Bab:11 Kes Selesai

Drama Completed 3586

Esoknya,mereka berdua bawa nenek JiHye pulang ke rumah Seo Hee.
Mereka berdua turun ke tingkat bawah.
"Jadi,awak tak nak tinggalkan nenek di rumah JiHye,tapi tinggalkan dia dirumah awak?"Soal MinSeok.
Seo Hee mengangguk.
"Gung Myoung?"Soal MinSeok.
"Gung Myoung tinggal dengan Dong Hyun.Mujurlah Dong Hyun itu orang yang bertanggungjawab dan boleh diharap."Ujar Seo Hee.
Cemburu MinSeok muncul.
"Siapa Dong Hyun tu?"Soalnya bernada tidak suka.
Seo Hee tersenyum mengenangkan Dong Hyun.
"Dong Hyun tu,... sayang sangat pada JiHye.
Kami bertiga berkawan baik sejak kecil lagi.Tak boleh berpisah.Tapi Dong Hyun dan JiHye lain.Diorang saling menyukai dan saling mencintai.Setiap kali JiHye dalam bahaya,Dong Hyun mesti muncul dan tolong."Terang Seo Hee panjang lebar.
"Jadi,... awak dengan dia hanya sekadar,... kawan?"Soal MinSeok lagi.
Seo Hee angguk dengan wajah polosnya.
"Ya.Kami berdua hanya kawan yang rapat.Tapi,... Dong Hyun ni memang,... seorang yang mendengar..."Sambung Seo Hee perlahan-lahan.
MinSeok merenungnya tajam.
'Seorang yang mendengar?Bukan ke itu ciri lelaki idaman Seo Hee?'Bisik hatinya musykil.
Dia menggenggam lengan Seo Hee.
"Hei,kenapa awak ni?Nanti orang nampak !"Marah Seo Hee cuba meleraikan genggaman MinSeok.
MinSeok menggeleng dengan wajah tegang.
"Betul awak takde perasaan pada dia?"Soalnya keras.
"Saya memang ada perasaan pada dia dulu,tapi,..."
"Apa?!!"MinSeok mencelah kata-kata Seo Hee.
Seo Hee gugup.
"Ahh,... maksud saya... dia memang seorang yang baik,jadi saya sukakan dia... sebagai kawan."Jelas Seo Hee tidak mahu timbul salah faham.
MinSeok mengeluh.
"Kenapa awak mesra dengan dia seperti pasangan kekasih?!!Sedangkan awak memang pernah sukakan dia?!!Adakah otak awak ada masalah?Hei,awak tu penyanyi terkenal,tak tahukah apa namanya integriti?!!"Marah MinSeok tanpa berlapis.
Seo Hee ketawa sinis yang dibuat-buat.
"Apa?!!Awak marah saya?Berani awak kata otak saya ada masalah,awak fikir awak siapa?!!!"Jerkah Seo Hee pula.
Dia sudah menjelaskannya,mengapa MinSeok mengatakan sesuatu yang menggores perasaannya?
MinSeok mengusap pipi Seo Hee.
"Dengan wajah begini,awak hanya dapat apa?Hanya,..."
"Cukup ! Saya akan pergi.Saya dah tak tahan lagi..."Seo Hee mencelah kata-kata MinSeok.
Dia berlalu pergi.
"Hei,Seo Hee ! Datang balik !!"Jerit MinSeok geram.
Tak fahamkah Seo Hee?Dia cemburukan Dong Hyun ! Salahkah untuk cemburu apabila gadis kesayangannya rapat dengan lelaki lain?

"Seo Hee,ada artikel barulah pasal kau."Tegur Mae.
"Apa?"Soal Seo Hee.Mereka baru selesai makan bersama.
"Aku bacakan ya.'Pasangan kekasih dilihat dibawah bangunan rumah Seo Hee,Dream Girls kelihatam seperti bergaduh.Malah mereka saling menjerit memarahi sesama sendiri.'Wah,... ini dah keterlaluan.Hei,Seo Hee.Betul ke kau bergaduh dengan MinSeok (oppa)?"Soal Mae.
Seo Ra dan Mi Soon merenung Seo Hee tajam.
"Mana ada."Nafinya.
"Hei,Manager Kim telefon."Beritahu Mi Soon.
Mi Soon menjawabnya.
"Hello?"Jawabnya.
"Mi Soon,bagitahu Dream Girls,tengah hari ini kita dijemput ke variety show.Jadi suruh mereka bersiap."Manager Kim terus memutuskan talian.
"Wah,... dia sangat biadap.Mengapa Manager Kim memutuskan talian begitu saja?!!"Ujar Mi Soon geram.
"Ahh,... penatlah ! Kita asyik dapat jemputan tanpa henti.Sungguh memenatkan..."Rengek Seo Ra manja.
"Eleh,kalau penat,telefon ajelah Min Ho."Usik Mae pula.
Mereka semua ketawa mengusik Seo Ra kecuali Seo Hee.

"Dipersilakan,Dream Girls !"Suara hos lelaki kedengaran.
Mereka berempat masuk dengan gaya comel.
Seo Hee pula macam biasa,dengan gayanya.
"Baiklah,silakan duduk."Hos menjemput mereka duduk.
Mereka duduk bersebelahan.
"Baiklah,saya dengar Mae ada berlakon drama baru.Boleh awak ceritakan sedikit ceritanya bagaimana?"Soal Hos itu sopan.
"Ah,ya.Sebenarnya,watak saya dalam cerita itu,amat rumit.Kalau mahu tahu,jangan lupa tonton drama saya !"Mae tersenyum dan melambai ke arah kamera.
"Baiklah,Seo Hee !"Hos itu memanggil Seo Hee pula.
Seo Hee menoleh memandangnya.
"Ya?"Jawabnya.
"Argh,.. kawan awak semuanya jadi comel sebaik mereka muncul,namun awak hanya duduk dan memandang.Wah,... ini juga rumit..."Hos itu mengusik Seo Hee.
Seo Hee tersenyum manis menampakkan lesung pipit.
"Ya,ia memang rumit."Ujarnya bersama senyuman.
Hos itu ketawa besar memandang Seo Hee.
"Wah,... wah... saya terpesona."Ujarnya jujur.
"Ini halnya,..."Seo Ra mencelah.
"Ya..."Hos itu menantikan kata-kata Seo Ra.
"... Seo Hee,tak perlu buat aksi-aksi comel,jika dia tersenyum sahaja pun,mana-mana lelaki akan tergoda..."Beritahu Seo Ra sambil menjeling Seo Hee.
Hos itu mengangguk bersetuju.
"Seo Hee,... satu artikel keluar pagi tadi,.. ianya berita yang mengejutkan..."Ujar Hos itu berkias.
"Apa?Apa yang mengejutkan?"Soalnya tidak faham.
"Artikel tersebut mengatakan awak dan teman lelaki awak bergaduh.. "
Ujar Hos itu.
Seo Hee menelan liur.
"Apa maksud awak?Saya tiada teman lelaki?"Nafinya keras.
Hos itu kelihatan terkejut.
"Tolonglah,... bukankah ia terlalu jelas?MinSeok memujuk awak ketika dihospital,dan bergaduh dibawah bangunan tempat tinggal awak,..."Hos itu tidak berkias lagi kini.
Wajah Seo Hee memerah.
"Tidak,ia satu salah faham.Dia hanya pujuk saya ketika di hospital dulu,kerana dia lelaki yang gentleman.Tetapi kami tak bergaduh,maksud saya... kami bergaduh,tetapi bukan sebagai pasangan kekasih..."Sangkal Seo Hee.
"Jadi?"Hos itu menantikan jawapan Seo Hee.
"Maafkan saya,tapi hal yang kami gaduhkan tu peribadi..."Seo Hee tunduk meminta maaf.
Hos itu dan kawan-kawannya ketawa.
"Aduhai,Seo Hee... jangan buat ia terlalu jelas ! Awak tiada alasan yang benar !!"Usik Hos itu lagi.
Seo Hee akhirnya diam tak berkutik.

"Girls !! Saya dah dapat video JiHye ! Sekarang,kita boleh bawak hal ni ke mahkamah." Ujar CEO Choi.
Mereka berempat tersenyum.
"Saya juga ada saksi dan bukti tambahan yang JiHye dianiaya.Kita mesti menang kes ni."Celah Seo Hee.
Mereka berlima berpelukan terharu.
Air mata Seo Hee menitis.
"Jangan risau,Seo Hee... kita mampu hadapinya..."Pujul Mae lembut.
Seo Hee ketawa kecil lantas mengelap air matanya.
"Terima kasih,semua..."Bisiknya,jelas kedengaran.Ikhlas sekali.
Mereka berpelukan lagi.

Mereka sudah laporkan pada ayah Min Ho.
Disebabkan bukti yang kukuh,mereka mendapat waran untuk geledah rumah Pengarah Lee.Dan seperti yang dijangka,terdapat banyak video porno gadis-gadis yang dia dan rakan-rakannya rosakkan.
Dia bersama dua orang rakan subahatnya ditahan dan bakal dibicarakan di mahkamah.
Gadis-gadis yang mereka rosakkan juga sudah disoal siasat,dan benarlah gadis-gadis itu semuanya dianiaya,diberi duit seperti mereka pelacur dan diugut untuk membunuh ahli keluarga jika laporkannya pada pihak polis.
Pengarah Lee dan 30 orang yang memperkosa JiHye juga ditangkap kerana pengakuan Pengarah Lee.
"Pengarah Lee dihukum penjara 20 tahun dengan 24 sebatan kekal,diikuti dengan dua rakan subahatnya,yang dihukum penjara 10 tahun dengan 24 sebatan kekal.28 orang lagi,dihukum penjara 20 tahun,dan 10 sebatan kekal.Ahli kumpulan Xiecherry kini sudah dibubarkan,dan dihukum denda 1.5 ribu won setiap seorang.Malah,sahabat mendiang JiHye,Seo Hee dari kumpulan Dream Girls,menyaman kesemua netizen yang mengecam JiHye tanpa belas kasihan.Sekian berita terkini,Ji Sang melaporkan."
Berita tamat.
Dreams Girls,WHITE,CEO Choi dan Manager Kim duduk bersama disofa sambil menonton berita.
Mereka bertepuk tangan berpuas hati dengan usaha mereka selama ini.
MinSeok tersenyum gembira melihat senyuman terukir dibibir munggil Seo Hee.
Diam-diam dia meletakkan tangannya dibahu Seo Hee.
Seo Hee menyedarinya tetapi membiarkan.
Seo Ra dan Min Ho pula berpelukan gembira.
"Ini semua jasa ayah awak yang pandai berucap didepan hakim."Puji Seo Ra kepada Min Ho.
Min Ho menggeleng.
"Bukan,ini semua jasa kita semua,yang menyiasat dari akar umbi hingga ke lubang cacing !!"Jerit Min Ho riang.
Mereka bersorak gembira.
"Hei,berita gembira ini,marilah pergi ke kelab !"Ujar Manager Kim.
Mereka semua bersetuju.
"Tapi,CEO Choi yang belanja semuanya !!"Jerit Manager Kim.
Mereka semua berjalan sambil menari menuju ke pintu keluar.
Meninggalkan CEO Choi yang tercengang-cengang seorang diri.
"Apa?aku lagi?Mentang-mentanglah aku banyak duit,diorang gunakan aku..."Omelnya sendiri.
Apapun,kes selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience