BAB 10

Romance Completed 13246

Firza menggosok lembut belakang bapanya sambil diperhatikan oleh Amirul yang sedang menyemak fail rekod kesihatan.

“Lepas ni awak pastikan ayah awak tak berjalan sendiri. Sebab demam dia belum sembuh, jadi dia cepat penat.” Firza mengangguk dengan wajah yang suram sedari tadi. Bapanya pergi ke tandas ketika dia sedang solat di surau dan mengalami sesak nafas selepas itu. Mujur jururawat cepat memberi rawatan. Terkocoh-kocoh dia berlari ke dalam wad bersama Amirul selepas menerima panggilan daripada wad.

***

Amirul menyandarkan tubuh ke kepala katil. Terasa regang urat-urat di badannya. Seharian bekerja dan kini jam 11 malam baru dia berpeluang pulang. Pagi esok dia akan kembali menjalankan tugas. Sesekali dia bersyukur kerana belum berumah tangga, jika tidak bagaimana dia mahu membahagikan masa kepada keluarga dan kerjaya. Dia sama sekali tidak menyesal memilih kerjaya ini kerana menjadi seorang doktor merupakan impiannya sejak di bangku sekolah lagi.

Perjalannya untuk memiliki gelaran doktor itu juga bukan mudah dan banyak wang telah dilaburkan. Maka dia tidak akan mensia-siakan apa yang dikecapi pada hari ini.

Amirul mencapai telefon bimbitnya. Senarai nombor kenalan di buka. Dia tersenyum sendiri melihat nama yang terpapar di skrin. Firza Nasuha. Dia sendiri tidak percaya dia berjaya meminta nombor telefon gadis tersebut dengan alasan mudah untuk Firza menghubungi sekiranya berlaku apa-apa ke atas bapanya. Alasan selamat. Sedangkan hatinya yang berlumba-lumba mahu mengenali gadis yang telah mengganggu hari-harinya selama ini.

Jantungnya berlari laju tatkala bersama Firza. Selama ini dia yang memantau dan menenangkan kadar denyutan jantung pesakitnya, tetapi apabila dirinya sendiri mengalaminya, dia tidak tentu arah. Tidak pula dia berasa keadaan sebegitu apabila bersama dengan Doktor Adrianna, Doktor Suraya mahupun Doktor Alisa yang sering mencuba memikat hatinya.

“Firza Nasuha.” Tanpa sedar dia menyebut nama di skrin telefon bimbitnya. Tersumbing senyuman di pinggir bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience