BAB 3

Romance Completed 1387

MALAM PERTAMA, Melissa sepi di dalam kamar tidur. Awal-awal lagi Rahman sudah meminta diri untuk melawat Qarlina di hospital. Jarum jam tepat menunjukkan angka sembilan. Melissa akui, dia tidaklah sehebat mana. Belum layak digelar isteri kepada sesiapa. Isteri apa namanya jika solat pun masih terkontang-kanting. Susah lengkapkan lima waktu. Dia masih jahil, dia masih degil. Malah Melissa merasakan lebih layak digelar seorang perampas. Tiba-tiba anak matanya jatuh pada cincin yang bertahta di jari manisnya. Di bawah bintang Melissa berbisik…

“Bodohnya aku. Aku memang bodoh sebab aku hancurkan kebahagiaan orang. Aku tak layak pakai cincin ni. Cincin yang penuh dengan kasih sayang Rahman terhadap Qarlina. Cincin ni antara cincin yang penuh dengan harapan Lina yang mahukan Rahman sarungkan ke jarinya…”

Rahman itu orangnya nak katakan penyabar tidak juga. Tapi tidak pula lekas meradang. Patuhnya dia terhadap kedua ibu bapa sangat wajar dipuji. Melissa kagum. Sukar mahu bertemu lelaki zaman sekarang seperti suaminya. Suami? Aduhai, sulitnya untuk membuat pengakuan begitu. Entah mengapa terdetik di jiwa Melissa mahu berangkat ke hospital melawat Qarlina…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience