BAB 8

Romance Completed 13246

“Doktor!! Nurse. Tolong tengok ayah saya! Doktor tolong, doktor!!” laung satu suara keluar dari kawasan wad pesakit.

Amirul yang sedang berada di kaunter wad bersama beberapa orang jururawat bergegas ke wad pesakit tanpa bertanya. Tiada masa untuk bertanya dalam keadaan genting sebegini. Wajah mereka jelas terkejut dengan jeritan Firza.

Amirul dan dua orang jururawat sampai di katil Encik Rahman yang sedang sesak nafas. Mereka membawa kelengkapan rawatan. Firza yang berdiri di tepi mempamerkan wajah risau. Dia begitu kaget sehingga tidak tahu untuk berbuat apa sehinggalah pesakit di katil sebelah mengejutkannya dari keadaan itu dengan menyuruh memanggil doktor. Langsir di katil bapanya di tarik untuk melakukan rawatan. Firza yang tidak dapat melihat keadaan bapanya sangat gusar.

Sesekali dia menjenguk namun tidak nampak. Sudah beberapa minit masa berlalu, langsir katil masih belum dibuka.

Rawatan masih dijalankan. Hatinya hanya beristighfar dan berdoa. Patutlah hatinya berasa tidak sedap ketika ibunya hendak pulang sebentar tadi selepas semalaman menjaga ayahnya. Langsir dibuka.

“Alhamdullilah. Nasib baik awak cepat.” ujar Doktor Amirul sebaik selesai melakukan rawatan.

“Alhamdulillah.” Firza mengesat air mata. Tidak pernah dia melihat bapanya berkeadaan sebegitu teruk. Fikirannya sudah memikirkan yang bukan-bukan namun cepat ditepis.

“Tapi buat sementara waktu ni bapa awak kena bergantung pada mesin oksigen dulu. Keadaan dia belum stabil sepenuhnya. Bapa awak akan sentiasa dipantau, tapi kalau ada apa-apa berlaku, cepat-cepat panggil doktor atau nurse.”

“Baiklah. Terima kasih banyak, doktor kerana selamatkan ayah saya.”

“Sama-sama. Kami disini hanya menjalankan tugas kami.” Selepas Doktor Amirul dan jururawat beredar, Firza mendapatkan bapanya. Tangan tua itu dipegang erat. Bapanya tersenyum sambil menepuk-nepuk lembut tangan anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience