BAB 12

Romance Completed 13246

Semalam majlis pertunangan Siti berlangsung. Tak cukup tanah Mak Cik Temah menayang bakal menantunya. Siti pula kalau kena usik dengan tetamu mula lah nak jadi ulat bulu. Menggeletis semacam. Tersengih sampai nak lekang mulut.

“Mula-mula dulu aku tak tahu kalau orang bertunang pakai cincin jari mana. Sekarang dah bertunang, baru tahu.” Kalau boleh dicabut biji mata aku ni, dah lama aku cabut nak bagi dia rehat. Dah letih menengok cincin di jari Siti.

Kalau dah semalam majlisnya, jadi hari ni majlis menayang cincin dengan menjual ceritalah. Mak Cik Temah siap dibawanya kipas tangan. Sambil bercerita sambil mengipas-ngipas dirinya. Si Cik Siti Terlebih Kembang ni pula gaya kena penyakit sawan tangan tak reti duduk diam. Sikit-sikit nak angkat, sikit-sikit nak gosok-gosok jari. Aku tolong angkat masuk dalam kuali panas mak aku tu baru tahu.

“Aku ni bukan apa, dah pihak sana yang letakkan nilai hantaran tu, aku pun terima sajalah. Kalau ikutkan aku tak payah tinggi-tinggi. Sekadar mampu cukuplah.” Masuk kali ni dah 18 kali Mak Cik Temah melaporkan berita terbabit.

Bersabarlah wahai mata dan telingaku. Dari setengah jam tadi benda yang sama ja yang dbualkan.

“Syukurlah, Mah. Dah rezeki kau dapat bakal menantu orang bandar, bekerjaya. Dapatlah Siti hantaran sepuluh ribu tu. Tak gitu, Siti?” Mak yang sedang menggoreng karipap pusing mengerling ke arah Siti. Mula lah perempuan ni tersengih-sengih. Siap digosok lagi cincinnya. Kau nak tengok cincin kau bertatahkan karipap pusing tak?

“Kau ni masak banyak-banyak ni ada orang nak datang ke?” tanya Mak Cik Temah. Dah habis modal la tu. Kalau tak tidak ditanya selagi tak habis menjual cerita.

“Orang nak datang melawat ayah Za tu je. Aku masaklah lebih sikit. Orang datang rumah bermakna membawa rezeki. Eloklah kita kongsi apa rezeki yang kita ada.” Sesekali Mka Cik Temah mengintai karipap pusing yang berenang-renang dalam kuali.

Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej. Sejurus membaca, aku terus membancuh minuman untuk tetamu yang akan sampai sebentar lagi. Dua beranak itu hanya memerhati sesekali mencelah menanyakan gerangan tetamunya. Sibuk betullah !

Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah ku menandakan mereka sudah sampai. Mak keluar menyambut tetamu sambil diikuti oleh aku, abang Firhan dan adikku, Firsyaz yang baru pulang semalam kerana cuti semester. Ayah tidak dibenarkan keluar dan hanya menunggu tetamu masuk ke dalam rumah. Sempat aku mengerling Mak Cik Temah dan Siti yang terjenguk-jenguk dari tadi sambil berbisik-bisik.

“Jemputlah masuk semua ke pondok buruk kami ni.” Ujar mak kepada ibu Doktor Amirul selepas salam bersambut.

“Apa pula kata macam tu. Kami pula yang segan datang ramai-ramai macam ni.” Bapanya pula merendah diri. Doktor ini ada dua orang adik lelaki rupanya. Eh, kenapa Syaz dok tersenyum simpul dengan adik doctor tu? Aku memandang Syaz sambil menghantar pandangan simpul mati. Terus dia mencuka.

“Apa yang nak disegankan? Lagi kami alu-alukan. Mari masuk semua. Jemputlah.” Mak sudah membawa tetamu masuk ke dalam rumah. Aku sempat membalas senyuman doktor Amirul sebelum memasuki rumah. Kata nak melawat ayah saja. Takkan bawa sampai satu keluarga?

Haji Khaidir menyalami ayah diikuti oleh Amirul, Aqib dan Aleef. Amirul bertanyakan kesihatan ayah. Sudah tiga hari selepas ayah dibenarkan keluar dari hospital. Mak Cik Temah dan Siti turut menjadi penonton kerana mereka ada disitu. Nak tak nak mereka terpaksa bercampur. Terpaksa ke tak payah paksa?

Aku dapat menangkap pandangan Siti yang melekat pada doktor Amirul. Apabila pandangan bertaut mula lah dia tersengih tak reti nak berhenti. Aik, sekelip mata lupa dah cik abang sepuluh ribu kau?

Kami berbual perihal kesihatan ayah, pasal keluarga masing-masing sehingga tak sedar dah dua kali karipap pusing digoreng lagi. Rezeki, alhamdulillah. Aku berlalu ke dapur untuk menambah minuman. Tiba-tiba Syaz juga mengikutiku.

“Kenapa datang sini?” Aku bertanya. Sebelah tanganku mengacau gula agar larut.

“Mak suruh. Mak kata orang tua nak bersembang jangan curi dengar. Mak pesan kejab lagi akak hantar air terus masuk dapur balik.” Pelik. Tadi boleh saja duduk sekali.

Sebelum pulang, Haji Khaidir ada berbisik sesuatu kepada ayah. Bila pula ayah ada konspirasi ni? Mak pula asyik menjeling-jeling kat aku sambil senyum. Dah kenapa mak? Yang penting Mak Cik Temah dengan Siti, sampai tetamu dah nak balik, mereka belum berganjak lagi. Lepas ni rumah siapa pulak dia nak pergi jual cerita ni.

“Mak. Kalau doktor, gaji dia sebulan, lagi banyak dari hantaran Siti, Mak. Kalah lah Siti. Mak lah punya pasal ni.” Siti berbisik kepada ibunya sambil muka mencuka.

“Tu lah kau. Dulu tak nak cari yang kaya-kaya, bila mak dah cari, baru nak mengungkit itu ini.” Mak Cik Temah menampar lengan Siti dengan kipas saktinya. Panas juga hatinya mendengar perbualan keluarga Amirul bertanyakan tentang Firza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience