Seo Hee mendekati katil JiHye.
JiHye masih tidur dan sudah diberi ubat penenang.
MinSeok dari belakang.
Seo Hee menggenggam jemari JiHye erat.
Tangisannya pecah lagi.
"JiHye,... bangunlah... dari kecil lagi kita berkawan,kita makan sama-sama,hidup sama-sama,mandi juga sama-sama... kenapa benda buruk ini boleh jadi tanpa pengetahuan aku...?" Tangisnya hiba.
Air matanya mengalir deras.Umpama sungai yang mengalir.Sebagai seorang sahabat dan keluarga,dia faham keperitan JiHye.
JiHye perlahan-lahan membuka matanya.
"Seo Hee,..."Panggilnya lemah.
Seo Hee memandangnya.Dilapnya air mata Seo Hee.
"JiHye ! JiHye,kau tak apa-apa?"Soalnya bimbang.
JiHye angguk bersama senyuman.
Bibirnya kering.
"Kau nak apa-apa?"Soalnya lagi.
"Air..."Jawab JiHye perlahan.
Seo Hee kalut-kalut menuang air kedalam cawan lantas memberikannya kepada JiHye.
JiHye minum perlahan-lahan tetapi juga rakus.
Seo Hee mengelap air matanya yang tumpah lagi.
"Apa kata doktor?"Soalnya kepada Seo Hee.
Seo Hee tergamam.
Dia memandang MinSeok yang dibelakang tirai.
MinSeok menggeleng tidak tahu apa yang harus diberitahu.
Seo Hee menoleh kembali.
Melihat raut wajah Seo Hee,JiHye sudah tahu keputusannya.
Air matanya mengalir.
Digenggamnya erat jemari Seo Hee.
"Seo Hee,kau janji dengan aku,Seo Hee,... janji yang kau takkan bagitahu sesiapa tentang hal ni... tolonglah,aku merayu..."Rayunya mendayu-dayu.
Seo Hee dan MinSeok tergamam lagi.
"Tapi,JiHye,... kau kena lapor polis !! Kita tak boleh biar pesalahnya terlepas !!!"Ujar MinSeok penuh kemarahan.
JiHye menangis lagi.
"Tak boleh,MinSeok,... tak boleh..."Tangisnya.
"Tapi kenapa?Kita boleh hukum pesalahnya.Kalau aku tahu siapa,aku bunuh si tak guna tu !!" Ujar Seo Hee juga penuh kemarahan.
"Korang tak faham ke?!! Aku baru debut bulan lepas !! Mudahnya nak hancurkan impian,hidup dan reputasi aku..."Tangisnya lagi.
"Jadi?Maruah kau?Kau nak lepaskan penjahat tu sewenang-wenangnya?!!"Soal Seo Hee bangun kerana berang.
"Maruah aku dah takde,Seo Hee... aku ni wanita yang takde maruah,... dah tak suci..."Tangisnya.Dia menangis-nangis didalam pelukan Seo Hee.
Dalam masa yang sama,Seo Hee turut menangis.
MinSeok menggaru belakang kepalanya bingung.
"Jadi,awak nak biarkan JiHye tu berdiam diri?"Soal MinSeok kepada Seo Hee.
Seo Hee memandangnya tajam.
"Apa saya boleh buat?Itu kemahuan dia !"Akuinya.
"Jadi,kalau apa-apa jadi pada JiHye lagi macam mana?Kalau dia jadi mangsa lagi bagaimana?!!Saya cuma tak nak awak menyesal..."Bisik MinSeok tidak mahu ada yang mendengar.
Seo Hee mengelap matanya yang berkaca.
"Saya dah tak tahu nak buat apa lagi dah,..." Tangisnya.
MinSeok mengusap bahunya.
"Terserah,... saya akan simpan rahsia ini.Saya harap awak bersabarlah ya.."Pujuknya lantas berlalu pergi.
Seo Hee jatuh terduduk.
Tubuhnya terasa lemah.Lututnya bergetar.
"JiHye..."Bisiknya.
"Cutie,... kau tengok tak dispatch malam tadi?"Soal Seo Ra.
Seo Hee geleng diam.
"Kau kena tengok.Tengok ni !"Mae menyerahkan telefonnya kepada Seo Hee.
Seo Hee membacanya.
"Idol k pop dari kumpulan WHITE yang baru mengeluarkan debut terbaru mereka,Kwon MinSeok berada di hospital bersama trainee dari AA Entertainment,Yoon Seo Hee.Mereka dilihat kelihatan hiba dan sedih,sambil Seo Hee pula dalam keadaan menangis-nangis,apakah yang terjadi sebenarnya?"Seorang lagi ahli kumpulannya,berambut pendek paras bahu membaca untuk Seo Hee.Namanya,Misoon.
Didalam gambar itu juga,dilihat MinSeok sedang mengusap bahu Seo Hee.
Seo Hee masih ingat setiap saat itu dengan jelas.
"Ni,baca lagi... selepas itu,MinSeok dilihat berjalan meninggalkan Seo Hee menangis berseorangan... wah,gambar kau menangis pun dia letak,cuma dikaburkan supaya wajah kau tak kelihatan sangat."Ujar Misoon lagi.
Seo Hee menggeleng-geleng.Entah apa-apa berita dan spekulasi yang mereka letakkan.
"Kau dating dengan MinSeok eh?Kenapa tak bagitahu,kita kan keluarga?!!"Mae rasa dipinggirkan.
Seo Hee geleng lagi.
"Dia bukan,... dia bu..."
"Aduhai,mengaku ajelah ! Sebelum ini pun kau kagum tengok dia buat persembahan,kan..."Usik Seo Ra pula.
Seo Hee kali ini diam.
Malas mahu melayan.Anehnya,kawan-kawannya tidak bertanya mengapa dia menangis dan mengapa MinSeok memujuk.
"Cutie,boleh kita bercakap kejap?"Manager kumpulan Dream Girls,En.Kim memanggilnya.
Seo Hee menyusulinya dari belakang.
"Ya."Jawabnya.
"Boleh bagitahu saya,apa hubungan awak dengan MinSeok WHITE?"Pintanya.
Sebagai manager,dia seharusnya tahu perkembangan anak buahnya.
Seo Hee geleng.
"Takde apa-apa.Kawan sekerja aje."Jawabnya jujur.Memang dia ada perasaan pada MinSeok,tetapi mereka tetap sekadar rakan sekerja.
"Betul?Jadi apa yang jadi dihospital hingga awak menangis-nangis?"Soalnya ingin tahu.
Tiba-tiba rakan yang lain muncul.
"Ceritalah,Cutie."MiSoon.
"Ya,ceritalah."Mae.
"Kami nak tahu juga."Seo Ra.
"Saya melawat kawan saya yang sakit,itu aje." Terangnya,jujur lagi.
"Jadi kenapa MinSeok ada sekali?"Soal En.Kim.
"Dia tinggal satu bangunan dengan kawan saya,dialah yang tolong hantarkan kawan saya ke hospital."Jelasnya tanpa satu pun penipuan.
Mereka mengangguk-ngangguk.
"Jadi gambar dia pegang bahu kau tu,dia tengah pujuk kau la ya?"Soal Seo Ra pula.
"Ya,..."Jawabnya.
"Tapi kau tetap sukakan MinSeok (oppa),kan?"Usik Mae pula.
Seo Hee tidak tersenyum,tetapi wajahnya memerah.
Mereka akhirnya ketawa tanpa mengetahui siapakah rakan Seo Hee yang sakit itu.
Setahun sudah berlalu,debut pertama kumpulan Dream Girls sudah dikeluarkan.
Tetapi,entah mengapa Seo Hee sangat jarang berjumpa dengan JiHye.Jika JiHye diajak berjumpa,ada sahaja alasannya untuk ditolak.Alasan yang paling kerap digunakan adalah,'Saya penat.'
'Saya mahu berehat.' dan 'Saya sedang sibuk.'
Semua jawapan JiHye membuat Seo Hee mula menyangka yang bukan-bukan.
Seo Hee kini di belakang pentas di k pop Inkigayo AT.Tiba-tiba dia berjaya menangkap kelibat seseorang yang dia kenal.
"JiHye !"Panggilnya.
JiHye menoleh.
"Seo Hee?"Jawabnya.
Seo Hee mendekati.
"JiHye,kau disini juga?Tak sabar kan,nak buat persembahan?"Tegurnya ceria.
"Ya,... tu ahli kumpulan aku,Xiecherry." Perkenalnya namun ahli kumpulannya kelihatan sombong.
"Pergilah bersiap,Seo Hee.Lepas ini persembahan kau.Dan,... tahniah sebab berjaya debut lagu baru dengan kumpulan kau."Ujar JiHye kelihatan bangga dengan sahabatnya.
Seo Hee ketawa gembira.
"Ya,bye !"Dia berlalu mendekati ahli kumpulannya.Tanpa mengetahui maksud renungan hiba JiHye.
Persembahan Dream Girls dan Xiecherry sudah selesai.Seo Hee melilai-lilau mencari kelibat JiHye.
Namun,sebaik dia ternampak sahabatnya,raut wajahnya berubah.
JiHye sedang ditolak-tolak dengan ahli pasukannya yang berebutkan tempat duduk.Ditolaknya JiHye hingga JiHye jatuh terduduk.
Dilihatnya lagi,seorang ahli kumpulannya yang berambut panjang tetapi kerinting memijak kakinya dan meminta maaf seolah-olah dia tidak sengaja.
Seo Hee mampu lihat raut wajah JiHye yang menahan tangis.
Dia tak mampu melihat lagi,Seo Hee melepaskan pelukan Seo Ra dari lengannya dan berlari mendapatkan JiHye yang masih terduduk dilantai.
"Kenapa awak semua buat begitu?!!"Soal Seo Hee bersama suara yang tertahan-tahan.Dia tidak tega melihat sahabatnya menjadi mangsa buli.
Mereka dengan angkuhnya ketawa sinis.
Seo Ra,MiSoon dan Mae akhirnya mendekati Seo Hee.
Seo Hee menarik lengan JiHye supaya bangun.
"Awak semua senior saya,tapi saya tak tahan tengok perangai angkuh awak semua.Kenapa awak semua buat kawan saya begitu?!!"Herdik Seo Hee tanpa segan silu walaupun banyak mata yang memandang.Bahkan didepan ribuan orang,dia memarahi senior dengan selamba.
"Wah,... saya tak sangka awak berani jerit pada kami.Hei ! Kami ini senior !! Awak ingat gelaran senior ini hanya untuk disebut?Dihormati !!"Herdik gadis berambut kerinting itu.
Ditunjalnya kepala Seo Hee berkali-kali.
Kemudiannya ditepis rakan Seo Hee,Seo Ra.
"Jadi awak ingat senior boleh membuli junior sesuka hati?Awak rasa diri itu sudah bagus sangatkah?!!!"Jerkah Seo Ra pula.
Mereka tergamam.
Aksi tarik rambut sudah dimulakan.
Pegawai muncul bagi meleraikan pergaduhan tersebut.
Kedua-dua kumpulan akhirnya diarahkan pulang ke agensi masing-masing.
Beberapa hari kemudian,interview diadakan.
Malangnya,interview kumpulan Xiecherry diadakan sehari lebih awal dari interview kumpulan Dream Girls.
"Seo Hee !! Datang tengok ini !"Panggil Mae yang berasa dihadapan televisyen.
Mereka semua duduk dihadapan televisyen.
"Jadi,maksud awak,mereka yang datang dan membuat kecoh untuk rosakkan reputasi kalian?"Soal wartawan itu.
"Ahli mereka,Seo Hee itu,dia junior kami,tapi dia sangat biadap dan tidak hormati kami.Kami cuba bantu JiHye yang terjatuh,saya pasti dia sangka yang kami membuli sahabat dia.Kami takde niat jahat langsung."Terang gadis berkerinting itu dengan wajah yang polos.
Botol air plastik yang dipegang Seo Hee digenggam begitu erat sehingga berkerut botol tersebut.
"Hei,En.Kim,adakan interview dengan wartawan Lee.Kita mesti adakan serang balas."Seo Hee berkata penuh berang.
Hari mereka akan diinterview sudah tiba.
"Hai.Satu penghormatan berjumpa dengan kalian semua."Wartawan wanita bernama Lee ini berjata mesra.Disediakan sofa untuk mereka duduk.
"Jadi,boleh saya bertanya,apa sebenarnya yang jadi pada hari pergaduhan itu terjadi?"Soal wartawan Lee itu.
Soalan itu ditujukan pada Seo Hee.
"Sebenarnya,saya akan berlaku jujur.Saya ini,bukan seorang penipu.Saya seorang yang jujur." Ujarnya membela diri.
"Ya,betul tu.Cutie kami seorang yang jujur.Dia tak pernah menipu."Bela rakan-rakannya pula.
Wartawan Lee mengangguk-ngangguk.
"Jadi,berdasarkan apa yang dikatakan ahli kumpulan Xiecherry,JiHye itu sahabat baik awak..."
"Ya,JiHye itu sahabat baik saya."Jawabnya.
"Jadi,katanya JiHye tanpa sengaja terjatuh kerana terpijak gaun mereka yang panjang... tetapi awak pula datang dan memarahi mereka tanpa sebab musabab."Ujar wartawan Lee.
"Ya,sebenarnya,saya baru selesai buat persembahan bersama ahki kumpulan saya.Jadi saya cari JiHye untuk bertegur sapa.Tapi,saya nampak dengan anak mata saya sendiri,kumpulan Xiecherry berebutkan tempat duduk kemudian menolak JiHye hingga JiHye jatuh ke lantai.Pada saya,tindakan dia itu,sangat keterlaluan.Kemudian,saya ternampak lagi,seorang ahli kumpulan mereka memijak kaki JiHye dengan sengaja.Saya benar-benar nampak dengan anak mata saya sendiri."Terang Seo Hee jujur.
"Begitukah?"Wartawan Lee mengangguk mempercayai Seo Hee.
"Betul tu,kami juga nampak.Malah ahli mereka menunjal kepala Seo Hee kerana kebiadapan mereka."Bela Seo Ra pula.
"Tapi mereka kata,itu hanya kemalangan."Ujar wartawan Lee lagi.
"Sebenarnya,kami ada saksi,ketika pergaduhan itu terjadi."Ujar Mae tiba-tiba.
Seo Hee menoleh hairan.Masa bilanya ada saksi?Mereka tidak beritahunya pun?
MinSeok WHITE muncul.
Share this novel