BAB 12

Thriller Completed 4262

Tiba-tiba akar-akar kayu keluar dari tanah. Akar-akar itu kelihatan hidup dan menerpa ke arah tujuh-tujuh puteri itu sebelum mengunci pergerakan mereka.

“Sekarang Ariana! Tuk tidak dapat bertahan lama!” Arah Tuk Pujangga. Ariana mengangguk sekali. Namun belum sempat dia menghunus keris putih itu ke arah lawannya, keris hitam milik puteri tadi terbang sendiri menikam belakangnya.

Ariana menyeringai kesakitan. Rasa menyengat di belakang membuat dia hampir putus nafas. Matanya mula berpinar. Tak boleh! Dia harus kuat! Ini sahaja peluang yang tinggal Tapi kakinya terasa berat mahu melangkah. Dia menangkap suara kuat mentertawakannya.

Ariana, jangan kalah. Allah ada bersamamu. Jangan jadi lemah. Sekuat tenaga yang tinggal, Ariana melempar keris itu dengan laungan Takbir dan aneh sekali kerana laungan takbir itu juga dilaungkan bukan hanya suaranya tetapi ramai. Keris itu tepat terpacak di dada kiri puteri itu.

Nyaring raungannya sebelum akhirnya dia longlai. Ariana memandang puteri-puteri yang lain yang juga longlai dalam cengkaman akar itu dengan pandangan hairan.

Tubuh ketujuh-tujuh puteri itu mengeluarkan wap berwarna hitam. Tuk Pujangga mendekat lalu membacakan sesuatu. Akar-akar itu bergerak perlahan membawa jasad-jasad itu ke dalam bumi. Segalanya telah selesai.

Ariana rebah. Kakinya tidak mampu menanggung berat badannya. Sari memapahnya bangun. Sempat Ariana melihat sekilas Ratna Seri Dewi yang berwajah duka. Kain batik yang menutupi kepala Ratna Seri Dewi di tarik perlahan menutupi wajahnya. Mungkin mahu menyembunyikan air matanya. Tubuh itu berpaling sebelum menghilang dari situ. Ariana cuba memanggil tapi dia tidak berdaya. Akhirnya dia longlai begitu sahaja.

Ariana termenung di pangkin di luar rumah Tuk Pujangga. Dia tersentak saat ada suara menegurnya lembut.

“Assalamualaikum.” Ariana berpaling ke kanan. Kelihatan Arjuna berdiri tidak jauh darinya.

“Waalaikumussalam.” Arjuna meneliti Ariana yang mengenakan kurung putih dan selendang putih. Persalinan penduduk dunia bunian. Dia tersenyum manis.

“Bagaimana dengan Hakim?” Soalnya berbasa-basi.

“Sudah semakin sembuh. Mereka akan pulang sebaik Hakim sembuh sepenuhnya dari penangan kuasa hitam. Tak sangka bahawa puteri berkalung dan berkeris hitam itu merupakan puteri sulung. Malah dia memegang nyawa enam puteri yang lain. Pantas sahaja kuasanya luar biasa dan mereka semua tumpas saat Ariana mencabut nyawa puteri sulung itu.” Ujar Sari yang muncul tiba-tiba di sebalik pintu rumah. Dia turun ke tanah lalu duduk di sebelah Ariana. Ariana mengukir senyuman manis. Arjuna mengerutkan dahi. Ada riak tidak selesa di wajah bersihnya.

“Kau mahu pulang?” Soal Arjuna lagi. Sari menahan tawa. Hanya perkataan pulang itu yang lekat di kotak ingatan pemuda itu. Ariana hanya mengangguk perlahan dengan senyuman nipis di bibir.

“Bagaimana dengan aku?” Soal Arjuna lagi. Ariana dan Sari berpandangan. Ariana menunduk. Tahu sangat perasaan pemuda itu padanya. Dia dapat membaca dari renungan lelaki itu.

“Kau di sini dan aku di sana. Dunia kita berbeza. Kita bukan makhluk yang sama. Aku suka kalau kau ingin menjadi sahabatku tapi untuk menyambut huluran cintamu, sama sekali tidak.” Ujar Ariana tegas.

“Andai sahaja aku manusia.” Keluh Arjuna.

“Tdak baik mengeluh Arjuna. Masih ramai gadis rupawan di perkampunganmu.” Ariana menegur.

“Tapi, kalau sahaja aku manusia” Arjuna masih tidak berhenti. Ariana menghela nafas sedalamnya.

“Ya, mungkin kalau kau manusia, aku akan menjadi hawamu. Tapi ingat Arjuna! Kita berbeza!” Arjuna kelihatan tersenyum lebar. Akhirnya pecah tawanya membuat Ariana dilanda persoalan. Ariana mengalihkan pula pandangannya pada Sari yang hanya tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience