Kumpulan Dream Girls dan WHITE sudah berkumpul di bilik rehat di agensi AA Entertainment.
Semua sudah ada.
"Pertama sekali,saya nak bagitahu yang,... pada hari kematian JiHye,bukan dia seorang sahaja yang mati..."Ujar Seo Hee memulakan perbincangan.
Mereka semua berpandangan.
MinSeok tunduk memandang lantai.
"Siapa lagi yang mati pada hari tragis tu?"Soal MinHo tidak tahu menahu.
Seo Hee memandang MinSeok meminta kekuatan.
Dia memberikan mereka buku diari JiHye.
"JiHye mengandung 4 minggu,..."Bisiknya tetapi kedengaran.
Mereka semua terkejut termasuk CEO Choi dan manager Kim yang turut serta dengan perbincangan itu.
"Dia mengandung anak siapa?"MinHo bertanya sambil menunjukkan nama-nama didalam buku diari JiHye.
Seo Hee memejamkan matanya sambil menggelengkan kepalanya.
"JiHye sendiri pun tak tahu..."Celah MinSeok.
Suasana diam.
Mae mengelap air matanya manakala Seo Ra pula mengusap belakang Seo Hee.MiSoon pula tunduk memandang bawah.
"Seo Hee,... semua ni lelaki yang perkosa JiHye?"Soal MiSoon meminta kepastian.
Seo Hee angguk.
"Ini,... CEO Kang,agensi TT Entertainment.Dan ini,... abang Seo Woo,ahli Xiecherry.Ini,Pengarah Lee,apa semua ni?!!"MiSoon menjerit cemas.
Hampir semua orang dibuku itu dia kenal.
"Kita tak boleh lapor polis?Bukan ke malam tu,Seo Hee kata dia tak mati seorang?Mesti mayat bayi tu ada dalam perut dia?"Ujar seorang ahli WHITE bermata biru itu.
Seo Hee pantas menjeling MinSeok.
"Betul juga,kan?"MinSeok menghubungi seseorang.
Kemudian talian diputuskan.
Wajahnya muram.
"Tak.Malam itu,dia mati berseorangan.Jadi,mana bayi 4 minggu tu?"Soalnya sendiri.Mereka semua berfikir diam.
Seo Ra menghentak meja.
"Kau kata JiHye dianiaya,kan?Mungkin kandungan dia gugur masa dia dianiaya.Yelah,kandungan tu muda lagi.Atau,dia gugurkan kandungan tu."Tekanya sebarangan.
Seo Hee geleng.
"Tak,dia kata dia nak jaga kandungan tu."Ujarnya.
Seo Hee mengeluh.
"Jadi dia mati berseorangan..."Bisiknya.
Mereka berfikir lagi.
"Jap,Seo Hee kata dia dianiaya?Jadi,kita boleh cari di mana-mana CCTV,kan?"Tiba-tiba lelaki bermata biru itu berkata.
"Betul tu,ayah saya bersahabat dengan ketua polis Incheon ! Kita boleh minta tolong dia !" MinHo pula berkata.
"Kau ada ke nombor ketua polis tu?"Soal MinSeok.
MinHo geleng.
"Tapi,... aku boleh minta kat ayah aku."Dia pantas menghubungi ayahnya.Dibukanya volume kuat.
"Hello?"Satu suara keras kedengaran.
"Ayah ! MinHo nak minta tolong boleh?"MinHo terus straight to the point.
"Mintak tolong apa?"Soal ayahnya.
"Ayah hantarkan MinHo nombor telefon Ketua Lyang,boleh?"Pintanya.
"Nak buat apa?"Soal ayahnya.
"Urmm,.. kawan MinHo jadi mangsa langgar lari,MinHo nak tolong aje,boleh kan,ayah?"MinHo bersuara manja.
MinSeok membuat muka mahu muntah.
Seo Hee tersenyum.
"Okeylah.Ayah sibuk ni.Jaga diri."Ayahnya memutuskan talian.
"Yes !"Mereka bersorak.
"Dah dapat nombor Ketua Lyang !"Ujar MinHo pantas menghubungi nombor itu.
"Hello?"Suara wanita kedengaran.
MinHo membuka volume kuat lagi.
"Ketua Lyang?Ini saya,MinHo."Perkenalnya sopan.
"Selamat tengah hari,MinHo."Formal sekali perbualan mereka.
"Saya nak minta tolong boleh?Sikit,aje." Pintanya berhati-hati.
"Minta tolong apa?"Soal Ketua Lyang.
MinHo memandang mereka semua.Diperlahankan volume suara.
"Nak kata apa?"Soalnya berbisik.
Seo Hee menampar lembut dahinya.
"Kau ni dungu lah ! Lain kali pikirlah dulu sebelum bercakap !"Marah MinSeok juga berbisik.
"Hello?"Ketua Lyang bersuara.
"Ya,kejap,Puan.Cepatlah,nak cakap apa?!!"Soalnya lagi.
"Kawan saya,nama dia JiHye.Dia mengaku pada saya yang dia telah dicabul oleh sekumpulan lelaki yang tak bertanggungjawab.
Boleh Puan tolong carikan saya CCTV yang ada dimana-mana kelab?Saya akan hantarkan Puan gambar kawan saya.Kalau Puan dah jumpa,hubungi saya,ya?"Ujar MinHo setelah berbincang dengan rakan-rakannya.
"Hmm,okeylah.Tangkap si tak guna tu.Jangan biarkan dia terlepas."Ujar Ketua Lyang menyokong MinHo.
Talian diputuskan.
"Ini siapa,MinSeok (oppa)?"Soal Seo Hee.Tempoh hari,dia dan MinSeok berbincang dan MinSeok kata manusia berdua ini kawan baik Pengarah Lee.
"Ini,saya tak ingat namanya,tapi dia memang selalu dengan Pengarah Lee.Yang ini pula,.."
Rakan mereka yang lain memerhatikan mereka.
Melihatkan gaya mereka yang rapat,dan MinSeok yang selamba menundukkan kepalanya mendekati Seo Hee,mereka sudah dapat topik untuk mengusik nanti.
MinHo diam-diam mengambil gambar mereka.
"Eh,kau buat apa?Nanti manager Luan marah macam mana?Ada skandal !"Marah lelaki bermata biru yang bernama SangYeob itu.
"Sekurang-kurangnya,nanti kalau ada spekulasi diorang bercinta,adalah jugak gambar betul daripada gambar edit,kan !"Balasnya lantas menyiku lelaki itu.
Mereka ketawa.
"CEO Choi kenal rapat kan,dengan Pengarah Lee ni?"Soal MinSeok tiba-tiba selepas selesai berbincang dengan Seo Hee.
CEO Choi menggeleng.
"Tak rapat mana pun ! Setakat urusan bisnes aje." Sangkalnya,jengkel dengan tuduhan tersebut.
MinSeok mengeluh.
Tiba-tiba MiSoon mengangkat tangannya.
"Saya ada idea !"Ujarnya.
"Apa?"Mereka semua tunduk mendekati MiSoon.
"Kan,ada 31 jantan tak guna ni,kan?Mesti ada yang buat,korang tahulah..."MiSoon berkias-kias.
"Buat apa?"Seo Hee masih keliru.
MiSoon mengeluh kuat.
"... buat videolah !"Jeritnya.
Seo Hee terkedu.
"Apa maksud... kau?"Soalnya berharap apa yang dikatakan MiSoon tidak benar.
Mereka semakin fokus pada setiap kata-kata MiSoon.
"Alah,.. mestilah JiHye kena ugut ! Kalau tak,mesti dia buat laporan pada pihak polis.Kalau dia tak kena ugut,maksudnya,dia buat semuanya dengan rela !"Ujar MiSoon.
Mereka semua mengangguk.
"Masuk akal."MinHo dan MinSeok bersetuju.
"Betul juga,kan?"Seo Ra dan Mae juga bersetuju.
Seo Hee kaku.
"Maksudnya,... selama ni,dia diugut dan dianiaya... macam mana dia bertahan dengan semua tu?"Soal Seo Hee sendiri.
Mereka diam.
"Maafkan aku,Cutie."MiSoon meminta maaf.
(Lupa bagitahu,ahli kumpulan WHITE ada lima orang ya?)
"Jadi,..."MinSeok bersuara,menarik perhatian mereka semua.Sepuluh orang tak termasuk MinSeok sedang berbincang sekarang.
"... persoalannya sekarang,video tu ada pada siapa?"Soalnya memandang mereka semua silih ganti.
Seo Hee hampir jatuh melorot.Semua ini bagaikan mimpi ngeri.
"Macam mana kita nak siasat semua ni,MinSeok (oppa)?"Soalnya bagaikan sudah tiada harapan.
MinSeok memandangnya simpati.
"Seo Hee,... kita tak boleh putus asa,kita boleh guna pengaruh CEO untuk tahu siapa yang ada video itu.Kita boleh dapatkan rakaman kamera CCTV yang ada dikelab untuk tahu ke mana arah tujuan mereka,kita ada banyak cara,cuma memakan masa aje.Bersabarlah,okey?"Pujuk MinSeok,secara tidak langsung memberikan idea.
Serentak itu mereka semua memandang CEO Choi.
Mata CEO Choi membuntang.
"No,no,no way !! Jangan mintak aku buat yang bukan-bukan..."Bantahnya keras.
Mereka semua merenung CEO Choi dengan wajah sedih pula.
CEO Choi tanpa sengaja terpandangkan mata Seo Hee yang berkaca.
Dia mengeluh.Kemudian berkata,...
"Baiklah..."
"Terima kasih,semua.Dan tolong,rahsiakan benda ni.Anggap perbincangan ni,tak pernah wujud."Pinta Seo Hee separuh merayu.
Mereka akur dengan permintaan Seo Hee.
"Lepas kita dapat rakaman CCTV yang Ketua Lyang cari tu,kita bincang baik apa CEO Choi perlu buat.Okey?"Ujar MinSeok pula.
CEO Choi terpaksa dalam rela mengangguk tidak ikhlas.
Seo Hee memeluk CEO Choi erat.
"Terima kasih banyak-banyak,CEO Choi.Ini semua demi JiHye,dan kandungannya."Ujar Seo Hee sambil menahan tangisnya.
Mereka semua tersenyum.
"Dan peminatnya."Sambung CEO Choi.
Seo Hee ketawa lucu.
"Ya."
Mereka pula ketawa.
Benarlah kata orang,penawar untuk kesedihan,adalah ketawa.
Share this novel