"Kau berjaya?"Soal Seo Hee dan JiHye serentak.
Mereka ketawa besar bersama.
"Okey,kita jawab sama-sama dalam kiraan tiga." Ujar JiHye dengan teruja.
"Satu,... dua..."
"DITERIMA !!"
Mereka menjerit serentak,lantas itu mereka berpelukan gembira.
Satu usaha yang menakjubkan,mereka berdua tepat-tepat diterima untuk ujibakat ke-3.
Mereka berlompat bersama bergembira.
"Seronoknya,eh,kau uji bakat kat mana?"Soal JiHye tiba-tiba.
"AA Entertainment,kau?"Jawab Seo Hee bersama senyuman manis.
JiHye menunduk sedih.
"Kita tak sama agensi... aku dekat TT Entertaiment."Jawabnya tidak gembira dengan keadaan mereka.
Seo Hee tetap positif.Dia mengusap rambut JiHye manja.
"Positif,JiHye !! Kita akan jadi artis k pop yang berjaya ! Kau pun boleh ambil adik kau tinggal dengan kau lepas ni."Ujarnya masih gembira dengan apa adanya.
JiHye angguk dengan senyuman hambar.
"Alaa,... jangan la tunjuk muka sedih tu... ingat lagi tak impian kita masa kita disekolah tinggi?"Soalnya sambil mencubit kedua belah pipi JiHye yang lembut.
Lima tahun sebelum,
"Tengok blackpink ni,JiHye.Walaupun diorang bukan keluarga,diorang saling menjaga,bergaduh dan bergembira macam keluarga.Impian aku,satu hari nanti nak jadi k pop idol.Kau?"Seo Hee bertanya kepada sahabatnya.
JiHye memeluk erat lengan Seo Hee.Mereka ketika itu sedang memakai baju uniform sekolah tinggi mereka.Berjalan sambil berpelukan tangan.
"Aku pun nak jadi idol k pop juga.Bolehlah kita duduk dalam kumpulan yang sama macam blackpink ni,kan?"Ujarnya bersama senyuman manis.
Mereka ketawa penuh bahagia.
Impian mereka tercapai.Sudah tiga tahun berlalu,Seo Hee masih menjadi trainee sedangkan JiHye yang pertama dapat debut solo di kumpulannya,Xiecherry di agensinya,yang sudah debut sebulan yang lepas.
Untungnya,lagu single pertama JiHye sangat laku dan disukai ramai.
Seo Hee pula,tahun depan baru dia bersama kumpulannya yang bernama,Dream Girls akan mengeluarkan lagu pertama mereka.Buat masa sekarang,dia masih belum dikenali ramai.
"Hello?"Satu suara lembut kedengaran dihujung talian.
Bibir Seo Hee mengukir senyum.
"JiHye,... kau apa khabar?"Soalnya bertanya khabar.Sudah seminggu mereka tidak berjumpa.
"Baik aje,kau macam mana?Bila nak debut?"Soal JiHye.
"Aku baik jugak.Seo Ra kata kitorang debut tahun depan.Eh,lagu kau Love Back tu terbaik ah.Aku suka.Lagipun,kan,... kau ada berlakon dalam drama Hotel Venrose yang terkenal tu kan?"Soalnya teruja.
JiHye ketawa hambar dihujung talian.
"Yalah,drama tu.Kau tengok eh?"Soalnya hambar.
Seo Hee sedikit hairan dengan suara JiHye yang tidak ceria.
"Kau kenapa?Tak sihat ke?"Soalnya bimbang.
"Taklah,aku penat sikit aje..."Terangnya.
"Berehatlah yaa,... lagipun,lagu kau tu,memang best.Tahap vokal kau pun tinggi.Terbaiklah !!"Puji Seo Hee melambung.
JiHye ketawa gembira.
"Terima kasih,aku nak tido ni,nanti kita sembang lagi ya."Ujarnya lemah.
Seo Hee semakin bimbang dengan keadaan JiHye.
Sejak seminggu yang lalu,JiHye semakin bertingkah aneh.
"Okey,bye.Rehat tau."Nasihat Seo Hee lagi.
Talian diputuskan.
Wajah Seo Hee berkerut bimbang.
"Aku patut melawat JiHye.Mana tahu dia sembunyikan apa-apa."Bisiknya tekad.
"Kau kenapa,Cutie?"Seo Ra menegur dari belakang.Dipeluknya erat bahu Seo Hee.
Memang Seo Hee ini gadis yang semual jadi cantiknya,jadi rakan rakannya gemar memanggilnya dengan gelaran cutie kerana senyuman Seo Hee yang menawan.
"Seo Ra,takde apa-apa.Jomlah,masuk.Nanti kawan kawan yang lain tunggu."Ujarnya lantas berjalan meninggalkan Seo Ra.
Tut tut...
Seo Hee mengeluh kesah.JiHye tidak menjawab panggilannya.Rasa risau menjalar diseluruh tubuh.
"Cutie,... kau kenapa?Dari tadi tak senang duduk.Nak ketandas,pergi ajelah."Tegur gadis ahli kumpulannya,yang bernama MaeChan,tetapi nama artisnya,Mae.
Seo Hee tersenyum hambar.
"JiHye,kenapa dia tak,... jawab panggilan saya?Risaulah,..."Jawabnya sambil terus menerus menelefon JiHye.
"Pelik,... biasanya dia tak macam tu kan?"Ujar Seo Ra pula.
Seo Hee semakin resah.
Dia bangun.
"Eh,kau nak ke mana?Kita ada latihan lagi lepas ni."Tegur Mae hairan.
"Mae,(Unnie)saya kena pergi berjumpa dia Kalau apa-apa yang buruk menimpa dia macam mana?"Soalnya bersama mata yang berkaca.Selama ini,yang menolong dan membantunya adalah JiHye.Jika sesuatu yang buruk menimpa JiHye,dia pasti menyesal seumur hidup !
Tok,tok,tok.
Tiada yang membuka pintu.
Seo Hee mengetuk lagi bagai orang gila.
"JiHye !! JiHye ! Buka pintu !"Jeritnya nyaring.
PAP !
Satu tangan mendarat dibahunya.
Seo Hee menoleh.Dia terpaku seketika.
Itu,Kwon MinSeok,artis idol yang debut dua bulan lepas.Lelaki paling tampan didalam ahli kumpulannya yang hebat,WHITE.
Lelaki itu memandangnya tajam.
"Kenapa ni?"Soalnya dengan suara serak yang menggoda.
"Aa,... sa,.. saya... kawan saya..."Dia gagap kerana gugup berhadapan dengan wajah tampan itu.
"JiHye?"Soalnya lelaki itu.
"Macam mana awak..."
"Saya tahu sebab saya tinggil di bangunan ni juga."Celah MinSeok pantas.
"Dia,... dia tak buka pintu.Saya panggil dia tapi dia tak jawab."Terangnya gugup sambil matanya tak lepas memandang MinSeok.
MinSeok menendang pintu itu dengan sekali cuba.
Terbuka.
PANG !
Tiada orang.
Seo Hee berlari memasuki rumah JiHye.
MinSeok mengikuti dari belakang.
"JiHye !!!"Seo Hee berlari mendapatkan sahabatnya yang jatuh terlentang ditepi sofanya.
MinSeok turut mendekati.
Seo Hee mengoncang-goncangkan tubuh JiHye yang terbujur kaku.
Air matanya mengalir.
"JiHye !!!!!"Jeritnya lagi.
MinSeok mendukung JiHye menuju ke hospital.
"Kenapa dengan kawan saya,doktor?"Soal Seo Hee bersama MinSeok disebelahnya menunggu penjelasan doktor.
"Berdasarkan hasil ujian,Cik JiHye ini,... berat saya mahu beritahu."Doktor itu teragak-agak.
Seo Hee kembali menangis.
MinSeok mengusap belakang Seo Hee,cuba menenangkan.
"... Cik JiHye sudah,dirogol kerana bahagian kemaluannya terkoyak.Dia perlukan pemeriksaan lanjut.Dan,... terserah kepada mangsa,sama ada mahu melaporkan kepada polis."Jelas doktor tersebut.
Seo Hee terlalu terkejut sehingga raut wajahnya tiada ekspresi.
Dia jatuh terduduk.
MinSeok memeluknya memberi semangat.
Tangisannya akhirnya pecah.Tangisan menyesal,sedih dan berbagai lagi.
Share this novel