BAB 4

Romance Completed 13246

Amirul menapak masuk ke dalam rumah sambil tersenyum kepada Haji Khaidir dan Hajah Salmah yang sedang bersarapan. Salamnya disambut kedua-dua orang tuanya.

“Sarapan dulu, Along.” Ajak Hajah Salmah.

“Ummi masak apa? Nasi lemakkk… sedapnya. Ni yang suka balik sini ni.” Langkah kanan kerana hari ini dia pulang menjenguk orang tuanya. Jika tidak Amirul akan pulang ke rumah sewa berdekatan dengan tempat kerjanya.

“Amboi, kalau suka saja balik. Tak suka tak balik lah?” Usik Haji Khaidir pula. Amirul sudah tersengih-sengih sambil menyendukkan nasi lemak ke pinggannya.

“Abah ni. Tak adalah macam tu. Kalau balik rumah sendiri mana nak dapat sarapan best macam ni.”

“Kalau kahwin kan senang. Ada orang masakkan sarapan. Ada orang jagakan makan minum.” Tujah Hajah Salmah. Dia memang tahu kelemahan anaknya. Cakap sahaja pasal kahwin pasti kalah.

“Ummi ni. Ke situ pula.” Kendur suaranya.

“Macam mana, Along?”

“Macam mana apa, abah?” Terhenti suapan nasi lemaknya.

“Kalau dah ada calon tu kenalkan pada abah dengan ummi. Nak tunggu apa lama-lama membujang.” Amirul memang lemah betul dengan hal yang satu ni. Nasi lemak rasa susah betul nak turun ke tekak.

“Tak sedia lagi lah ummi. Lagipun Along tak pandai nak cari.”

“Abah bagi petua. Kalau dia pandai jaga ibu bapanya, mesti pandai jaga suami. Abah guna petua tu masa nak kahwin dengan ummi kamu ni dulu. Tengok sekarang ni ha.” Haji Khaidir sengih sambil menggosok perutnya yang memboroi dan disambut tawa isteri dan anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience