Mereka terlalu sibuk.Jadual terlalu padat.
Maklumlah,comeback kan.Tetapi Seo Hee tidak pernah lupa untuk menelefon MinSeok walaupun satu hari.Sama ada tengah malam.Jika MinSeok tidak menjawab panggilannya,dia akan menelefon lagi sehingga kreditnya habis.
Tut tut...
Seo Hee sedang menelefon MinSeok.Jujur katakan,dia langsung tak berminat untuk memberitahu rakannya.
"Hello?"Mujurlah MinSeok menjawabnya.
Terukir senyuman dibibir Seo Hee.
"MinSeok (oppa)... awak sedang buat apa?"Soalnya lembut gitu.
MinSeok ketawa dihujung talian.
"Makan."Jawabnya ringkas.
"Maaflah mengganggu."Seo Hee berasa serba salah.
MinSeok ketawa lagi.
"Kalau saya tak angkat,awak akan call sampai ke pagi."Usiknya.
Wajah Seo Hee memerah.
"Saya keterlaluan ke?"Soalnya serba salah.
MinSeok menggeleng walaupun Seo Hee tidak boleh melihatnya.
"Tak,lagipun boleh melepas rindu..."Usiknya lagi manja.
Seo Hee menahan rasa malunya walaupun tiada sesiapa disitu.
"Saya rindukan awak..."Akui Seo Hee malu-malu.
MinSeok ketawa lagi.
Gembira benar rasanya apabila buah hati meluah rindu.
"Saya juga..."Balasnya romantis.
Seo Hee menoleh kebelakang apabila satu bunyi kedengaran.
Telefonnya jatuh dari genggaman.
"Seo Ra..."Bisiknya.
Seo Ra,MiSoon dan Mae sedang memerhatikannya.
"Hello?"Suara MinSeok dari telefonnya kedengaran.
"Sejak bila korang ada kat situ?"Soalnya dengan wajah gelisah.
"Baru aje.Kenapa dengan kau?Merah semacam muka tu... panas ke?"Soal Mae tidak mengesyaki apa-apa.
Tetapi tidak Seo Ra.Dia terdengar suara dari telefon Seo Hee.
Dia mendekati Seo Hee.
"Siapa kat telefon tu?"Soalnya.
Seo Hee mengangkat kembali telefonnya.
"Bukan sesiapa."Sangkalnya.
Seo Ra merampas pantas.
Dia menguatkan volume telefon Seo Hee.
"Seo Hee,... awak disitu?"Soal MinSeok mesra.
Seo Ra menjeling MinSeok tajam.
"Kenapa engkau nak sorok-sorok kalau bercakap dengan MinSeok?Ada berita baru ke tentang siasatan kita?"Soalnya musykil.
Seo Hee menggeleng-geleng dengan wajah pucat.
"Seo Ra,anyeong !"Suara MinSeok menjadi ceria kembali.
"Hai,MinSeok.Ada apa-apa berita?"Soal Seo Ra serius.
"Takde.Saja cakap dengan Cutie kita."Ujar MinSeok terlepas kata.
Seo Ra merenung tajam Seo Hee.
"Cutie kita ya... hubungan awak dengan Seo Hee macam mana?Baik?"Soalnya lagi.
MinSeok ketawa.
"Baik sangat.Seo Hee mana?Saya tak dengar suara dia dari tadi."Soal MinSeok ingin tahu.
"Seo Hee,..."
Seo Hee terus merampas telefonnya dari genggaman Seo Ra.
"Bye,MinSeok."Seo Hee menamatkan talian.
Dia tersengih-sengih memandang Seo Ra.
"Kau dating dengan MinSeok WHITE,eh?'Cutie kita'... interesting."Seo Ra akhirnya mampu meneka apa yang terjadi.
Mi Soon dan Mae hanya memandang.
Seo Hee menggeleng-geleng.
"Takde,takde.Dating apanya... nanti marah COCO kalau dapat tahu."Nafinya keras.
"Tak payah selindung.Cutie kita tu pun dah buktikannya."Mae pula menyampuk.
Seo Hee mengeluh.Kantoi sudah.
"Yalah... kami dating,puas hati?!!"Akuinya jujur.
Ketiga-tiga rakannya berpeluk-pelukan gembira.
"Woo !!! Ramalan Min Ho betul !!"Sorak mereka.
Seo Hee tertunduk malu.
"Kenapa dengan Seo Hee ni?"Soalnya sendiri.
"Kenapa,MinSeok?Cutie kau tutup call ke?"Usik SangYeob.
"Itula,tiba-tiba bye.Baru nak berbual."Jawabnya tanpa berselindung.
SangYeob mendekatinya.
"Kau memang suka sangat ke dengan Seo Hee tu?"Soalnya meminta kepastian.
"Mestilah... dia tu comel."Jawabnya malu-malu.
SangYeob bangun dari katil MinSeok.
Dia berlari ke pintu dan berkata,"Aku nak bagitahu Min Ho !"Ujarnya.MinSeok bangun mengejarnya.
Esoknya,CEO Choi berjumpa dengan Pengarah Lee.
Mereka sudah menjadi rapat disebabkan CEO Choi menghadiahkan Pengarah Lee berlian yang berharga dan jarang dijumpai.
CEO Choi berjalan menuju ke meja.Disitu,Pengarah Lee sedang menunggu.
"Lee ! Awal datang.Maaflah,saya lambat."CEO Choi berbasa-basi.
Pengarah Lee tersenyum lebar.
"Takdelah,saya pun baru aje sampai.Duduklah." Pelawanya.
Mereka berbual selama beberapa minit.
Kemudian CEO Choi mendekatkan kepalanya kepada Pengarah Lee.
"Kau ada video tak?"Soalnya dengan wajah nakal.
Pengarah Lee keliru.
"Video apa?"Soalnya tidak faham.
"Videolah... aku ni,selalu order pelacur dekat kelab Chorom tu... kau ada video?"Cara percakapannya yang sopan berubah.
Pengarah Lee ketawa besar.
"Ada.Banyak.Jomlah,pegi rumah aku."Ajaknya.
Mereka bersama-sama pergi ke rumah Pengarah Lee.
Mereka sudah sampai di rumah Pengarah Lee.
"Aku ada beberapa video.Tapi ada satu video ni,yang kau akan suka.Memuaskan !"Ujarnya.
Dibelakang,CEO Choi hampir termuntah mendengar kata-kata Pengarah Lee.
Pengarah Lee memulakan video selepas memasukkan pendrive ke televisyen.
CEO Choi memerhatikan siapa yang didalam video.
Benarlah kata Seo Hee !
Video JiHye ada pada Pengarah Lee !
CEO Choi memulakan lakonannya.
"Argh... aku sakit perutlah Lee.Kena balik rumah.Aku ambik rakaman ni dari kau boleh tak?"Soal CEO Choi penuh kepura-puraan.
"Yalah,kau boleh nikmati video ni sorang-sorang nanti.Elok-elok balik !"Nasihat Pengarah Lee risau melihat cara jalan CEO Choi yang terjengket-jengket.
Diluar rumah Pengarah Lee,CEO Choi melompat penuh kepuasan.Dia berjaya mendapatkan bukti untuk menangkap Pengarah Lee ! Padanya lelaki tak guna itu perlu ditangkap.
Mereka semua berjumpa lagi,selepas tiga hari tidak berjumpa.
Kali ini,Min Ho membawa ayahnya bagi membantu.
"Ayah aku ni pendakwa.Dia bolehlah bantu kita untuk dapatkan bukti nanti."Ujar Min Ho.
"Kenapa awak tak bawa ayah awak awal-awal?Kan mudah kerja.Tak payah rasuah-rasuah !"Marah Seo Ra.Dia mencubit lengan Min Ho.
Min Ho tersengih.
"Ayah aku sibuklah ! Dia kan pendakwa.Banyak kerja."Jelasnya.
Dia mencuit Seo Ra meminta maaf.
Seo Ra tersenyum manis.
Seo Hee dan MinSeok pula tersenyum dalam diam melihat rakan mereka bermesra.
"Hotel mana yang kamu semua nak rakaman?"Soal ayah Min Ho.
"Hotel yang didepan kelab Chorom."Jelas MinSeok.
Seperti biasa,dia dan Seo Hee sebelah menyebelah.
"Bila nak gerak?"Soal ayah Min Ho.
"Sekarang."
Mereka pun naik kereta menuju ke hotel destinasi mereka.
"Maaf Encik,tapi boleh saya tahu untuk apa Encik mahu tengok rakaman CCTV?"Soal orang yang menjaga kaunter.
"Saya Pendakwa,awak boleh ditangkap kerana tak bekerjasama."Ujar ayah Min Ho tegas.Dia menunjukkan kad pengenalannya.
Mereka melihat rakaman CCTV itu bersama.
Kemudian mereka terperasankan sesuatu.
"Kenapa rakaman ni tak dipadamkan ya?"Soal MinSeok kepada penjaga kaunter itu.
"Entahlah,tapi bos saya kata,dalam rakaman ni ada JiHye,penyanyi kegemarannya.Dia tak sampai hati nak buang.Jadi dia simpan.Tapi beberapa hari yang lepas ada orang datang minta benda yang sama juga.Bos saya kelentong kononnya kami dah buang rakaman tu." Terangnya jujur sekali.
"Sebab minat aje ke?"Soal Seo Hee berasa pelik.
Mereka pun membawa rakaman itu pulang.
"Jadi,korang nak bawa kes ni ke mahkamah la ya?"Soal ayah Min Ho.
Mereka semua mengangguk serentak.
"Saksi dah ada?"Soal ayah Min Ho.
Mereka berpandangan,dan menggeleng.
"Kat mana nak cari saksi?"Soalnya bingung.
"Kamu pergilah cari dalam telefon JiHye.Siapa yang dia hubungi,dan bila dia keluar dengan sesiapa.Baca lagi diari dia."Ujar ayah Min Ho.
"Betul juga ! Saya tak habis baca lagi..."Bisik Seo Hee tetapi didengari MinSeok.
MinSeok memeluk bahu Seo Hee.
"Nak saya temankan?"Soalnya mesra.
Seo Hee menelan liur.
"Saya tak pasti... saya tak kuat nak baca semua yang dia tulis... ini semua tak adil untuk dia..." Bisiknya hiba tetapi jelas kedengaran.
MinSeok menyelitkan anak rambut Seo Hee kebelakang telinga.
"Saya ada."Bisiknya ketelinga Seo Hee.
Min Ho pula meletakkan tangannya kebahu Seo Ra.
Bibirnya tersenyum nakal.
"Awak nak saya temankan?"Usiknya.
Seo Ra ketawa lucu.
"Saranghae..."Luah Min Ho ketelinga Seo Ra.
Seo Ra memandang Min Ho.
"Berhenti bergurau."Dia tidak menganggapnya serius.
Min Ho mengucup pipi Seo Ra dihadapan semua orang.
"Saya maksudkannya."Akuinya lagi.
Dia merenung Seo Ra lama.
Wajah Seo Ra memerah.
Mereka semua ketawa manakala ahli WHITE pula mengusik Min Ho dengan cara dia meluahkan perasaan pada Seo Ra.
MinSeok menutup pintu rumah Seo Hee.
Seo Hee mencapai diari JiHye.
Dia menghela nafas gementar.
MinSeok memeluknya dari belakang.
"Awak jangan takut,... saya ada."Bisiknya syahdu.
Seo Hee memandangnya dalam gelap.
"Saya sangat takut.Saya,... tak sanggup nak baca lagi..."Luahnya bersama suara yang bergetar.
MinSeok mencium pipinya lama.
"Jangan risau.Semuanya dah berakhir untuk dia.Tapi satu permulaan baru untuk kita."Bisiknya lagi.
Kata-kata MinSeok berjaya menenangkan Seo Hee.Mereka duduk bersama disofa tanpa lampu yang dibuka.
Tiba-tiba mereka menemui sesuatu.
Apakah itu?
Share this novel