BAB 4

Romance Completed 1387

SEKIAN kalinya Melissa terharu. Rahman di sisi Qarlina lunak mengalunkan surah Yasin bersama titisan air mata yang mengalir. Melissa memujuk hati supaya jangan pantas cemburu. Cemburu itu bukan seharusnya ada pada dia. Bukan! Melalui pintu wad, Melissa memasang telinga. Lembutnya suara lelaki itu. Rahman masih memakai baju melayu putih siang tadi tanpa songkok. Melissa menelan liur. Lelaki itu menghabiskan bacaannya hingga ke tamat. Naskhah itu ditutup lantaran meletakkan ia di atas meja kecil di sisi katil.

“Lina, I tahu I tak patut cakap yang I dah penat tunggu you. I harap you bangunlah. I perlukan you sangat-sangat. Banyak perkara yang berlaku, banyak hal yang I nak ceritakan pada you. I sedih sangat, Lina.”

Wanita berhijab itu setia mengkaku. Rahman bertambah sebak. Di samping Qarlina teresak-esak dia menangis, tanpa dia sedari ada yang mendengar tangisannya itu. Melissa dari luar memohon beribu-ribu ampun kepada Allah SWT beserta merayu kepada-Nya semoga berikan kesembuhan pada Qarlina agar Rahman kembali ceria seperti dahulu kala. Sesungguhnya dia tidak mampu mengukirkan senyuman di wajah suaminya sendiri.

“Perancangan kita untuk bernikah, lupus. Maafkan I kerana barang hantaran yang you mahukan tak ketersampaian untuk I berikan pada you. Enam bulan you koma, cukup lama bagi I. I tahu Melissa tak bersalah, sesiapa jua tak bersalah. Mama bimbangkan I yang semakin hari semakin tak terurus. I ambil jalan singkat. Dalam masa yang sama I pula bimbangkan you yang tak pernah buka mata semenjak enam bulan lalu. I rindukan you, Lina…”

Lambat-laun Melissa menolak daun pintu. Senyap-senyap dia masuk, bersandar di dinding. Jelas kedengaran esakan suaminya. Rahman mengesat mata sambil leka merenung raut suci Qarlina. Melissa menarik nafas sedalamnya. Bulan terasa malap, langit pun kian kelam. Hatinya sedikit gundah dan bergetar saat melihat Rahman meluahkan kerinduannnya terhadap pesakit itu.

“Aris Rahman.”

Rahman mendongak. Berkerut! Sejak bila pula Melissa berada di situ. Perempuan itu mengulumkan sebaris senyuman yang paling manis untuk dipamerkan. Sengaja. Moga-moga senyumannya pengubat ketenteraman jiwanya sendiri.

“Menangislah. Supaya tangisan awak akan dibalas dengan kegembiraan.”

“Huh?”

Melissa berdehem.

“Maafkan saya secara tak sengaja saya dengar apa yang awak rintihkan. Kita kahwin tanpa ada rasa cinta. Sebelum ni kita hanya kawan biasa yang saling bergurau senda tapi hubungan kita tak pernah melampaui batas. Lina lebih kenal siapa awak, begitu juga awak yang lebih kenal Lina,” berjeda. Bibir diketap seminit sebelum menyambung.

“Saya kagum dengan awak, Rahman. Awak sangat setia tak kira apa jua. Setia terhadap ibu bapa, keluarga dan… kasih awak terhadap Lina. Saya harap awak kekalkan sifat tu dalam diri awak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience