BAB 3

Thriller Completed 4262

Bunyi indah hasil petikan Hakim mengalun melodi seiring indahnya dengan simfoni semulajadi alam. Kesemuanya tertegun dengan bakat yang ditonjolkan Hakim terutamanya gadis-gadis. Ariana pula. Hmm Masih memandang sepi. Harmoni sekali suara mereka menyanyikan lagu ‘Kau Ilhamku’.

Ariana langsung tidak berminat untuk menyertai mereka. Setelah memaksa dirinya lebih kurang setengah jam tercongok di situ seperti patung cendana mendengar alunan suara rakan-rakannya, Ariana akhirnya angkat punggung. Dia bergerak menuju ke khemah miliknya yang dikongsi bersama Alissa dan Salbiah tanpa menyedari mata Hakim yang memerhati tingkahnya dengan rasa hampa. Hampa kerana gadis kesayangannya itu tidak menunjukkan sebarang minat terhadapnya.

Hakim melangkah keluar dari khemahnya sambil menggosok matanya berkali-kali. Eryl yang memintanya menemaninya membuang air sudah menarik-narik baju Hakim yang masih mamai. Hakim hanya mampu mengeluh dengan sikap Eryl yang penakut itu.

Eryl menghilang ke dalam semak berhampiran sungai manakala Hakim yang menunggu sudah bertinggung di tebing sungai. Sesekali kepalanya tersengguk menahan rasa mengantuk yang semakin kuat.

‘Ooooo. Ooooo.’ Mata Hakim yang tadinya layu menjadi bulat. Dia mengamati suara gemersik yang menyapa telinganya. Dup! Dup! Dup! Dia dapat mendengar bunyi jantungnya sendiri. Tidak salah lagi! Itu adalah suara merdu beberapa gadis yang menyanyikan irama melankolik yang dia belum pernah dengari. Suara gemersik itu sungguh indah kedengaran di halwa telinganya ditambah pula bunyi sungai mengalir yang seolah menjadi alat muzik alam menemani suara-suara itu. Hakim terpesona.

Dia mula melangkah menyusuri tebing sungai itu, mahu mencari arah datangnya suara-suara itu. Sampai sahaja Hakim di kawasan air terjun, dia bagai dipukau. Di bawah sinaran purnama penuh, dia menyaksikan tujuh orang gadis berdiri di atas batu-batuan di tengah sungai sambil mengalunkan lenggok tubuh dan tangan dengan gemalai mengikuti rentak nyanyian mereka. Pakaian mereka kelihatan seperti pakaian puteri jawa yang berhias indah sekali. Hanya, mereka membelakanginya. Hakim terus-terusan memerhati. Dia benar-benar terpukau.

Lelaki itu juga melangkah lebih dekat dan. Prakk! Bunyi ranting dipijak menghentikan suara-suara itu mendadak. Pergerakan gadis-gadis itu turut terhenti. Hakim pula bagai terjaga dari mimpi yang panjang. Dia menelan liur. Peluh sejuk membasahi tubuhnya. Jantungnya sudah bergerak tidak sekata. Dia tahu apa yang di depan matanya kini. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat kursi sambil hatinya tidak berhenti berdoa agar gadis-gadis di depannya itu tidak berpaling. Ikutkan logik akalnya, dia sudah mahu membuka langkah seribu tapi tubuhnya seolah-olah melawan kehendaknya. Akhirnya

Zap! Ketujuh-tujuh gadis itu berpaling serentak. Hakim dapat melihat jelas wajah mereka yang terlalu buruk dan membengis di hadapannya. Tanpa amaran, tubuhnya rebah menyembah bumi.

Kepala Ariana terteleng ke kiri dan kanan. Keningnya berkerut seribu seolah sedang mengalami mimpi yang maha dasyat. Selepas beberapa ketika, mata gadis itu terbuka luas. Nafasnya menderu laju. Bibir nipisnya yang mula kelihatan pucat melafaskan kalimah suci Allah berulang kali. Dia bangkit dari pembaringannya setelah detak kencang jantungnya beransur reda. Peluh di dahinya di seka. Keningnya bertaut. Apa maksud mimpinya sebentar tadi? Mainan tidur atau Hakim benar-benar mengalaminya. Siapa tujuh puteri berpakaian jawa itu? Minda Ariana ligat mencari jawapan namun hanya sebentar cuma. Dia terganggu mendengar bunyi bising di luar khemahnya. Segera dia mencapai tudung hitamnya yang di bentang menutupi beg galasnya lalu disarung ke kepala sebelum menjenguk keadaan di luar khemah.

Tapak perkhemahan itu gempar dengan kehilangan Hakim. Eryl sudah menangis risau akan nasib kawannya. Sangkanya, Hakim sengaja meninggalkan dia dan pulang ke khemah dahulu untuk mempermainkannya namun sangkaannya meleset dengan ketiadaan Hakim.

“Kita kena cari dia.” Cadang Doktor Asnizam. Wajahnya turut telakar kecemasan.

“Tak boleh.” Satu suara garau mencelah. Semua yang berada di situ menjatuhkan pandangan ke atas lelaki bertubuh sasa itu.

“Sekarang ini tengah malam. Kita kena tunggu esok baru kita mulakan pencarian. Esok juga kita boleh minta bantuan.” Tenang sahaja nada suara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience