BAB 6

Romance Completed 13247

Amirul sedang menyemak fail rekod kesihatan pesakit di meja berdekatan jururawat. Dahinya yang berkerut ketika menyelak kepingan kertas menarik perhatian jururawat di situ.

“Hai Doktor Amirul. Tak kan baca rekod tu pun sampai berkerut dahi kot?” Ujar jururawat Norimah. Mereka selalu berbual memandangkan jururawat Norimah orang lama di situ.

“Tak adalah Kak Imah. Ada-ada saja.”

“Tak mengaku pulak dia. Doktor jangan kerja kuat sangat. Dah la waktu bekerja doktor kerja, break time pun bekerja juga. Mana tak letih. Doktor pun kena rehat juga.” Jururawat Norimah tahu bahawa Doktor Amirul adakalanya tidak sempat keluar makan tengah hari kerana sibuk dengan tugasnya. Seperti hari ini, ketika dia mengajak keluar untuk makan tengah hari sebentar tadi, doktor Amirul menolak dengan alasan ada kerja harus disiapkan.

“Saya okey je ni. Lagipun ni kan tugas saya. Selagi saya mampu, saya jalankan tugas saya.”

“Kalau ada isteri boleh jagakan makan minum. Tak ada lah macam ni.” Sengaja dia mahu mengusik walaupun dia tahu Amirul alergik bab ini.

“Ke situ pulak Kak Imah ni. Lagipun saya dah sarapan banyak pagi tadi.” Amirul mengelak namun dia senang bergurau begitu. Itulah hiburannya semasa bekerja.

“Kak Imah cakapkan saja. Mana tahu diam-diam datang bagi kad jemputan nanti.” Amirul hanya ketawa.

“Kak Imah doa-doakanlah untuk saya. Mana tahu sekejab lagi saya pergi wad terserempak dengan jodoh saya.” Mereka ketawa sambil mata Amirul meliar ke arah laluan ke wad seperti betul-betul memaksudkannya. Dia menutup fail rekod kesihatan dan berlalu ke wad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience