BAB 14

Romance Completed 13246

Siapa sangka, doktor yang merawat ayahku, yang aku selalu rujuk bila ada masalah pasal kesihatan ayah, dialah yang akan menjadi suamiku esok. Aku sendiri pun tak percaya. Aku teringat lagi masa dia melamar aku.

“Mak saya kirim salam. Dia cakap samosa yang awak buat tu sedap.” Aku menyambut salam. Aku ketawa dalam hati. Nama aku juga yang laku. Aku tukang goreng aje, hasil buatannya dari tangan mak.

“Ayah pun dah semakin sihat. Dah boleh jalan-jalan. Tak macam dulu lagi.”

“Alhamdulillah. Tapi saya pulak yang sakit ni.”

“Awak sakit apa?” Pelik aje, tiba-tiba pulak sakit. Sakit kaki? Sakit Hati? Sakit mata?

“Saya ada kanser.” Perlahan saja suaranya. Aku membuntangkan mata. Kanser?? K.A.N.S.E.R.

“Awak jangan main-main. Kanser apa pulak ni.”

“Kanser saya ni kalau lagi lama dibiarkan bertambah parah. Saya tak sanggup lagi nak tahan. Dah tahap empat.” Biar betul. Kanser kot. Serius!

“Kenapa awak tak beritahu saya?”

“Saya tengah beritahu la ni.” Eh.

“Mak abah awak dah tahu? Famili awak semua? Mereka dah tahu?” Aku dah kalut. Nak disentuh, bukan muhrim. Biar betul doktor ni sakit kanser. Aku tengok sihat je.

“Mereka semua dah tahu. Hanya awak yang boleh ubati penyakit saya ni. Kalau awak lambat tak tahu lah apa nasib saya.”

“Saya. Saya? Saya ni? Saya ubati? Saya doktor ke awak yang doktor ni? Awak sakit apa sebenarnya?”

“Angau! Kronik dah ni dan takde lagi ubatnya dijual di mana-mana hospital, klinik mahupun Farmasi hatta bomoh, dukun atau tabib pun gagal mencari penawarnya kerana orang yang boleh merawatnya adalah awak. Please cure me. Awak je yang dapat pulihkan saya seperti sediakala dan terus menjaga saya sampailah ke akhir nafas?’’ tanyanya dengan nada sedikit serius seraya mengeluarkan kotak cincin rona biru dari saku celananya.

Aku hanya tergamam, nak sekeh kesian pula, siapa tak sayang kekasih oi, boleh pula dia buat lawak membabitkan nyawa ni kan.

‘’Diam tanda setuju ke atau saya baru je kena reject? 5 saat awak dia bermakna awak tak setuju. 1, 2, 3, 4…’’

Zaappp!

Sepantas kilat aku sambar kotak cincin itu, segera membukanya lalu memakai cincin berbatu Topaz itu.

‘’Saya dah pakai!’’ jerit ku lalu dibalas dengan teriakan ‘Alhamdulillahh! Yes’ darinya.

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience