BAB 9

Romance Completed 13246

Seusai solat maghrib, telekung dilipat dan dimasukkan ke dalam beg. Sejadah pula diletakkan di rak yang disediakan di dalam surau itu. Selesai memakai tudung, Firza keluar dari surau hospital tersebut. Semasa dia sedang menyarung kasut, pandangannya melekat pada susuk tubuh seseorang di pintu surau lelaki dari arah bertentangan yang juga sedang memandang ke arahnya. Mereka berbalas senyum.

“Awak belum balik?” Amirul memulakan perbualan sambil mengemaskan lipatan baju kemejanya sehingga paras lengan.

“Tak. Malam ni saya yang jaga ayah. Bagi mak rehat pula.” Amirul mengangguk-angguk. Wajahnya masih ada senyuman.

“Doktor tak balik lagi?” Firza memancing perbualan. Sedarinya dari pagi tadi doktor itu bekerja hari ini.

“Sekejab lagi kot. Biasalah kerja macam saya bukannya boleh masuk pukul lapan balik pukul lima macam orang lain.” Firza pula mengangguk-angguk sambil ketawa kecil. Faham tugas sebagai seorang doktor yang hampir tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Kebanyakkan masa terluang di di tempat kerja.

“Kadang-kadang sampai tak sempat makan, kan?” Sambut Iza dan dibalas dengan ketawa kecil Amirul. Dia tahu kerana bapanya selalu memesan kepada Amirul tentang itu. Keadaan sepi semula. Mereka masih berjalan beriringan.

“Doktor, saya nak tanya sikit.”

“Apa dia?”

“Ayah saya boleh sembuh ke?” Soalan yang tidak diduga oleh Amirul. Terpamer riak kerisauan di wajah tenang Firza.

“Insyallah. Keadaan bapa awak okey cuma sekarang ni ada demam sikit dengan batuk, sebab tu sesak nafas tadi tu.

Sebab paru-paru dia belum pulih sepenuhnya. Tapi kalau ikutkan rekod kesihatannya, saya percaya bapa awak akan sembuh. Insyallah.” Dia tidak berani berjanji namun daripada pengalamannya, itulah yang dia boleh katakan. Semuanya bergantung kepada Allah.

Keadaan sepi lagi. Amirul mengerling wajah gadis di sebelahnya. Wajah tenang itu sangat menenangkannya. Sesekali dia mencuri pandang wajah itu semasa di dalam wad pesakit. Namun ketika merawat Encik Rahman, dia berpura-pura tidak ambil kisah, bimbang disedari oleh tuannya. Kini wajah itu berjalan seiringan dengannya.

“Awak tak ada adik beradik lain ke? Maksud saya, bila bapa awak sakit je, mesti awak dan mak awak yang jaga. Kadang-kadang saya nampak abang awak. Selain pada tu?” Satu persatu diluahkan, bimbang dikatakan mengambil tahu hal orang. Firza memandangnya sambil menunggu Amirul menghabiskan pertanyaannya.

Amirul mengambil kesempatan pada waktu itu untuk mengamati wajah tenang tersebut. Mata yang redup, alis sedikit tebal. Sangat mendamaikan. Sedikit menggetarkan hatinya apabila bola mata mereka bertemu, menyedari ketelanjuran matanya. Tidak perlu bersolek tebal seperti sesetengah rakan sekerjanya yang cuba memikatnya. Semua itu dia hanya menetapkan hubungan mereka sebagai kawan biasa sahaja.

“Saya ada tiga orang adik beradik. Abang sulung saya, Abang Firhan. Saya anak kedua dan adik saya, Firsyaz. Dia study lagi, sebab tu doktor tak pernah nampak dia. Abang saya kena kerja, jadi dia jarang dapat jaga ayah di hospital. Buat masa ni, abang seorang saja yang menanggung keluarga.” Jelas Firza panjang. Amirul senang hati kerana gadis itu tidak kekok untuk berbual.

“Awak tak kerja?” Dia mahu melanjutkan lagi perbualan.

“Belum rezeki lagi kot. Selepas saja saya habis belajar, ayah saja sakit. Saya kesiankan mak nak jaga ayah sorang-sorang kalau saya sibuk dengan kerja. Mungkin lepas ayah dah sembuh, saya cari kerja. Biarlah saya berbakti dengan orang tua saya dulu.” Sedikit demi sedikit dia dapat mengetahui perihal Firza. Gadis ini sanggup mendahulukan orang tuanya dan menangguhkan mengejar kerjaya. Masih dia ingat bagaimana mata yang redup itu menangis ketika bapanya sesak nafas tadi. Sedikit tersentuh hatinya melihat keadaan itu.

Telefon bimbit Amirul menjerit minta diangkat. Dia menyeluk poket seluarnya dan melihat nombor tertera. Dia menyambut tanpa berlengah. Langkahnya terhenti. Begitu juga Firza. Dia berasa aneh kerana doktor itu memandangnya tanpa berkelip.

“Ayah awak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience