan yang baik juga.
Melihat keadaan Seo Hee yang terlalu sedih,melunturkan jiwa lelakinya.
MinSeok memandang wajah JiHye yang lesu dengan hiba.
Wajah JiHye lesu,pucat,bibirnya kering dan dilehernya terdapat kesan bewarna merah.
Seo Hee tidak sanggup memandang lagi.
MinSeok pun menutup selimut putih itu.
"Bawa saya keluar,MinSeok(oppa)."Pintanya tidak berdaya.
MinSeok memapah Seo Hee keluar.
"Apa punca dia mati?"Soalnya kepada manager JiHye.
Manager itu memandang MinSeok.
MinSeok berdehem.
"Seo Hee,... janji dengan saya,awak akan bersabar dengan berita ini,okey?"Pintanya.
Seo Hee memandangnya aneh.
"Kenapa?"Soalnya hairan.
"JiHye.... mati bunuh diri... dengan tali gantungnya sendiri."Ujarnya perlahan sambil menunduk.
Kini,air mata Seo Hee tidak mengalir lagi.Sudah kering rasanya.
"MinSeok,..."Suaranya hampir tidak kedengaran.
"Ya?"MinSeok bimbang dengan keadaannya.
"Bawa saya balik."Bisiknya.
MinSeok membawanya pulang ke rumah JiHye.

Mereka sudah tiba dirumah JiHye.
Suasana terasa kelam dan suram.
Seo Hee perlahan-lahan mendekati diari JiHye yang bewarna merah jambu.
Dibukanya buku tersebut.
"Disinilah,kesengsaraan aku bermula,.."Bacanya.
Sesaat membacanya,Seo Hee terus menutup buku tersebut.
Dia tidak sanggup membacanya lagi.
"Kalau tak mampu,jangan paksa diri.Mungkin awak belum bersedia lagi."Pujuk MinSeok.Diusapnya lembut bahu Seo Hee.
Seo Hee berjalan perlahan mendekati sofa.
Lampu tidak dibuka.Hanya cahaya televisyen sahaja yang menerangi segenap ruang.
Seo Hee duduk dengan lemah.
MinSeok pula duduk disebelahnya pula.
Disebabkan risau,MinSeok mahu menemaninya,selepas Seo Hee tidur,barulah dia pulang ke rumah cadangnya.
Tanpa dijangka,MinSeok juga terlelap disebelah Seo Hee.
Maka,tidur berdualah mereka disofa milik JiHye itu.

MinSeok terbangun.Cahaya yang muncul dari sebalik tingkap menyedarkan dia.Namun,kepala Seo Hee yang terlentok dibahunya mengehadkan pergerakannya.
Dia cuba bangun.Kepala Seo Hee hampir jatuh yang mungkin menyebabkan gadis itu terjaga.
Dia pantas memegang kepalanya agar tidak terjatuh.
Namun perhatian matanya ke arah lain.
Bibir Seo Hee.
Seketika dia terpaku menelan liur.Seo Hee memang gadis yang cantik.Melihatnya dalam keadaan begitu,sungguh menggoda.Mana-mana lelaki akan terdiam.
Namun dia sedar siapa dirinya,dia artis idol.Jika dia apa-apakan Seo Hee,reputasinya rosak,dia akan dibenci dan dicemuh seluruh dunia.
Jadi dia hanya merenung dan menikmati saat itu.
Dalam diam dia simpati dengan nasib yang menimpa Seo Hee.Gadis itu kelihatan sedih sekali dengan bencana yang menimpanya.
Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya ke wajah Seo Hee.Bibir mereka hampir bersentuh.Tiba-tiba...
Mata Seo Hee terbuka.
MinSeok terpaku.
Wajah Seo Hee memerah.Dia bangun dan menolak perlahan tangan MinSeok yang memegang mukanya.
Mereka tidak berpandangan selama seminit akibat malu.
"Urm,... saya.. keluar dulu..."MinSeok akhirnya bersuara.
Dia keluar dari bilik dengan perasaan malu yang tebal.
Seo Hee menggigit bibir bawahnya.
'Apa tadi tu?MinSeok (oppa) cuba cium aku ke?Aku mimpi lagi ke?'Bisik hatinya teruja.

"Hei,Kwon MinSeok !! Kenapa kau buat macam tu?Aish,gila betul.Aku hampir cium budak tu.Kalau jadi apa-apa..."
"Kau cium siapa?"MinHo,salah seorang ahli kumpulan WHITE mencelah kata-katanya.
Wajah MinSeok kembali memerah.
Kantoi !
"..."Dia hanya diam.Terlalu malu untuk berkata-kata.
MinHo mendekatinya.
Bibirnya terukir senyuman mengusik.
"Kau cuba cium perempuan,kan?Aku kena bagitahu yang lain."MinHo melarikan diri ke dalam bilik dari dikejar MinSeok.
"MinHo,kau bagitahu sesiapa,aku bunuh kau !!"Marahnya dengan wajah yang masih merah padam.
"Aku takkan bagitahu yang lain,melainkan kau bagitahu aku,siapa yang kau cium."Ujar MinHo disebelah pintu biliknya.
MinSeok mengeluh.
"Aku tak cium dia pun,hampir tercium aje." Terangnya jujur.
"Cakaplah siapa !"Desak MinHo tidak sabar.
MinSeok mengeluh lagi.
"Seo Hee,..."Jawannya.
Suasana diam.
"Kejap,kau maksudkan Seo Hee Dream Girls tu?Vokalis utama yang comel gila tu?!!"Soalnya teruja.
MinSeok diam,yang bermakna 'ya'.
MinSeok tahu MinHo sedang melompat-lompat didalam bilik kerana dia mampu dengar hentakan kaki MinHo yang menggila.
"Aku kena bagitahu yang lain."MinHo bersuara teruja.
Wajah MinSeok kembali memerah.
"MINHO !!!!!"
Tak sangka dia diperdaya MinHo yang playful ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience