BAB 7

Romance Completed 13246

Firza baru selesai menyuapkan bapanya makan tengah hari. Kesihatan bapanya semakin baik. Rawatan kimoterapi juga hanya tinggal beberapa kali sahaja lagi. Sekejab lagi abangnya, Firhan akan datang menjemput mereka pulang.

Begitulah rutin hidup mereka kerana bapa Firza harus menjalani kimoterapi setiap minggu. Bapanya tidak perlu bermalam di hospital dan hanya datang untuk rawatan tersebut sahaja. Namun sekiranya terdapat komplikasi keadaan darah yang tidak memuaskan, bapanya harus dimasukkan ke wad untuk tinjauan rapi doktor.

“Sikit lagi, ayah.” Bapanya hanya menggeleng. Bapanya akan hilang selera makan dan hanya makan sedikit selepas menjalani rawatan kimoterapi.

“Sikit sangat ayah makan. Tak luak sekerat bekas lagi ni.” Firza masih ingin menyuapkan bubur. Mengharap bapanya akan makan lagi.

“Ayah tak nak dah. Cukup, cukup.” Firza mempamerkan muka risau. Ayah ni, macam mana nak sihat?

“Okey. Kalau tak nak makan bubur, ayah kena makan buah.” Firza mengambil bekas buah-buahan yang sudah siap dipotongnya. Dia menyuakan potongan buah epal kepada bapanya. Sehinggalah Doktor Amirul datang ke katil itu. Salam bersambut. Firza mengerling pandang doktor muda itu. Kemeja ungu gelap dipadankan dengan tali leher warna kelabu cair. Jubah putih tergantung kemas di tubuhnya bersama steteskop di leher. Segak dan kemas.

“Pakcik dah makan?” Ujar doktor itu dengan senyuman. Setiap kali dia menemui pesakitnya dia akan memaniskan muda. Baginya dia berkhidmat untuk masyarakat jadi sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan pesakitnya senang hati.

“Sudah, doktor.” Bapa Firza turut senang hati dikendalikan oleh doktor yang baik hati.

“Banyak pakcik makan hari ini?” Doktor Amirul menalakan pandangan ke arah Firza.

“Tak sangat. Tak habis pun.” Firza menjelaskan sambil menunjukkan bekas makanan yang masih berbaki.

“Mungkin tiada selera. Biasalah selepas rawatan. Tapi pastikan makannya terjaga. Jangan tak makan pula. Kalau tak ada selera pun makan juga sikit. Ya pakcik?”

“Ya doktor. Terima kasih. Doktor dah makan? Dah nak petang dah ni.” Bapa Firza sudah terbiasa untuk berbual dengan doktor Amirul memandangkan mereka bertemu setiap minggu.

“Belum, pakcik. Sekejab lagi saya makan.” Pada mulanya doktor Amirul menyapa dengan panggilan Encik Rahman namun ditegah oleh bapa Firza. Katanya panggil pakcik sahaja. Lebih mudah dan mesra.

“Jangan sampai doktor pula yang sakit nanti. Asyik jaga kesihatan pesakit saja, Diri pun kena jaga juga.” Amirul hanya ketawa mendapat leteran tersebut. Dia mengangguk-angguk mengiyakan kenyataan itu. Kadang-kadang waktu makannya juga tidak teratur kerana terikat dengan tugas.

“Baiklah, pakcik. Tapi pakcik pun kena makan ubat. Sekarang pun saya tengok rekod kesihatan pakcik semakin baik. Tiada masalah. Jadi rawatan kimoterapi pun boleh dijalankan secara teratur. Lagi cepat habis, lagi cepat sihat.” katanya sambil menyelak helaian rekod kesihatan. Sesekali dia menjeling Firza di sebelah bapanya.

“Tu pun sebab doktor juga yang pantau. Kalau harapkan pakcik ni, manalah tahu pasal penyakit-penyakit ni.” Firza juga mengangguk. Tidak betah utnuk memyamuk.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab saya, pakcik. Baiklah, saya minta diri dulu.” Selepas beransur meninggalkan ruangan itu, Amirul berdiri di tepi pintu wad sambil meneliti keadaan dua beranak itu. Firza sedang menyuapkan makanan kepada bapanya. Keadaan itu juga yang menyebabkannya terhenti di pintu itu sebelum masuk selepas berbual dengan Jururawat Norimah tadi. Terpana melihat layanan seorang anak menjaga bapanya. Terngiang kata bapanya tempoh hari. “Kalau dia pandai jaga ibu bapanya, mesti pandai jaga suami.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience