BAB 1

Romance Completed 13247

‘’Anak dia tu bukannnya boleh harap sangat. Harap belajar saja tinggi sampai universiti, tapi dok bertenggek atas motor dengan jantan. Ke hulu ke hilir.” Mak Cik Temah sudah seperti sedang berdebat dalam parlimen. Siap gaya tangan lagi.”

“Mana kau tahu, Mah? Tak baik cerita pasal orang.” Mak aku ni pun. Suka sangat layan Mak Cik Temah reporter ni. Tapi dah dia datang rumah, tak kan nak halau pulak kan?

“Eh…aku tahu lah. Selalu aku nampak dia dengan budak jantan tu. Kahwin tak jugak.” Bentak Mak Cik Temah lagi dengan mulut yang terjuih-juih. Aku meletakkan cawan teh panas di atas meja.

“Biarlah Mah. Yang penting kita jaga anak-anak kita elok-elok.” Mak Cik Temah memandang aku sekilas waktu itu.

“Jemput minum, Mak Cik Temah.” Aku menolak cawan teh di hadapanya. Kalau boleh cepat-cepat aku nak angkat kaki masuk ke bilik. Sakit telinga. Namun kata emak, jika ada tetamu datang, jangan duduk di dalam bilik. Tidak sopan.

“Air saja ke Za? Biskut ke kuih-kuih tak ada ke?” Amboi. Sudahlah datang rumah orang tak berjemput semata-mata nak mencanang pasal orang. Boleh pulak minta-minta.

“Rumah aku ni bukannya macam rumah kau Mah oi serba serbi makanan ada. Kalau sesak-sesak duit tu makan saja lah apa yang ada. Itu pun ada juga orang nak datang ke rumah buruk aku ni.” Ujar Mak lembut namun menikam. Mak Cik Temah sudah berubah riak wajahnya. Aku sudah tertahan-tahan ketawa. Dasyat juga mulut mak aku.

“Aku dengar anak kau si Siti tu dah nak bertunang.” Mak mengubah topik. Mesti dah malas hendak menyertai sidang berdebat dengan Mak Cik Temah.

“Ya. Sebab itulah aku datang ni. Nak beritahu kau lah . Nanti datanglah. Ni kadnya.” Mak Cik Temah menghulurkan kad kepada mak. Wahhh bertunang pun sampai berkad-kad. Untunglah kau Siti…

“Bertunang pun ada kad ke, Mah? Besar ke kau buat?”

“Yelah. Siti kan anak perempuan tunggal aku. Lagipun aku tak nak nanti orang lupa hari nya. Bawa Za sekali, ambil berkat kata orang. Cepat sikit lekat jodoh dia macam Siti tu.” Kali ini matanya betul-betul memandang ke arahku. Aku buat-buat tidak nampak. Tengok televisyen lagi bagus. Aku dah terbakar dah ni.

“Jodoh semua tu kan kerja Allah. Siapa kita ni nak atur. Kalau dah sampai, kahwinlah. Cepat dengan lambat saja. Lagipun umur Siti pun dah lanjut. Elok lah tu dia kahwin.” Betul sangat tu mak. Mak Cik Temah sudah mengipas-ngipas menggunakan tangannya. Panas lah tu. Aku menahan ketawa.

“Panas lah rumah kau ni. Aku balik dululah.” Mak Cik Temah sudah bangun dari kerusi dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mak. Tapi riak mukanya nampak sangat tidak ikhlas.

“La duduk lah dulu. Tak kan dah nak balik? Habiskan lah air tu dulu.” Mak menuding kepada cawan teh.

Mak Cik Temah mendengus kasar sambil duduk semula menghabiskan sisa minuman dengan sekali teguk. Bingkas dia bangun kembali dan bersalam dengan mak.

“Nanti datanglah. Aku balik dulu. Mak Cik balik dulu lah Za.” Aku turut bangun bersalam walaupun dalam hati aku dah mahu pecah menahan ketawa melihat muka masam mencuka Mak Cik Temah selepas diperli mak.

“Sampaikan salam saya pada Siti.” Mak Cik Temah hanya mengganguk sebelum hilang di sebalik pintu ke luar.

“Za…Za..” Sejurus itu terdengar suara ayahku memanggil. Serak diselangi batuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience