"MinSeok (oppa),tengok ni."Ujarnya menarik perhatian MinSeok.
MinSeok membuka lampu.
"Semua yang jadi,aku ceritakan pada nenek.Nenek suruh aku berhenti jadi artis dan laporkan pada polis apa yang mereka semua buat pada aku,tapi aku sayangkan peminat aku,dan tiada siapa yang faham ketakutan yang aku alami.Bagaimana jika aku dibunuh?Dijual?Dicincang?Terlalu ngeri untuk difikirkan."Baca MinSeok bagi pihak Seo Hee.
Seo Hee memejamkan matanya rapat.
Kukunya hampir patah digenggam terlalu kuat.
Perlahan-lahan MinSeok menggenggam jemarinya.
"Seo Hee sayang... kita dah jumpa kemenangan kita."Bisiknya.
Seo Hee dan MinSeok membuat keputusan pulang ke kampung JiHye.
Mereka mahu berjumpa nenek JiHye.
"Nenek?"Panggil Seo Hee.Dulu,dia dan JiHue sangat rapat sehingga dia menganggap nenek JiHye sebagai neneknya sendiri.
MinSeok menyusul.
Adik lelaki JiHye,yang bersekolah rendah muncul.
"Kak Seo Hee !!"Jeritnya gembira.
Dia meluru memeluk Seo Hee erat.
Automatik mata Seo Hee berkaca.
Teringat dia bagaimana rasanya JiHye memeluknya,begitulah rasanya adik JiHye memeluknya.
MinSeok tersenyum melihat senyuman indah Seo Hee.
"Gung Myoung,saya rindu sangat... mana nenek?"Soal Seo Hee ramah.
Gung Myoung melepaskan pelukan.
"Nenek didalam.Sedang memasak."Beritahunya lantas neneknya muncul.
Seo Hee memandang si nenek.
Pandangan mata mereka penuh dengan rasa hiba.
"Dah bertahun kita tak jumpa.Sejak kamu dengan JiHye jadi trainee.Kita tak berhubung lagi dah."Ujar nenek JiHye.
Seo Hee tersenyum kecil.
"Ya.Jadual saya padat.Saya sibuk sangat.Rindu sangat kampung ni.Masih aman dan bersih macam dulu.Udara yang segar,langit yang biru,langsung tiada langit hitam.Dan burung-burung yang cantik.Kampung yang paling indah..."Ujar Seo Hee panjang-lebar.
MinSeok dalam diam.bersetuju dengan Seo Hee.Benar katanya,memang aman.Udara juga segar dan kampung ini sangat bersih.
Sungguh,kampung yang indah.
"Nenek,saya bersimpati dengan kematian JiHye." Ujar Seo Hee perlahan.
Nenek JiHye tunduk.
"Kamu ada berhubung dengan dia?"Soal nenek JiHye.
"Ada,tapi... nenek kenal ajelah JiHye.Dia tu,... bukannya nak bercerita sangat bila ada masalah."Canda Seo Hee.
Nenek JiHye mengeluh.
"Siapa lelaki tampan ni?Teman lelaki kamu ke?"Soal nenek JiHye.
Seo Hee dan MinSeok berpandangan lantas ketawa malu.
"Ya... kenalkan,nama dia Kwon MinSeok." Perkenal Seo Hee.
MinSeok tunduk hormat.
"Pandai kamu buat pilihan.Sopan orangnya."Puji nenek JiHye tinggi melambung.
Seo Hee ketawa.
"Nenek,sebenarnya,kami nak tanya nenek soalan.Ia sebenarnya,agak rumit... nenek tahulah,benda yang dah berlalu..."Seo Hee cuba berkias-kias.
"Nenek tahu... tanya ajelah..."Celah si nenek.
MinSeok dan Seo Hee berpandangan lagi.
"Awak rakamkan."Arah Seo Hee kepada MinSeok.
MinSeok mengeluarkan telefonnya dan mula merakam.
"Bila JiHye balik sini,tahun ni?"Soal Seo Hee berhati-hati.
Nenek JiHye mengeluh.
"Dia balik pada 3 bulan yang lepas.Keadaan dia teruk sangat.Betul-betul teruk.Dia pakai bedak,gincu dan berbagai lagi jenis make up.Tapi bila terpandangkan riak wajahnya,kita boleh tahu keadaan dia.Dia mengalami tekanan perasaan." Jujur nenek berkata.
Seo Hee menarik nafas panjang.
"Dia balik sini,tapi sikapnya masih sama.JiHye masih sukakan kimchi yang nenek buatkan.Asyik berebut dengan Gung Myoung sedangkan nenek dah buatkan untuk dia lebih dari cukup... dia masih suka tengok langit bila cerah,dan tengok syiling bila hujan.Katanya,..."
"... dia akan nampak bayang-bayang pokok,dan semua yang diluar rumah..."Seo Hee menyambung kata-kata nenek JiHye.
"... ya... itulah yang JiHye kata.Dia suka mengelamun,jadi nenek tanyalah pada dia... apa masalah dia yang sebenarnya..."Mereka akhirnya sampai dibahagian yang ditunggu-tunggu.
"... dia kata,argh.. susah nenek nak jelaskan.Dia ceritakan semuanya.Semua yang dia alami,..." Nenek JiHye berjeda seketika.
"Jadi,dia ceritakan semuanya?Tentang apa yang ahli kumpulannya lakukan pada dia,tentang apa yang orang atasan buat pada dia?"Soal MinSeok tergesa-gesa.
Nenek JiHye menganggukkan kepalanya hiba.
MinSeok menghentikan rakaman.
Dia merenung Seo Hee.
"Mari bawa nenek JiHye,ke mahkamah."Ujar MinSeok yakin.
Seo Hee memandang nenek JiHye.
"Nenek setuju?Kami ingat nak,... bawa kes ini sampai ke mahkamah?"Soal Seo Hee sopan.
Nenek JiHye setuju.
"Ya,mari lakukannya."Ujarnya.
"Nenek ada apa-apa bukti tak yang JiHye pulang ke sini 3 bulan yang lepas?"Soal MinSeok ingin tahu.
Nenek JiHye bangun.
Dia mencapai satu frame yang terdapat gambarnya bersama JiHye.
"Kami ambil gambarnya 3 bulan yang lalu.Senyuman dia..."
"... nampak ikhlas sangat..."Sambung Seo Hee lagi.
Nenek memandang Seo Hee lalu tersenyum.
"Senyuman JiHye,sentiasa nampak ikhlas,kan?"Soalnya bersama linangan air mata.
Seo Hee mengangguk setuju.
"Ya."Jawabnya.
"Jadi,apa kata kamu bawa teman lelaki tampan kamu ni berjalan-jalan sekitar kampung,kemudian nenek akan masakkan kimchi kegemaran JiHye untuk makan malam."Ujar nenek JiHye ceria.
"Yeah !"Seo Hee bersorak gembira.
"Nenek,saya rindukan kimchi nenek."Ujar Seo Hee berubah perawakan.
MinSeok terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Dia tak pernah nampak Seo Hee seceria ini.
"Kimchi nenek yang terbaik !!"Jerit Gung Myoung ceria juga.
Ruang tamu itu riuh dengan gelak ketawa.
Seperti arahan nenek,Seo Hee membawa MinSeok berjalan-jalan sekeliling kampung.
"Saya janji,awak akan jatuh cinta dengan kampung ini.Serius,..."Ujar Seo Hee sangat ceria.
Seo Ra tidak akan percaya dengan apa yang dilihat MinSeok hari ini.
"Tapi saya tak mungkin cintakan kampung ini lebih dari saya cintakan awak..."Usiknya bersama senyuman manis yang menggoda.
Seo Hee ketawa besar menampakkan gigi putihnya.
"Sudah tentu !"Seo Hee mengenyitkan mata pada MinSeok nakal.
MinSeok terkelu dengan perubahan Seo Hee yang mendadak.
"Tengok tu,taman permainan tu,saya selalu datang dengan JiHye.Dia suka sangat gelongsor tu,walaupun dah naik beribu kali."Ujar Seo Hee sambil menunjuk ke arah taman permainan yang kelihatan lusuh itu.
Orang kampung mula memandang.
"Itu Seo Hee ke?Dah lama dia tak balik..."
"Betul tu,dia semakin cantik..."
"Siapa tu?Teman lelaki dia ke?"
"Tampan betul !"
Desas desus kedengaran dimana-mana.
Tetapi Seo Hee umpama tidak mendengar semua itu.
Dia terus dan terus bercakap tidak ingat dunia.
Bercakap dan menunjuk ke arah topik perbualan mereka.
MinSeok tidak fokus pada pencakapan Seo Hee,dia hanya memandang dan memandang Seo Hee.
Dia terlalu menikmati pemandangan dihadapannya,iaitu Seo Hee.
"Oh ya ! Ada satu lagi tempat saya nak tunjuk.Ikut saya cepat !"Seo Hee menarik tangan MinSeok agar pantas mengikuti langkahnya.
Mereka tiba disatu rumah.
Rumah itu kelihatan lama,tetapi bersih dan terlihat indah.Penuh dengan pokok dan yang berbunga mekar.
Automatis bibir mereka mengukir senyum.
"Cantiknya..."Puji MinSeok kagum.
"Ya... cantik sangat."Seo Hee turut mengagumi pemandangan indah itu.
Tiba-tiba ada seorang lelaki keluar.
Kelihatan sebaya Seo Hee.
Lelaki itu mulanya kelihatan kaku,namun kemudiannya berlari apabila ternampak Seo Hee.
Lelaki itu mengangkat Seo Hee dan memeluk Seo Hee erat.
Seo Hee dan lelaki itu ketawa bersama tangisan hiba.
MinSeok pula tercengang-cengang dengan apa yang jadi.
"Seo Hee !!!"Lelaki itu menjerit sebelum memeluknya.
"Dong Hyun... saya rindu awak.sangat..."Luah Seo Hee.Mereka kembali berpelukan bagaikan dunia milik mereka.
Perlahan-lahan perasaan cemburu muncul.
MinSeok berasa menyampah melihat lelaki itu menyentuh teman wanitanya.
Lelaki tak dikenali itu mengusap wajah Seo Hee lembut.
"Saya tak percaya... ini memang awak ke?!! Semakin cantik ya..."Puji lelaki itu tulus.
Seo Hee ketawa.
Tak disangka MinSeok ! Seo Hee memeluk erat pinggang lelaki itu seperti pasangan kekasih yang romantis !
"Awak pun apa kurangnya,makin tampan... pandangan mata itulah yang memikat JiHye !!"Usiknya pula.
Namun suasan tiba-tiba diam.
"Maaf,saya tersebut nama JiHye."Pinta Seo Hee.
Lelaki itu tunduk sedih.
"Satu kampung dah tahu dengan apa yang jadi pada JiHye.Dia mati kerana bunuh diri."Ujar Dong Hyun hiba.
Air mata Dong Hyun mengalir,Seo Hee mengelapnya dengan senyuman manis.
"Jangan sedih,saya kan ada?"Pujuk Seo Hee.Hidung Seo Hee dicuit Dong Hyun manja.
Perasaan cemburu membara bagi MinSeok.
Itu apa yang dia sering katakan pada Seo Hee ! Sekarang Seo Hee guna kata-kata itu untuk menenangkan lelaki lain?!!
Kesabaran MinSeok hilang.Cemburu menguasai dirinya.
Dia terus menarik tangan Seo Hee agar menjauhi Dong Hyun.
Mereka berdua tersentak.
Langsung tidak sedar MinSeok ada disitu.
"Seo Hee?Siapa ni?"Soal Dong Hyun ingin tahu.
Seo Hee tersengih.
"Kawan.Oh ya,macam mana dengan nenek awak?Batuk dia dah okey?"Seo Hee terus berjalan bersama Dong Hyun meninggalkan MinSeok.
MinSeok terpinga-pinga sendirian.
Disebabkan cemburu yang melampau,MinSeok tetap mengikuti langkah Seo Hee dari belakang.
"Kucing awak macam mana?"
"Dah mati,kebulur..."
"Hei,memang dasar tak tahu jaga haiwan ! Teruknya,..."Marah Seo Hee.Dia menolak-nolak Dong Hyun.
Tetapi setakat kekuatan Seo Hee,apalah sangat bagi lelaki.
Mereka mula bersentuh-sentuhan.
MinSeok semakin tergugat.
Apatah lagi dengan jawapan Seo Hee terhadap soalan pemuda itu.
Kawan?!!
Jadi semua ciuman dan pelukan yang diberikan terhadap Seo Hee hanya dianggap daripada seorang rakan?!!
Sedih pula memikirkannya.
Dia mencelah dari pelukan Seo Hee dan Dong Hyun.
Dia memaut lengan Seo Hee erat.
"Hai,saya MinSeok.Dari WHITE."Perkenalnya sendiri.
"Hai,MinSeok.Saya Dong Hyun."Mereka bersalaman.
"Saya sebenarnya teman lelaki Seo Hee." Akuinya tanpa malu-malu.
Seo Hee dan Dong Hyun berpandangan sesama-sendiri.
"Yalah,dia teman lelaki... eh,jomlah pegi tengok matahari terbenam dekat pantai Baouer kita !"Suara Seo Hee berubah teruja.
Dong Hyun juga berubah teruja.
"Betullah ! Jomlah,MinSeok !!"Ajak Dong Hyun.
Mereka kini tiba di pantai kampung JiHye dan Seo Hee.
Matahari sedang terbenam.
Ianya kelihatan sangat indah.
Mereka menontonnya bersama-sama.
Perlahan-lahan Seo Hee meletakkan kepalanya dibahu MinSeok.
"Saya cintakan awak..."Luah Seo Hee.
MinSeok akhirnya tersenyum gembira.
Seo Hee dan Dong Hyun membuka mata luas-luas untuk menikmati pemandangan,manakala MinSeok pula menutup matanya bagi menikmati suasana yang aman dan damai.
Segala memori indah diputar sekali disitu.
Segalanya...
Share this novel