Bab:6 Seksaan JiHye terbongkar

Drama Completed 3586

"Hello?"Suara wanita kedengaran dihujung talian.
MinSeok dan Seo Hee berpandangan sesama sendiri.Panggilan telefon mereka dijawab !
"Hello?Ini siapa?"Soal MinSeok seperti orang bodoh.
"Ini Hospital Asan Medical bahagian psikiatri.Apa yang boleh saya bantu?"Wanita itu bertanya mesra.
MinSeok membuka volume penuh.
"Boleh saya mencari,..."MinSeok blur sekejap.
"Doktor Chan !"Bisik Seo Hee.
"... Doktor Chan?"Pintanya.
"Syif Doktor Chan sudah tamat,Encik mahu tetapkan temu janji dengan beliau ke?"Soalnya ramah sekali.
"Ya,bila saya boleh jumpa dia,ya?"Soalnya pula.
"Doktor Chan ada waktu lapang pada pukul 2 petang esok.Encik tak keberatan,ke?"Soal wanita itu lagi.
"Ya,ya."MinSeok terangguk-angguk seperti robot.
Talian diputuskan.
MinSeok bertepuk tangan bersama Seo Hee.Gembira dengan berita ini.
"Jadi,... esok kita pergi hospital sama-sama ya?"Soal MinSeok mahukan kepastian.
"Jadual awak macam mana?"Soal Seo Hee bimbang dengan masa MinSeok.
"Macam ni,kita terus terang aje dengan pasukan kita.Diorang boleh tolong kalau ada sesiapa yang mereka kenal.Hantar saya semua nama lelaki jahanam tu.Okey?"Ujarnya pintar berfikir.
Seo Hee angguk.
"Terima kasih."Matanya berkaca.
Mereka berpelukan buat seketika.
"Terima kasih sebab tolong saya.Awak memang,... pendengar yang baik."Ujarnya.
Dia teringat kata-kata dia ketika berada di program rancangan televisyen beberapa bulan lepas.
"Okey,macam ni.Seo Hee kena bagi satu aje ciri lelaki idaman dia."
"Ermm,... yang... mendengar."
Inikah cinta yang semua orang agung-agungkan itu?

Esoknya,dia sudah memberitahu semua ahli kumpulannya dan manager Kim juga.
Disebabkan kepercayaannya,mereka berjanji tidak akan memberitahu sesiapa.Itu hanya rahsia mereka sahaja.
Ada beberapa nama yang rakannya kenal.
Kim Tan ahli korporat dan CEO syarikat JiHye,CEO Kang.
Seo Hee berjalan sambil wajahnya separuh wajahnya ditutupi topeng.
Dia memasuki kereta MinSeok tanpa diperhatikan sesiapa.
"MinSeok (oppa),awak ada alamat hospital Doktor Chan,kan?"Soal Seo Hee.
MinSeok meneliti telefonnya.
"388-1,Pongnap-dong,Songpa-gu,Seoul."Beritahu MinSeok.
"Okey,apa kata ahli kumpulan awak?"Soalnya ingin tahu.Adakah kumpulan WHITE sporting seperti kumpulannya?
"Diorang janji akan rahsiakannya.Ada seorang dua yang mereka kenal.Sahabat baik Lee Yool." MinSeok memandang Seo Hee.
Seo Hee menganggukkan kepalanya.
"Mari pergi."
Mereka pun bertolak.

Mereka perlu menunggu lagi setengah jam sebelum pukul 2 petang.Jadi mereka berjalan-jalan dulu ditaman berdekatan hospital Asan itu.
MinSeok dan Seo Hee masing-masing memakai topeng supaya tidak dicam sesiapa.
Mereka berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan.
Ada pantai berdekatan taman itu,jadi mereka berjalan-jalan disekitarnya.
Semasa Seo Hee terleka menikmati pemandangan,dalam diam MinSeok merenungnya.
Mereka masing-masing kusyuk dengan pemandangan masing-masing.
Angin berderu lembut.Rambut Seo Hee yang dibiarkan lepas,terselak sedikit.Topeng Seo Hee dibuka.Menampakkan keseluruhan wajah Seo Hee yang menyerlah.
MinSeok terkaku menikmati pemandangan dihadapannya.
Seo Hee tersenyum.
"Cantiknya pemandangan.Saya baru sedar sebab selama ni saya sibuk sangat."Ujar Seo Hee.
MinSeok juga membuka topengnya memandangkan tiada sesiapa di taman itu sekitar pukul 1 lebih.
"Ya,memang cantik."Dia mengagumi kecantikan Seo Hee.
Seo Hee menoleh memandang MinSeok.
"MinSeok (oppa),sudah hampir pukul 2.Mari kita pergi."Ujarnya bersama senyuman manis.
MinSeok angguk.
Mereka kini berjalan tanpa memakai topeng.

Mereka menghampiri kaunter.
"Dimana bilik Doktor Chan?"Soal Seo Hee.
Wanita berbaju purple itu menunjuk ke arah satu bilik.
Mereka menghampiri bilik tersebut.Di pintu bilik tersebut tertera Doktor psikiatri,Chan.
MinSeok mengetuk dahulu sebelum masuk.
Terdapat seorang doktor lelaki berkaca mata nipis sedang menunggu sambil melihat ke arah luar.Maklumlah,hospital tersebut berdekatan dengan pantai.
"Duduklah."Ujar Doktor Chan tenang.
Mereka berdua duduk.
Doktor Chan menoleh.
Sekali melihat wajah Doktor Chan,Seo Hee tahu dia lelaki yang boleh diharap.
"Kalian ada apa-apa masalah yang saya boleh tolong?"Soal Doktor Chan lembut.
Seo Hee dan MinSeok berpandangan.
"Urmm,... doktor kenal dengan JiHye Xiecherry?"Soal Seo Hee memulakan perbualan.
Doktor itu tersentak.
"Apa yang kamu mahu tahu,saya takkan bagitahu.Ini prosedur hospital,maaflah."Ujarnya selamba.
"Doktor,saya Lee Seo Hee.Dari kumpulan Dream Girls.Saya,... sudah berkawan baik dengan JiHye selama 15 tahun lamanya... saya..."Suara Seo Hee bergetar menyebut nama JiHye.
Setitis air matanya tumpah.
"... saya perlu tahu punca dia bunuh diri.Tolonglah... saya merayu..."Seo Hee merayu-rayu sambil menahan tangisnya.
MinSeok juga tunduk.
"Saya merayu..."Pintanya.
Doktor Chan mengeluh kesal.
Dia duduk.
"JiHye datang jumpa saya,atas sebab pertama,dia tertekan dengan cemuhan orang awam yang menuduh dia melakukan operasi plastik.Berdasarkan pengalaman saya,tekanan yang dialaminya,tidak sepatutnya terlalu serius sehingga menyebabkan bunuh diri.Tekanan dia boleh diredakan asalkan dia tidak melayari internet selama berbulan lamanya.Tetapi kita tahu itu mustahil untuk semua orang."Doktor Chan berucap panjang lebar.
MinSeok dan Seo Hee mengangguk faham.
"Mujurlah,JiHye tak sembunyikan apa-apa pada saya.Dia ceritakan semuanya."Ujar doktor itu.
Seo Hee dan MinSeok semakin ternanti-nanti.
"Semuanya bermula dengan tuduhan palsu tersebut,kemudian pelecehan seksual yang dilakukan kepadanya.Saya anggap kalian berdua dah tahu yang,... JiHye diperkosa 31 lelaki termasuk dicabul dan tidak dihormati.Dia datang mengaku pada saya yang,... dia mengandung kandungan 4 minggu."Ceritanya.
Seo Hee menutup mulutnya.Nafasnya tercungap-cungap seolah-olah baru selesai lari 200 meter.
MinSeok pula memejamkan matanya.
"Tidak pernah terbayang,seksanya JiHye pada setiap hembusan nafasnya."Doktor itu mengambil nafas sekejap.
"Dia cakap dia tidak mahu gugurkan anak luar nikah itu.Dia mahu menjaganya."Ujar doktor itu lantas bangun dan memandang ke luar.
Yang sebenarnya mata dia sedang berkaca kerana simpati yang melimpah ruah pada JiHye.
"Tapi,... tapi kenapa,doktor?"Soal MinSeok tidak faham.
"... kenapa dia nak simpan kandungan tu?"Soalnya lagi.
"Katanya,dia tahu bagaimana rasanya diabaikan dan tak diinginkan.Anak itu tak bersalah.Semuanya salah dia.Sebab ketiga kenapa dia tertekan adalah kecaman haters yang mengatakan lakonan dia kaku.Sedangkan,dia diperkosa secara paksa untuk watak utama.."
Tangisan Seo Hee pecah mencelah kata-kata Doktor Chan.
"Lee Yool tak guna !"MinSeok menyumpah seranah Lee Yool.
"... dia alami tekanan yang luar biasa.Katanya lagi,dia tidak mahu Seo Hee tahu tentang keadaannya yang semakin teruk.Adiknya juga dia tidak berhubung.Untuk setiap drama dia diperkosa."Doktor Chan menghela nafas resah.
"Sebab itu lah dia dapat watak utama untuk setiap drama yang dia lakonkan !"MinSeok berkata berang.Kemarahannya melonjak.
"... dan dia tertekan kerana dibuli dan dilayan macam sampah oleh ahli kumpulannya."
"Saya tak faham sebab mereka layan dia dengan teruk,apa salah dia?!!"Seo Hee menjerit kesal.
"Mungkin ada dalam buku pink yang awak pegang."Ujar Doktor Chan.
Mereka berdua kalut-kalut menyelak halaman muka surat buku itu.
Seo Hee kaku apabila terjumpa apa yang dicari.
"Mereka dengki dan cemburu JiHye dapat semua nyanyian solo yang sepatutnya jadi milik mereka."Bisik Seo Hee tiada riak.
"Doktor,jangan cakap dia diperkosa kerana lagu solo itu juga."MinSeok berkata semasa doktor membuka mulut mahu bercakap.
Doktor Chan mengangkat bahunya tidak mengetahui apa-apa.
"Itu sahaja yang saya tahu.Anggap kita tak pernah berjumpa,dan tak pernah bercakap tentang hal ini,atau saya akan dibuang kerja." Doktor Chan memberi kata putus.
Mereka akur dengan kehendak doktor itu.Mereka pun berlalu keluar.
Didalam kereta,Seo Hee terfikirkan sesuatu.
"MinSeok ! Tarikh JiHye mati adalah,... tarikh ulang tahun kematian ibu bapanya dalam kemalangan kereta..."Ujarnya apabila baru menyedari.
"Jadi dia tertekan tentang itu juga."Balas MinSeok.
"Kita kena buat sesuatu.Kumpulkan orang yang kita percaya,pada minggu depan,untuk dapatkan bukti selebihnya."Ujar MinSeok.
Seo Hee menyentuh lengan MinSeok.
"Kejap,maksud awak,kita akan siasat dan tangkap penjahatnya?"Soal Seo Hee dengan mata yang bersinar penuh harapan.
MinSeok merenung ke dalam mata Seo Hee.
Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience