Bab:12 Bab terakhir

Drama Completed 3586

"Seo Hee,... "Panggil MinSeok.
Mereka semua baru balik dari kelab Chorom.
Semuanya sudah pulang ke rumah kecuali MinSeok.
"Apa?"Jawab Seo Hee.
"Maafkan saya.Saya tahu cemburu saya keterlaluan,dan kata-kata saya menyakitkan.Tolonglah maafkan saya."Rayu MinSeok.
Seo Hee ketawa kecil.
"Dungu betul.Saya maafkan ! Awak mahu tidur rumah saya hari ini?"Soalnya manja.
MinSeok tidak berkelip mata memandang Seo Hee.Dia tidak silap dengar kan?
"Apa?"Soalnya lagi.
Seo Hee memeluk pinggangnya begitu manja.
"Saya rindukan awak."Luah Seo Hee romantis.
MinSeok ketawa gembira.
Dia membalas pelukan Seo Hee.
"Saya juga rindukan awak.Lebih lagi !"Balasnya juga romantis.
Dieratkan lagi pelukan mereka.
"Mari masuk."Ajak Seo Hee.
Mereka berjalan masuk ke bangunan tempat tinggal Seo Hee.

Esoknya,macam tak biasa.Artikel keluar lagi.
Gambar Seo Hee dan MinSeok berpelukan mesra di artikel tersebut.
Seo Hee menyelitkan rambutnya kebelakang telinga.
"Dah tak boleh sembunyi dah... benda dah terang-terangan depan mata..."Ujar Seo Hee.
"Apa tu?"MinSeok muncul tak berbaju.
"Hei ! Apa ni?!! Pergilah pakai baju !!"Marah Seo Hee sambil menutup matanya menggunakan tangan.
MinSeok duduk disebelahnya tanpa menghiraukan kata-kata Seo Hee.
Dia ketawa.
"Macam tak biasa..."Ujarnya selamba.
Seo Hee merenungnya tajam.
"Memang tak biasa pun..."Balasnya berang.
"Diari JiHye masih ada pada awak?"Soal MinSeok tiba-tiba.
Seo Hee geleng.
"Saya dah bagi pada nenek JiHye.Biar dia simpan.MinSeok,..."Panggil Seo Hee manja.
MinSeok menelan liur memandang pandangan mata Seo Hee.
"Apa?"Soalnya.
"Temankan saya melawat jantan tak guna tu boleh?"Soal Seo Hee manja.
Dipintalnya hujung rambut dengan jarinya.
MinSeok mengeluh.
"Yalah..."Akhirnya dia setuju.
"Yeah !!!"Seo Hee bersorak riang lantas memeluk MinSeok erat.
MinSeok apa lagi,ambillah peluang tu untuk peluk balik !

Mereka tiba di penjara,tempat Pengarah Lee dipenjarakan.
"Hai,Tak Guna."Sapa Seo Hee kasar.
Padanya,itulah nama yang sesuai untuk Pengarah Lee.
Pengarah Lee ketawa sinis.
"Perempuan tak siuman ni,... hei ! Siapa kau nak cakap macam tu dengan aku?Aku ini Lee,Pengarah Lee !! Orang yang berkuasa !!!"Herdiknya berang.
MinSeok menghentak meja.
"Orang yang berkuasa?Ceh,.. berkuasa kaki engkau.Mana kuasanya?Apa kata kita tengok balik,siapa yang dalam penjara,dan siapa yang diluar penjara?"MinSeok ketawa sinis.
Pengarah Lee menggila.
Dia mengetuk-ngetuk cermin yang memisahkan mereka bagai orang gila.
Dan membaling kerusi dengan kuat.
Pengawal datang dan membawanya masuk ke jelnya kembali.

"Si Gila tu,... mental dia memang teruk."Seo Hee masih tak puas hati.
MinSeok ketawa.
"Mestilah mental dia teruk.Kena sebatan kekal 24 kali kot.Bayangkan sakitnya sebatan tu."Ujar MinSeok selamba.
Seo Hee tersenyum.
"Tak payahlah bayangkan.Selayaknya dia."Ujar Seo Hee lagi.
Mereka ketawa.
Mereka berjalan beriringan tangan tanpa berselindung lagi.

Setahun sudah berlalu,sehingga sekarang,hubungan Seo Hee dan MinSeok baik.Malah hubungan Seo Ra dan Min Ho juga semakin baik.
Drama baru mereka berempat baru diterbitkan.
Seo Hee,MinSeok,Seo Ra dan Min Ho.
Tak disangka drama tersebut akan begitu terkenal hingga ke luar negara.
MinSeok pula,masih cemburu pada Dong Hyun walaupun Dong Hyun diketahui sudah bercinta dengan gadis lain.

"Seo Hee..."Panggil MinSeok.
"Ya?"Jawab gadis itu.
"Saya cintakan awak."Luah MinSeok selamba.
Seo Hee tersenyum.
"Saya juga."Balasnya.
MinSeok memeluk bahu Seo Hee manakala yang lain,ahli WHITE,Dream Girls,CEO Choi dan manager Kim menonton televisyen bersama-sama.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience