BAB 2

Romance Completed 1387

Agak lama Qarlina mematung sendirian di atas katil, takkan mahu membiarkan Rahman ikut sama? Sampai bila? Doktor juga tidak menjamin apa-apa berkenaan kondisi Qarlina. Relakah dia sebagai ibu melihat Rahman mematung sehingga tiada selera makan dan minum?

‘Ampunkan aku Ya Allah. Aku sayangkan anakku…’

“Mama…”

Rahman mencium pipi ibunya. Kemudian dipeluk erat tubuh itu sebelum beralih pada Puan Maimun. Melissa dari jauh hanya menjadi pemerhati. Mengapalah Rahman masih berbaik terhadap ibunya? Dia tergelak sendiri. Kasihan Rahman …

“Tahniah ya Rahman. Mama sayang Lan,” muka anak lelakinya diusap dengan belakang telapak tangan.

Rahman angguk seraya tersenyum nipis. Lekas dia menghalakan posisinya ke arah ibu mentuanya pula. Tubuh Puan Maimun didakap. Sekali lagi, Melissa terasa kelakar. Baginya, bijak teramat Rahman berlakon. Lebih hebat daripada pelakon pementasan teater.

“Mak, maafkan Lan ya…”

“Isy, apa pula minta maaf? Tahniah Lan, mak bangga dapat menantu macam Rahman.”

Di saat Rahman memusing leher, tika itu pandangannya dan Melissa bertaut. Gadis itu kelihatan tenang dan bersahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience