Bab:5 Siapa Doktor Chan?

Drama Completed 3586

Seo Hee baru menerima panggilan dari ahli kumpulannya yang mengucapkan takziah kepadanya.Berita JiHye mati bunuh diri sudah tersebar walaupun baru diumumkan awal pagi tadi.
Dia harus hadir ke bilik latihan.
Semasa dia bersiap,matanya terpandangkan buku bewarna pink yang ditampal gambar dia dan JiHye.
"Diari JiHye..."Bisiknya.
Perlahan-lahan dia membuka buku itu.
"Hari ini hari yang bersejarah,tak sangka aku dan Seo Hee terpilih pada uji bakat ketiga ! Berita gembira yang hebat,bukan?Aku sudah maklumkan kepada adik aku dan nenek.Mereka tumpang gembira dengan kejayaan aku dan Seo Hee."Bacanya.
Bibir Seo Hee menguntum senyum lebar apabila terdapat gambar dia dan JiHye yang sedang berpelukan didepan restoran terkenal yang menjual makanan kegemaran JiHye,tteokbokki.
Dia mengusap gambar berhabuk itu dibahagian wajah JiHye.
"Senyuman tu,nampak ikhlas sangat..."Bisiknya bersama mata yang berkaca.
Lesung pipit JiHye yang manis,mengindahkan lagi memori mereka.
Didalam diari itu,terdapat banyak gambar dia dan JiHye sedang tersenyum dan berseronok pada hari mereka terpilih.
Dia menyelak muka surat lagi.
Kali ini,senyumannya pudar.
"Hati aku tergores membaca artikel yang buruk tentang aku.Diorang kata aku buat pembedahan pada wajah aku.Kata-kata cacian dan hinaan menggores lagi hati aku.Itu semua tidak betul ! Aku terlahir sebegini,dan tiada yang perlu diperbaiki lagi.Kerana ini aku seadanya.Seadanya aku..."Baca Seo Hee lagi.
Air matanya akhirnya tumpah.
Tetapi dia sedar sesuatu.
"Takkan ini aje sebab dia bunuh diri?"Bisiknya.
Dan akhirnya dia menemukan apa yang dicari.
Punca JiHye bunuh diri.

"Cutie,..."Mae memanggil perlahan.
Seo Hee melihat wajah mereka semua.Semuanya menunjukkan simpati.
"Kami simpati dengan kematian JiHye."Ucap Seo Ra lembut.
Mereka memeluk Seo Hee beramai-ramai.
"Kau okey?"MiSoon bertanya sambil mengusap belakang Seo Hee.
Seo Hee angguk.
Mungkin air matanya sudah kering kerana terlalu banyak menangis semalam.
"Aku okey."Jawabnya.
"Kami minta maaf tau,tak teman kau semalam
Sepatutnya kamilah yang teman kau waktu kau sedih dan memerlukan."Pinta Mae serba salah.
MiSoon dan Seo Ra mengangguk setuju.
"Takpe.Aku tak keseorangan pun semalam... MinSeok (oppa) teman aku..."Seo Hee terlepas cakap tanpa sedar akan kesilapannya.
Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.
Mereka tidak silap dengar kan?
MinSeok WHITE yang mereka kagumkan tu menemani Seo Hee?
Senyuman mengusik muncul.
"Jadi,... terbuktilah korang ni dating,kan?"Usik Seo Ra seperti biasa.
Mata Seo Hee membuntang.Dia baru tersedar yang dia terlepas kata.
Dia menggeleng-geleng perlahan.
"Jadi,... ehem ! Dia teman awak sampai lewat malam la ya?"Usik Mae pula.
MiSoon pula menahan tawa.
Seo Hee memandang Mae dengan wajah terkejut.
"Macam mana kau tahu?"Soalnya terkejut.
Ada gambarnya di rumah JiHye di internetkah?Habislah reputasinya...
Mereka bertiga berpandangan lagi.
"Wah,... Cutie kita sudah ada teman lelaki,saya sangat cemburu !!!"Seo Ra menjerit teruja.
Mereka bertiga berpeluk sesama sendiri sambil terlompat-lompat gembira.
Seo Hee pula cuba cover perasaan malunya.

Latihan tarian dibatalkan,jadi mereka mahu pulang ke rumah untuk berehat.
Seo Hee pula lain fikirannya.Dia harus ke rumah MinSeok.Baginya,MinSeok layak tahu punca JiHye bunuh diri.Lagipun,dia perlukan bantuan MinSeok untuk lakukan sesuatu.Apakah itu?

"Pandai kau pilih pasangan..."Ahli kumpulan WHITE mengusap rambut MinSeok mengusiknya.
"Betul tu,Seo Hee yang comel tu jugak dia nakkan."Usik mereka lagi.
"Eh,macam mana rasanya cium gadis cantik tu?Seronok tak?"Usik MinHo dengan otak kotornya.
MinSeok akhirnya hilang sabar.
Dia mengetuk kepala mereka semua.
Argh,... mereka merungut kesakitan.
MinSeok pula berpuas hati dengan tingkahnya.
"Padan muka."Ejeknya.
"Eleh,... seronok la tu kan.Misteri terbongkar." MinHo masih tidak puas mengusik.
MinSeok menjelingnya tajam.
Tiba-tiba,...
Ding dong !
Mereka memandang pintu.
"Siapa tu?"MinHo bertanya.
MinSeok mengangkat bahunya.
MinHo bangun menuju pintu.
Dia mengintai melalui lubang yang dibuat khas untuk mengawasi siapa diluar.
Sesaat kemudian dia melompat seperti lantai mahu runtuh.
MinSeok berkerut hairan bersama rakannya.
"Seo Hee Si Comel dah datang !!"Jeritnya tertahan-tahan.
MinSeok automatik bangun.
"Pergilah,MinSeok.Cutie kau dah datang."Usik rakannya yang berambut coklat bermata biru itu.
MinSeok berlalu menuju pintu.
Dia membuka pintu.
Seo Hee memandangnya tajam.
"Seo Hee,... ada apa?"Soalnya perlahan.Aksi dia hampir mencium Seo Hee bermain difikirannya.
Seo Hee mengangkat diari JiHye dihadapan MinSeok.
"Saya perlukan bantuan awak."Ujarnya lantas menarik MinSeok supaya mengikutinya.

Mereka berdua masuk ke kereta sebelum ada yang menangkap gambar.
Seo Hee duduk menghadap MinSeok.
"Ini,diari JiHye.Semua yang berlaku dalam hidup dia,ada dalam buku ni."Terangnya tanpa ditanya kepada MinSeok yang mendengar.
"Saya belum baca buku ini sampai habis,tapi... ada satu bahagian ini,yang saya pasti,punca dia bunuh diri."Terangnya lagi.
MinSeok mengangguk akur.
Dia dapat melihat tangan Seo Hee yang menggigil menyelak satu persatu muka surat buku itu.
Sampai satu bahagian,Seo Hee berhenti.
MinSeok melihat.
"Disini,ada nama 31 orang lelaki,... yang memperkosa JiHye..."Ujarnya perlahan.Seo Hee memejamkan matanya tidak sanggup memandang nama-nama tersebut.
Mata MinSeok membuntang.
"Apa?!!"Soalnya separuh menjerit.
"31 orang... lelaki?"Soalnya meminta kepastian.
Dirampasnya buku itu dari pegangan Seo Hee.
Ditelitinya nama-nama tersebut.
"Seo Hee,..."Panggil MinSeok.
Seo Hee memandangnya.
"Salah satu nama ini,orang yang saya kenal." Beritahunya lambat-lambat.
Seo Hee merampas buku itu kembali.
"Yang mana?"Soalnya keras.
MinSeok menunjukkan kepada satu nama.
"Lee Yool..."Ujar Seo Hee sambil mambaca nama Lee Yool itu.
"Siapa dia?"Soalnya Seo Hee.
"Orang atasan yang berpengaruh di syarikat rakaman drama JiHye."Beritahunya.Ditelitinya telefon MinSeok.
Kemudian ditunjukkan kepada Seo Hee.
"Pengarah Lee."MinSeok menunjukkan profil Lee Yool kepada Seo Hee.
"Apa kata kita serahkan diari ini kepada pihak polis?"Cadang Seo Hee pantas.
MinSeok geleng.
"Mustahil.Dia ni kayanya tak terkata.Ayahnya bekas menteri besar Korea.Lagipun,kawan saya kenal sangat dengan Pengarah Lee ni.Dia suka langgan pelacur."Bisik MinSeok ketelinga Seo Hee walaupun tiada sesiapa didalam kereta kevuali mereka.
Seo Hee mengeluh kesah.
"Jadi macam mana?!! Takkan kita nak biarkan aje?Kita ada bukti,kan?Mesti dia ditahan."Bantah Seo Hee.
MinSeok geleng.
"Dengar,Seo Hee.Dia orang kaya.Maksudnya,dia takkan ditahan walaupun kita ada bukti.Sepanjang perbicaraan dimahkamah nanti.Dia mungkin akan cuba mengelirukan mahkamah dengan bukti 'tambahan' mengatakan bukti ini palsu.Dia mungkin juga ada alibi yang kukuh." Bangkang MinSeok pula.
Seo Hee meraup anak rambutnya yang menghalang penglihatan.
"Jadi,macam mana?"Soalnya tidak tahu apa yang harus dibuat.
MinSeok mengambil buku itu dari pegangan Seo Hee lagi.
Dia meneliti muka surat depannya.
"Seo Hee,... siapa doktor Chan?"Soalnya tiba-tiba.
Seo Hee menoleh.
"Apa?"Soalnya pula.
Dia melihat arah jari telunjuk MinSeok.
"Doktor Chan?"Bisiknya sendiri.
MinSeok menyerahkan buku itu kepada Seo Hee.
"Seo Hee,.. beritahu saya nombor yang ada dibawah nama Doktor Chan tu.Kita tengok kenapa nama dia ada dalam diari JiHye."Ujarnya tekad mahu mengetahui rahsia dan kebenaran yang tersembunyi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience