BAB 13

Romance Completed 13246

6 bulan kemudian

Kini ayah sudah selesai menjalani rawatan dan semakin sihat. Alhamdulillah. Aku juga sudah mula bekerja bagi menampung keluarga. Kesian kalau nak harapkan Abang Firhan seorang. Lagipun aku juga nak mengejar cita-citaku setelah penat belajar di universiti. Sepanjang ayah menjalani rawatan kimoterapi di hospital, aku banyak merujuk kepada Doktor Amirul. Dia tidak lokek ilmu sepanjang bertugas. Malah sekiranya aku ingin bertanya tentang kesihatan ayah ketika di rumah juga akan dilayan. Rupa-rupanya kedatangan mereka sekeluarga dahulu bukan hanya atas alasan ingin melawat ayah semata-mata tapi ada hajat lain.

“Akakkk!!!” Laung Adik bongsuku, Firsyaz dari dalam bilik. Kenapa pulak budak ni melaung-laung. Teringin nak jadi penyanyi ke?

“Kenapa kau?” Aku mencekik pinggang di birai pintu bilik. Firsyaz sedang berdiri di depan almariku sambil matanya terkebil-kebil melihat baju yang tergantung di dalam nya.

“Cantikkk.” Matanya masih pada baju tersebut tanpa memandang ke arahku sedikit pun. Dah nampak baju cantic, aku kau tak nak tengok dah ye adik?

“Mestilah. Sekali seumur hidup tau.”

“Pandainya akak pilih.”

“Tengok kaki la.” Aku mengibaskan rambut ke belakang sambil membuat gaya gedik.

“Eleh. Pantang kena puji. Baju Syaz mana kak? Pengapit akak ni jangan lupa pulak.” Aku menghampiri almari dan mengambil baju yang tersangkut di belakang sedikit. Aku keluarkan.

“Wahhh…”

“Suka la tu”

“Mesti lah. Akak, Abang Aqib ke yang jadi pengapit Abng Amirul?”

“Kalau ya kenapa?” Mula nak tersengih tak cukup tanah. Rupanya Aqib adalah senior Syaz di universiti. Patutlah dia punya bersimpul senyum masa mereka datang rumah hari tu.

“Baju dah dapat, jom tolong mak dekat dapur. Banyak lagi kerja tunggu awak.”

“Akak ni, orang baru nak berangan.” Tak payah nak berangan sangat lah. Aku yang kahwin, bukan kau. Aku menarik Firsyaz menuju je dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience